JANGAN Klik sini:

Wednesday, January 24, 2007

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH BETONG.
















SMK Pusa telah menjadi tuan rumah dalam kejohanan sepak takraw yang berlangsung pada 24-26 Jan 2006.

Wednesday, January 17, 2007

Selamat kembali ke Kuala Lumpur Cikgu Mok Hang Liew.

Seluruh warga SMK Pusa mengucapkan selamat kembali ke Kuala Lumpur kepada cikgu Mok Hang Liew setelah beliau berkhidmat di sekolah ini lebih kurang 4 tahun bermula 2002 sehingga Disember 2006. Beliau mengajar subjek Kimia dan Sains, serta menjadi guru penasihat Kadet Polis. Sikap beliau yang peramah membuatkan beliau disenangi oleh sesiapa sahaja. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Mok atas khidmat yang beliau curahkan selama ini kepada warga SMK Pusa. Di harapkan di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki beliau tidak akan melupakan sekolah pertama tempat beliau mencurahkan bakti. Jika ada kesempatan, sila lah datang melawat SMK Pusa okay...
Gambar ini diambil semasa Hari terbuka dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri tahun lepas... cikgu Christine, cikgu N.G, dan cikgu Pawa mengambil kesempatan bergambar bersama dengan cikgu Mok Hang Liew.
Seronoknyer dia.... apa yang lawak nya?
Gembira sungguh mereka ni cikgu Mok nak balik ke KL ya.. hehe...jangan marah...gurau aje.. Dari belakang cikgu Christine, Cikgu Terry, Cikgu Moh, cikgu Chien dan Cikgu Chong. Di depan cikgu Liew Siew Fah, cikgu Pawa, Cikgu N.G, Cikgu Mok dan Cikgu Tan.
Gambar kenangan bersama cikgu Mok... seriusnyer wajah cikgu Mok. Walaubagaimana pun, saya ucapkan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi blog ini... ;)

Tuesday, January 16, 2007

AJK Jadual Waktu SMK Pusa.









KEM JAMBORI SLAD 2006 DI MUKAH.

Aiziq dan rakan-rakan...
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang...

Aksi lawak yang dipersembahkan oleh Mawi dan Haziq (Aiziq).. Miss Chong pula tersenyum simpul... lupa nak bagi tau... aksi tersebut dipanggil 'aksi burung punai' hehe... jangan marah...
Keluarga Bahagia tanpa Dadah...
Bergotong-royong mendirikan khemah... besar jugak khemah mereka ni..

Khemah belum berdiri lagi... cepat...hari nak ujan...
Persembahan daripada peserta..
Sesi memperkenalkan diri.. err.. nama saya.. CT...umur..12 tahun...
Apasal lah pulak ni? Oh... berlakon rupanya... tapi tak macam berlakon... hehehe.. gurau aje..
Dapat hadiah lah pulak... ni yang syok nyer...
Peserta Jambori dari SMK Pusa bergambar dengan guru pengiring Miss Chong Yoke Peng.
Nurul Izni (bertudung hitam) turut menyertai Jambori yang dijalankan di Mukah.
Alamak.. boleh ke ni Jessica? Demi semangat berpasukan nampaknya Jessica sanggup menerima cabaran... inilah yang kita inginkan...
Eh..eh... nak terjatuhlah pulak... hati-hati Mawi..jatuh kang nanti tak dapat nak menyanyi lagi...
Wah..wah... lasaknya si Sarbini ni... inilah sebahagian daripada aktiviti lasak yang harus ditempuhi oleh peserta Jambori SLAD... seronok jugak ni...

Tuesday, January 09, 2007

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT-UNIT BERUNIFORM.






Ahli pengakap sudah bersedia dihadapan khemah mereka...

Kadet Polis sedang sibuk memasang khemah namun sempat menjeling ke arah kamera..


SMK PUSA.
Ini adalah gambar yang telah diambil pada tahun lepas disekitar perkhemahan bersepadu unit-unit beruniform SMK Pusa yang julung kali dijalankan.

Tuesday, January 02, 2007