JANGAN Klik sini:

Tuesday, May 20, 2008

SMK Pusa Naib Johan Eksplorasi Alam Kerjaya 2008.












Email dari Adibah..


Pagi ini bila saya buka email.. saya terima email ucapan Hari Guru dari Adibah.. Terima kasih Adibah... katanya...

"Sori la bab x say happy teachers day kat cikgu ari tu.. sorry eh cikgu.. by the way, HAPPY TEACHER'S DAY .. jasa cikgu x kan pernah saya lupakan..terima kasih atas ilmu yg cikgu berikan kepada kami.. kami rs bertuah sangat dapat d'temukan dengan cikgu..semoga cikgu sentiasa berjaya dalam karier sebagai cikgu.. we love u cikgu.."

HAPPY TEACHERS DAY....

Monday, May 19, 2008

En. Khairul Amir Bin Mohammad.

En. Khairul Amir Bin Mohammad.
Sudah pasti ramai warga SMK Pusa perasaan kewujudan pembantu makmal komputer SMK Pusa yang baru. Beliau adalah Encik Khairul Amir bin Mohammad berasal dari Alor Setar, Kedah dan baru berumur 22 tahun serta masih bujang. Belaiu merupakan lulusan daripada POLIMAS, Jitra Kedah dalam bidang Teknology maklumat. Beliau mula berkhidmat di SMK Pusa awal Januari 2008.
" SMK Pusa adalah satu tempat menarik untuk saya mengenal erti kehidupan bekerja. Walaupun agak pendalaman, ia masih satu tempat yang menarik untuk saya tinggal dan bekerja. Kakitangan disini kebanyakkan ramah dan baik membuatkan saya selesa disini. Saya juga berpeluang untuk menyelami budaya orang," Katanya serba sedikit tentang SMK Pusa.
Beliau turut menghasilkan website khas buat SMK Pusa dan sekiranya anda berminat untuk melayari website tersebut, sila layari:
http://www.smkpusa.co.cc
En. Jublee, En. Amir dan Cikgu Jaya semasa majlis perpisahan Cikgu Hj. Ossen yang lalu.

Friday, May 16, 2008

Ucapan SMS Hari Guru....

Saya hanya ingin kongsikan beberapa SMS yang dihantar oleh kawan-kawan, pelajar dan bekas pelajar kepada saya...
"Selamat Hari Guru..terima kasih guru, jasamu amat bermakna buatku.."
Daripada: Azmil. (5A2007) 16 Mei 2008. 04:21:38am
"Selamat Hari guru... saya nak minta maaf sebab tak mampu bagi apa-apa kat cikgu, saya cuma ingin meminta sesuatu kat cikgu.. saya minta maaf atas segala kesalahan saya terhadap cikgu selama ini. Halalkanlah ilmu yang telah cikgu curahkan selama ini. Terima kasih cikgu.. jasa cikgu tak akan dapat saya lukakan.. We Love you."
Ikhlas dariku: Zulfika. 16 Mei 2008. 05:18:05am
"Happy Teacher's Day.. Teruskan perjuangan untuk melahirkan generasi yang berguna"
Daripada: Nasyarudin (Bekas pelajar 5A 2007) 16 Mei 2008. 05:25:18 am
"Selamat Hari guru... Terima kasih kerana telah mendidik kami"
Daripada Syawal (Kelas 4A) 16 Mei 2008. 05:53:46am
"Hello.. Selamat Hari guru. Terima kasih atas ilmu yang cikgu curahkan. Semoga hari guru tahun ini memberi makna untuk Cikgu... Selamat Hari Guru.. Happy Teacher's day.."
Daripada: Aida (Bekas pelajar 5A 2007) 16 Mei 2008. 06:02:29am
" Happy Teacher's day 4 U.."
Daripada: Nur Haslinda, Student 2A. 16 Mei 2008. 06:18:33am
"Selamat hari guru kepada semua guru yang telah mengajar kita & tanpa jemu hingga kita berjaya. Doa semoga mereka dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki"
Daripada: Mohd. Ridzuan. Sebuyau. 16 Mei 2008. 06:27:04am
"Hai..Selamat Hari Guru.. Semoga ilmu yang dicurahkan selama ini diberkati.. TERIMA KASIH CIKGU. Jasamu tak dapat ku balas.."
Daripada: Shikin Zamhari. (x-student 5A2007) 16 Mei 2008. 06:27:27am
"Hello..selamat pagi..apa khabar kitak tek?Selamat Hari Guru..semoga panjang umur dan murah rezeki..terima kasih di atas pengorbananmu dan jasamu tetap dikenang.."
Daripada: Juliana (5B2006) 16 Mei 2008. 06:46:14 am
"Ingatkan campak rupanya jerawat batu, ngajar bagai nak rak bebudak buat tak tahu, rasa macam nak sepak, takut kena serbu, Banyakkan bersabar..kitakan cikgu.. SELAMAT HARI GURU!"
Daripada: Weelter. Bintulu. 16 Mei 2008. 06:56:31am
"Hye Cikgu.. selamat pagi. Selamat Hari Guru.."
Daripada: Sh. Nur El (5dD2006) 16 Mei 2008. 07:06:48am
"Selamat hari Guru"
Daripada: Nyuwynn Glen Fordza. Betong. 16 Mei 2008. 07:10:31am
"HAPPY TEACHER'S DAY.. Guru umpama sinaran cahaya yang menerangi alam pelajar ke arah peribadi insan hadhari..TQ..Guru.. Tanpamu kamek tak akan sampai ke tahap ini."
Daripada: Airahman (5A2006) 16 Mei 2008. 07:46:53am
"GURU, Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diam ada bijaksana, Berbahagialah menjadi guru, Selamat Hari Guru."
Daripada: Angelia Tan. (Bekas Guru SMK Pusa) 16 Mei 2008. 07:54:20am
"Happy Teacher's day..Selamat hari Guru!! Thanks 4 everything.. Jasamu tetap dikenang.."
Daripada: Fairol Hamid. (5A2006/Maktab perguruan) 16 Mei 2008. 07:57:41am
"Guru bukan satu tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya disini tapi dimana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa. Selamat Hari Guru.."
Daripada: Cynnthia J. (SMK Ulu Layar) 16 Mei 2008. 08:01:44am
"You can be a doctor and save lives, a lawyer and defend lives, a soldier and protect lives or simply be YOURSELF.. a Teacher who touches lives.. Happy Teacher's Day.."
Daripada: Chong Yoke Peng. (bekas Guru SMK Pusa) 16 Mei 2008. 08:09:23am
"Good Morning Cikgu.. Selamat Hari Guru saya ucapkan, semoga sukses selalu.."
Daripada: Syukor. (5A2007) 16 Mei 2008. 08:50:28am.. "Happy Birthday to you..Syukor!"
"Selamat Hari Guru.."
Daripada: Rosnah. (5B2007) 16 Mei 2008. 11:13:58am
"Selamat Hari Guru, Terima kasih atas setiap ilmu yang dicurahkan.. Semoga dimurahkan rezeki dan Happy Selalu. Terima Kasih Cikgu.."
Daripada: Azizi (5F2004) 16 Mei 2008. 12:21:08am
"Hye.. Selamat menyambut Hari Guru..Semoga cikgu sentiasa sihat agar dapat memberi ilmu kepada warga SMK Pusa.. semoga cikgu mendapat keberkatan sepanjang hidup.."
Daripada: Akmar (5A2008) 16 Mei 2008. 12:44:01pm
"Happy Teacher day.. thanks for teaching us all this time.."
Daripada: Izzul. (4A 2008) 16 mei 2008. 03:05:05pm
"Selamat Hari Guru"
Daripada: Bakri. (5A2006) 16 Mei 2008. 03:14:11pm
"SELAMAT HARI GURU. Terima kasih atas semua tunjuk ajar cikgu selama ini. Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang selama-lamanya. Terima kasih cikgu.."
Daripada: Abang Hipni Bin Abang Abdul Manap. (5F2004) 16 Mei 2008. 06:30:54pm
"Selamat hari Guru"
Daripada: Monica. SMK Pusa. 16 Mei 2008.08:46:55pm
"Cikgu Terry, Yana ingin ucap..Happy teacher's day untuk kelmarin.. kelmarin tak sempat antar SMS.. Happy teacher's day cikgu.."
Daripada: Yanna (5D2006) 17 Mei 2008.09:33:14pm
"Happy teacher's day..sorry cikgu.. saya lambat ucap, saya baru ada kredit.. Bagitau kat cikgu Azhar dengan Cikgu Hamzah jugak.."
Daripada: Asmah. 18 Mei 2008. 10:47:03 am

Happy Teacher's Day...


Semalam saya menerima sekeping kad ucapan Hari Guru dari Haluyah, Hadura, Rusmi dan Zalylah. Mereka merupakan bekas pelajar saya tahun 2005. Kad ucapan buatan tangan itu sangat cantik.. terima kasih buat mereka yang bersusah payah membuat kad tersebut.. Cikgu amat menghargainya..
Ini merupakan gambar kelas mereka pada tahun 2004, pada masa itu mereka baru masuk tingkatan 4. Terima kasih banyak-banyak kerana masih mengingati cikgu....


Sekiranya anda ingin menghantarkan ucapan 'Selamat Hari Guru' anda boleh menghantarnya dengan 'Klik' pada ''COMMENTS'' dibawah supaya ucapan anda dapat disimpan secara kekal... Terima Kasih.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru...

16 Mei.. setiap tahun merupakan tarikh yang penuh bermakna buat semua insan yang bergelar pendidik. Walaupun pada tarikh tersebut bukanlah cuti umum namun 16 Mei adalah hari untuk semua pendidik seluruh Malaysia. SMK Pusa tidak terlepas untuk meraikan tarikh tersebut iaitu esok... Jom kita lihat gambar guru-guru SMK Pusa yang dirakam khas untuk anda...
Seronoknya Cikgu Zuraidah... Cikgu Zuraidah merupakan seorang guru yang paling aktif serta mempunyai banyak idea dalam keadah pembelajaran, selain aktif dalam pembelajaran beliau juga aktif dalam sukan... pelajar SMK Pusa sangat menyukai beliau kerana beliau seorang yang ceria dan baik hati...

4 Jelitawan SMK Pusa.. Cik Pawa, Puan Adawati, Cik Hanawati dan Cik Zuraidah...

2 sahabat baik.. Puan Zoriah dan Puan Nurul Aini...
Puan Kelia, Puan Zoriah dan Puan Nurul Aini...
Pelajar mengambil kesempatan bersalaman dengan Ustazah Mordiah, Penyelia Petang...
Pasangan paling romantik.. Ustazah Che Norizum dan Ustaz Lokman...
Ni betul-betul ke sekadar lakonan? Hehe... Farhan bersalaman dengan Ustaz Lokman sempena Hari Guru...
Miss Tan Bee Seok dan Madam Moh Moi Houng.. Miss Tan merupakan guru dari semananjung yang sudah lama berkhidmat di Sarawak...
Apa pulak yang dipanggang oleh Puan Norita dan Miss Tan ni? Sedap ke? Nampak macam 'hangus' je? Hehe... sedap...coz ayam tu saya yang makan hehehe... Gambar ni dirakam semasa Perkhemahan tahun lepas..
Banyak dapat hadiah nampak... nak satu.. boleh? Puan Suraini agaknya dapat berpindah bulan June ni? Kita doakan agar permohonan pindah beliau diluluskan... Puan Haspah pula makin hari makin jelita..apa rahsianya? Mayfirst... huhu...jangan marah...
Menjadi model buletin BPc.. boleh tahan jugak tu.. OK la tu...
Peace..peace kacang pis... Puan Rosma dan Cik Aini Mondra.. Cikgu Aini, bila nak umumkan pada semua? Jangan marah ya... walauapapun..Tahniah...
Amboi..amboi.. makan sorang-sorang nampak? Inilah Cikgu Roslan..
" Siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati.."
Bakal Usahawan berjaya.. Cikgu Ramli Ayong.. manakala rakan sebelahnya bakal menimang cahayamata yang ke-3.. Cikgu Tahih..
Barisan pendidik SMK Pusa!
Ustazah Muslinah.. emm.. sedap tak?
Cikgu Zuraidah, Puan Suraini, Ustazah Mordiah, Ustazah Dayang Masni dan Puan Norlizawati..
Hi... boleh berkenalan? Saya Cik Pawa dan Madam Liew..
Encik Kho Ah Tau... Guru ICT...
Dua zaman berbeza... Cikgu Edrin merupakan guru yang paling dikehendaki masa kini manakala Cikgu Ismail pernah mengecapi zaman tersebut dan beliau bersedia memberi laluan buat pelapis baru hehehe... jangan marah ok... walauapapun, Cikgu Ismail tetap 'Hot'... hehehe...
Puan Wan Hanim tak sabar nak pindah ke Limbang mengikut suaminya manakala Puan Hasmaniza pula sabar menunggu permohonan pindah beliau ke Kuala Lumpur diluluskan... sama-sama kita doakan agar mereka berdua berjaya pindah mengikut suami masing-masing...
Hanya tinggal memori.. Puan Angelia telah pun berpindah ke SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur manakala Puan Hamidah telah berpindah ke SMK Simanggang, Sri Aman.. Kenangan itu tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila bersama mereka...
Jejaka comel paling dikehendaki di SMK Pusa.. hehehe... gurau aje..Jangan marah Cikgu Daim.. Beliau merupakan salah seorang yang paling lama di sekolah ini.. ramai anak didiknya telah pun berjaya malah beberapa orang guru disini merupakan bekas anak murid beliau..
Guru lelaki yang paling pendiam namun baik hati... Cikgu Chien Kai Hing dan Cikgu Mohd. Norfaizan.. seorang mengajar 2 alam manakala seorang lagi guru sesi petang...
Tidak lupa juga kepada Miss Chong Yoke Peng yang telah pun berpindah ke Perak.. selamat Hari Guru.. Beliau baru-baru ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2007 diatas perkhidmatan cemerlang beliau sepanjang berkhidmat di SMK Pusa... Tahniah... Gambar diatas telah dirakamkan di Mini Putrajaya, Betong iaitu pejabat Resident..
Inilah pendidik SMK Pusa yang berdedikasi terhadap tugas masing-masing... Segak berbaju Melayu, Cikgu Jaya a.k.a Pakar Motivasi, Cikgu Roslan..wira SMK Pusa atau lebih dikenali sebagai Ketua Warden... paling digeruni oleh pelajar kerana ketegasan beliau dan En. Bustari.. guru yang paling disayangi warga SMK Pusa...
Orang kuat SMK Pusa... En. Hj. Kulana bakal menjadi PKHEM, En. Awang Ibrahim bakal menjadi PK1 manakala Hj. Ossen telah pun bersara pada April yang lalu...
Mereka pernah popular dengan gelaran Elite suatu ketika dulu.. namun kini mereka bukan sekadar mengegarkan Malaysia malah seluruh dunia dalam bidang pendidikan pula... Wanita besi ini lambang wanita sejati...
Barisan wanita kental SMK Pusa.. Cikgu Norita dah berpindah ke SMK Muara Tuang, Puan Kelia, Puan Aminah, yang melambai tangan tu Madam Roslin dan kat belakang tu Puan Rosmawaty.. mereka adalah pejuang ke arah kecemerlangan insan...
Jangan terperdaya dengan apa yang anda lihat... hehehe.. seronoknya Madam Liew peluk adiah tu ya.. hehehe... Miss Chong pula nak pegang yang besar, Suraini pula tersenyum lebar dapat adiah yang separuh besar... ustaz pula binggung nak buka adiah yang mana satu dulu... huhuhu..
KRU Junior... Cikgu Azhar, Cikgu Mohd. Fairus dan Cikgu Edrin Faisal.. dengan lagu top mereka "Cikgu Oh Cikgu..." menduduki carta 10 lagu paling top zaman ini.. hehehe...jangan marah... :)
Jejaka terhangat di SMK Pusa.. hehe.. Cikgu Abu Talip dan Cikgu Mohd. Fairus..
Cikgu Hasmaniza, Cikgu Suraini dan Cikgu Wan Hanim.. Guru paling 'ngetop' di SMK Pusa!