JANGAN Klik sini:

Monday, October 24, 2011

--->Raid and friends<---

--->Christine, Mohd. Jol, Abdul Raid, Mohd. Nur'Akmal & Shafiah<---
Sebelum balik semula ke SMK Pusa, saya membawa mereka untuk bergambar kenang-kenangan di Mini Putrajaya Betong (Pejabat Resident Betong) dan kami bergambar ditempat pengambaran Telemovie Uri (Tempat dimana Beto dan Tunku Norhanis melihat matahari terbenam). Apa lagi mereka suka lah.. hehehe.. setiap kali melihat aksi mereka, saya boleh ketawa sendiri.. Mereka betul-betul lucu huhu..









Aksi melompat.. Lompat sekatak lumpat...pat.. pat...

Sehari di MRSM ---> Bersama Cikgu Mohd. Taib (Teknik Menjawab soalan Biologi)

22 OKT- MRSM Betong. Seawal jam 7:00am kami menuju ke MRSM untuk menghadiri bengkel menjawab soalan untuk pelajar aliran sains. Saya bersama 5 orang pelajar 5S1 meredah hujan pagi yang begitu lebat sekali. Pelajar yang bersama saya adalah Abdul Raid Matjeni, Mohd. Jol, Mohd. Nur'Akmal, Christine Lim dan Shafiah. Christine dan Shafiah menumpang cikgu Moh Moi Houng kerana kebetulan dia menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Moral di SMV pada hari yang sama juga. Bengkel untuk pelajar aliran sains ini julung kalinya diadakan anjuran MRSM. Bengkel ini telah pun berlangsung selama 3 minggu dan minggu ini merupakan minggu terakhir. Sebelum ini, mereka ditemani oleh Cikgu Mohd. Helmi (minggu pertama) dan Cikgu Muhd. Zulkhairin (minggu kedua) manakala minggu ini giliran saya pula menemani mereka.
Bergambar kenangan bersama Cikgu Mohd. Taib.

Semua sekolah di Bahagian Betong turut mengambil bahagian dalam Bengkel tersebut. Sesi untuk matapelajaran Biologi diajar oleh Cikgu Mohd. Taib yang begitu berpengalaman dalam subjek tersebut. Pada hari ini, mereka membincangkan teknik menjawab kertas 3.


Saya terpaksa mengambil gambar secara curi2.. hehehe...
Mohd. Nur'Akmal, Mohd. Jol, Christine Lim, Shafiah & Abdul Raid..
Seronok rasanya dapat bersama mereka pada hari tersebut, tambahan pula mereka berlima ni begitu ceria dan bersemangat sekali. Walaupun mereka agak kepenatan namun mereka masih mampu untuk bergurau senda. Abdul Raid dan Akmal terutamanya..begitu aktif sampai mahu bergambar pelbagai aksi.. terbanglah.. melompat.. semuanya mereka nak buat... :)
Ketika menunggu diluar bilik kuliah 2
Semoga kamu semua akan berjaya :)
Makan dulu... Christine dan Shafiah menikmati makanan ketika waktu rehat..

Tuesday, October 04, 2011

Selamat Berjuang! PMR 2011..

~PMR 2011~

Semoga semua pelajar tingkatan tiga SMK Pusa yang menduduki PMR hari ini dapat memberikan yang terbaik. Good Luck!

Saturday, October 01, 2011

Majlis Restu Ilmu PMR 2011

Ustaz Hasmizar Ali.

30 September 2011- SMK Pusa. Seluruh pelajar PMR yang bakal menduduki PMR pada 4 Oktober ini begitu bertuah kerana majlis restu ilmu turut dihadiri Puan Jaidah binti Haji Alex, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Samsuddin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Betong.

Majlis Restu Ilmu ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikhaskan untuk pelajar tingkatan tiga yang bakal menghadapi PMR 2011. Antara tujuan program ini ialah memberi dorongan dan semangat kepada pelajar PMR yang bakal menduduki peperiksaan. Ia juga merupakan salah satu usaha sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis restu ilmu juga melahirkan keperihatinan para guru terhadap anak didik dan mengingatkan pelajar agar terus berusaha selagi ada kesempatan.

Dalam ucapan Dr.Hajjah Norisah turut memberi peringatan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar tingkatan tiga agar memberikan yang terbaik.

"Ingat.. manusia dicipta untuk berjaya, lakukan sesuatu..cipta sejarah untuk SMK Pusa.." Pesan Dr. Hajjah Norisah kepada semua pelajar yang bakal menduduki PMR.

Setiap pelajar diberikan sedikit tanda hati supaya mereka lebih bersemangat untuk menghadapi PMR. Sewaktu pelajar bersalaman dengan guru-guru, ramai pelajar dan guru yang tidak dapat menahan sebak.

Diharapkan agar dengan adanya majlis seperti ini maka semua pelajar tingkatan tiga akan melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi sekolah. Selamat maju jaya..
En. Samsuddin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah, Betong.
Puan Jaidah binti Haji Alek, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.
Guru-guru SMK Pusa.
Cik Noorsaadiah Aizan Hamdan, pengerusi majlis yang cantik :)
Cikgu-cikgu SMK Pusa
Lakukan yang terbaik!
Penyerahan tanda hati untuk pelajar tersayang..
Menangis.. Cikgu Zoriah
Bergambar kenangan..