JANGAN Klik sini:

Wednesday, October 01, 2014

Maskot comel, & kreatif

Oleh: Noor Fahana & Normaisarah.

Wow! Tahun ini semua maskot rumah sukan sangat kreatif dan unik. Kita mulakan dengan pasukan rumah Nilam terlebih dahulu. Tahun ini, mereka menggunakan watak Captain America. Ya! Hero dalam filem Capatain America. Menurut salah seorang yang enggan namanya dinyatakan disini maskot rumah adalah yang terbaik dan terdapat keunikankan tersendiri. Menurut beliau, maskot tersebut sepatutnya digelar sebagai Captain Nilam.
 
Bagi rumah zamrud pula, maskot yang mereka gunakan untuk tahun 2014 ialah Loki , watak jahat dalam The Avangers. Opps ! Kenapa guna watak jahat pula ni ? Adakah kerana sudah muak guna watak baik sahaja ? Bak kata orang inggeris, “They have brought their A game”.
Jadi, rumah sukan lain jangan pandang sebelah mata terhadap rumah zamrud. Rumah delima pula membuat maskot yang berciri keanak-anakan pada tahun ini iaitu menggunakan patung Doreamon.  Apabila ditanya kenapa menggunakan maskot tersebut, mereka hanya melemparkan senyuman penuh makna. Adakah mereka menggunakan kuasa doreamon untuk menjadi juara pada tahun ini?
 
Pada tahun ini Baiduri telah menggunakan kucing sebagai maskot mereka setelah dua tahun berturut-turut menggunakan maskot yang sama, iaitu maskot ikan buntal. Menurut salah seorang ahli rumah baiduri, “Kucing melambangkan kecomelan yang menyembunyikan kuku mereka. Walaupun kalah pada tahun lepas, tidak bermakna tahun ini akan kalah juga.” Apa-apa pun, sama-samalah kita berjuang jikalau ingin menjadi juara pada kejohanan rumah sukan tahun ini. Berusahalah!!
 

 

Acara perasmian kejohanan sukan dan balapan 2014.

 
Acara perasmian kejohanan sukan dan balapan bagi tahun 2014 untuk Smk Pusa telah dirasmikan oleh Yang di-pertua PIBG Tuan Haji Ossen bin Karim. Dalam ucapan tersebut,  beliau berkata “tidak semestinya semua jutawan hanya terdiri dalam kalangan ahli perniagaan sahaja. Akan tetapi kebanyakan jutawan pada masa kini juga terdiri daripada kalangan doktor, pemain bola sepak dan banyak lagi”. Tambah beliau lagi “kebanyakkan jutawan masa dahulu adalah dalam kalangan kolar putih sahaja, tetapi sekarang sesiapa pun boleh menjadi jutawan.” Beliau juga berkata “Setiap pelajar perlu menanam azam yang tinggi untuk memajukan diri. Para pelajar tidak bolah mudah berputus asa kerana sikap berputus asa sepatutnya tidak ada dalam kamus seorang pelajar.” Beliau berkata demikian kerana ada dikalangan pelajar yang berpotensi dalam sukan tetapi lemah dalam akademik boleh memajukan diri dalam bidang sukan.

Semasa upacara perbarisan pula, Tuan Haji Kulana memberikan pujian kepada semua guru rumah sukan kerana guru telah memberi lebih dari yang diminta iaitu beliau cuma meminta para guru membuat maskot dan formasi perbarisan, tetapi setiap rumah telah memberikan persembahan yang cukup memukau dan menceriakan suasana dengan gelagat maskot rumah sukan.

“Kita seharusnya berbangga dan berterima kasih atas usaha para guru ini. Walaupun sukan pada tahun ini agak lewat, namun guru-guru tetap bersemangat dalam melatih atlet-atlet mereka.” Usaha dan semangat inilah yang Tuan Haji Kulana sentuh dalam ucapannya pagi tadi.

 






Hanya gambar..






Wartawan Sukan SMKPusa.


Terima kasih buat wartawan Sukan SMKPusa yang telah bertungkus lumus mengambil gambar dan membuat liputan sepanjang sukan ini berlangsung.
 
Pada 2014 ini, wartawan sukan SMKPusa adalah terdiri daripada Noor Fahana Bt Mohd Azhar (4S1) selaku jurugambar sepanjang kejohanan ini, Dyg Nurliyana Bt Abg Zakaria (4S1), Nur MaiSarah Azmina Bt Mohd. Yadi (4S1), Nurul Zulikha Bt Ismawi (4S1) dan Norrisya Miza Bt Jasni (4S2). Kami akan melaporkan setiap yang berlaku disepanjang kejohanan termasuk gossip-gossip ‘padang’ sekadar untuk hiburan semata-mata. Semoga anda semua terhibur dan sekiranya ada salah silap, kami mohon sejuta kemaafan.
 
 #sukanSMKP
 
 

 

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pusa kali yang ke-29

 
30 Sept 2014- PUSA, Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pusa kali yang ke 29 telah berlangsung dengan meriahnya walaupun pada awalnya hujan telah turun membasahi padang SMK Pusa. Pra-Kejohanan ini telah bermula pada 30 Sept 2014 dan dijangka berakhir pada 2 September ini. Sebanyak 88 acara dipertandingkan sepanjang kejohanan ini.

Seperti tahun sebelum ini, sebanyak 4 buah rumah bertanding untuk merebut gelaran juara. Rumah Zamrud diketuai oleh Cik Kalaivanni A/P Selva Kumar dengan motonya, “Zamrud Bravo”, Rumah Baiduri yang diketuai oleh Cik Sarni Laemba pula menggunakan 2 moto iaitu “Baiduri Nang Antap!” dan satu moto rahsia iaitu ‘#7/10’ yang menjadi tanda tanya? , Nilam yang diketuai oleh En. Redzuan bin Husin masih mengekalkan moto sebelum ini iaitu “Nilam Terbaek!!!” manakala Rumah Delima yang diketuai oleh Nur Syahida Binti Abd Kadir pula dengan moto “I LOVE DELIMA!”. Menariknya moto rumah sukan kali ini mempunyai maksud tersendiri sebagai motivasi dan juga tanda amaran kepada pihak lawan.

Kebanyakkan pengurus rumah sukan tahun ini lebih bersemangat untuk menjadikan rumah masing-masing sebagai juara pada kali ini. Usaha ini jelas kelihatan disepanjang minggu sebelum sukan berlangsung dimana mereka masing-masing membuat persiapan yang serapi mungkin dalam menghadapi temasya sukan kali ini.

Sehingga pukul 10.00 pagi ini, belum ada keputusan rasmi kedudukan rumah sukan. Tetapi menurut sumber yang tidak rasmi Rumah Delima telah mendahului dalam perolehan emas kerana banyak memenangi acara pada Pra-kejohanan semalam.  Walaubagaimana pun, diharapkan semua rumah sukan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.