JANGAN Klik sini:
Tuesday, August 31, 2010
Pelajar Terbaik SPM 2009..
Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kompleks PDRM Betong.
p.s: Tidak semua gambar tersebut di'upload' di sini kerana gambar kebanyakkannya 'blur'..
Email: Khabar dari Sudirman..
------------------------------------------------------------------------------------
Hi cikgu Terry,
Lama dah tak dengar khabar dari cikgu. cikgu apa khabar? mcm maner ngan student2 kat SMKP, masih nakal lagi ke? haha (gurau je). firstly, tahniah kepada cikgu Terry kerana telah menjadikan blog SMKP sebagi blog yg wajib sy lawat tiap2 hari, walaupun kandungan blog tu sama je, sy tetap buka sebab suka baca dan tengok gambar2 lama dan baru kat blog ni. lepas tu, blog ni sentiasa 'update' makin hari makin ceria...TAHNIAH!!! sekali lagi...lama betul dah saya tak menjejakkan kaki ke SMKP. rindu saya dibuatnya-rindu kat kawan2, cikgu2, suasana sekolah dan semua la perkara yang berkaitan dengan SMKP.
Seterusnya, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga SMKP (muslim) dan selamat menyambut bulan ramadhan walaupun hari ni dah 17 Ramadhan 1431H.. tp, masih sempat lagi saya ucapkan. selepas ni nak sambut nak sambut hari raya aidilfitri pulak. jd, x salah la saya terus ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semuanya. semoga sambutan aidirfitri tahun ini memberikan 1001 makna kepada seluruh warga SMKP dan seluruh umat Islam khususnya. teringat saya semasa berada di SMKP pada tahun 2006. masa tu Tuan Pengetua Encik Rosli. SMKP telah anjurkan Ramah Tamah Aidilfitri sekali dengan Hari Kecemerlangan SMKP 2006, meriah sungguh... ramai ibu bapa dan ahli keluarga pelajar datang ke sekolah. meriah la.....!!! rasa macam nak balik semula ke masa tu (tp, tak boleh). rindu la kat SMKP.....!!!!!!!!!!!
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sepanjang saya berada di USM ni. kat sini, suasana Ramadhan tu agak berbeza sikit.. banyak benda baru yang saya pelajari.. misalnya, untuk berbuka puasa, sudah pasti kat sini lambat sikit berbanding tempat kite (SMKP) lambat dlm 40 minit macam tu. sebab tu masa petang2 dlm pukul 6:40 mcm tu selalu je tanya kat org kat umah (kampung). dah berbuka kah? dah buka dah...tp, kat sini ader dlm pukul 7:30 baru berbuka. lambat lagi...then, masa solat tarawikh pulak, kite pergi ke masjid. besa la kan...tp, yang berbezanya. masa kat SMKP dulu, ramai je budak2. pas tu member2 asrama je la. tp, kat sini mcm2 keturunan boleh jumpa. ader dari ARAB, NEGRO, CHINA, MAT SALLEH. kesimpulannya, banyak orang la boleh jumpa. memang rasa sangat yang bulan Ramadhan ni sangat BEST.
Untuk pengetahuan, Raya Aidilfitri 2009 saya tidak balik ke kampung.. itulah pengalaman pertama saya berada begitu jauh dengan keluarga. masa tu memang sedih la. saya cuma balik umah kakak di Pahang. nasib baik keluarga kakak ada. kalau tak, tak tau la saya akan jadi macam maner. walaupun diorang ada, masih terasa sangat yang saya ni jauh sangat sangat sangat dari keluarga. tempat orang katakan...pagi raya tu rasa sedih la. dengar je takbir raya, sedih terasa. tp, tak terkuahkan. saya hanya menangis dalam hati. tahun ni, insya allah akan balik kampung (supa, sarawak...haha). tu la tak sabar2 lagi ni dah...meronta2 dalam hati nak balik ke kampung. nak jumpa ahli keluarga. nak jalan2 satu kampung...huh!!! ni dah menghitung hari nak balik la... tinggal lagi 7 hari..... yeeeeeee..... nak balik....
rasa2 setakat ni dulu nak saya kongsikan. nanti ader paluang lagi, boleh saya ceritakan dengan lebih panjang lebar lagi pengalaman2 yang pernah saya lalui sepanjang berada di sini. semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa (sekolahku) akan terus mencapai kemajuan. dan sekali lagi nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. teruskan meng'update' blog ni....supaya semua org dapat maklumat terkini tentang SMKP. tahniah!!!
Terima kasih kerana sudi menghantar email buat cikgu dan maaf ya sebab cikgu kongsikan email tersebut untuk bacaan umum tanpa bagitau kamu terlebih dahulu. Seperti yang kamu lihat, blog ni dah lama tak di'update' dan bila dapat email dari kamu barulah cikgu bersemangat untuk update lagi walaupun masih banyak yang harus di upload terutama gambar aktiviti-aktiviti yang berlaku di SMK Pusa. Cikgu Harap kamu jangan pernah berasa bosan dengan blog ini dan kebetulan cikgu terjumpa 2 keping gambar kamu sewaktu kem 2006 yang lalu, mungkin kamu pun tak pernah lihat hehehe.. oklah.. selamat berpuasa dan selamat hari raya buat kamu... semoga kamu sihat dan ceria selalu.. Terima kasih :)
Cikgu Bio