JANGAN Klik sini:

Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Thursday, August 21, 2008

Izzul: U Fikirkanlah sendiri..

Cuti yang lalu, saya menerima beberapa SMS lucu dari Izzul.. entahlah sama ada dia reka sendiri atau dia ambik dari mana tapi yang pasti SMS itu memang lawak sehingga saya kata padanya.. Nanti bolehlah jadi macam Nabil tapi Izzul akan digelar.. Nabilah! Ada di antara lawaknya tidak disiarkan kat sini atas sebab ketidaksesuaiannya.. harap anda semua juga terhibur dengan lawak itu..

1. "Ada 4 ekor binatang buat konsert, apabila si kucing menyanyi lagu Isabella semua penonton berteriak sambil tepuk tangan! Anjing pula tidak kurang hebatnya menyanyikan lagu 'enjit-enjit semut..wah.. semua penonton apalagi.. happy tepuk tangan! Katak pula menyanyikan lagu 'lompat si katak lompat' membuatkan penonton bertambah happy.. tetapi bila si khinzir pula menyanyi..semua penonton marah, mereka buakan sekadar marah malah habis kerusi dilemparkan kat khinzir itu..

Eh! Apa pula sebabnya?

Sebab........ dia menyanyi lagu.. "KITA SERUPA...KITA SERUPA!"
Hehe...Jangan mare..."

2. "Siapa kata Bahasa Melayu ni senang?

Sila isi tempat kosong dengan perkataan 'Ya' atau 'Tak'.

"........., saya memang tak suka mandi!!

Hahaha..silalah menjawab sekarang"

3. Jom nyanyi...

"Are not E thick talk we, man D dare lamp call lamp, salt kick are far talk we, salt kick send D two lenght.."

Pandainya... orang putih ni nyanyi lagu 'anak itik tok wi'...

4. "Handphone anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja.. Lemparkan handphone anda ke dinding dan susunkan kembali..."

Selamat mencuba...

5. "Cepat tengok TV3: Hard Rock Cafe KL dibom, semua tingkat roboh, polis sudah menangkap pengebomnya, dilaporkan 127 terkorban, 261 cerdera, 150 pengsan dan SATU kena TIPU..."

6. "I still remember d 1st time we were meet.. It was a rainy day, car was stopped at d signal light.. U were at d window... i opened d window and u said..

'meli sayur wai? Seringgit seikat..' :)

Diharapkan anda terhibur dengan lawak si Izzul ini..dia tak tahu saya akan memasukkan lawaknya yang 'kureng menjadi' ni di dalam blog.. jangan marah ya Izzul.. kalau marah nanti kena jual!

Thursday, July 26, 2007

Karenah Pelajar

Oleh: Abdul Syukor (5A 2007)
“Assalammualaikum murid-murid” ucap Cikgu Hartini. “Hari ini kita akan membuat ulangkaji mengenai tajuk peribahasa. Cikgu harap agar anda pasang telinga baik-baik.”
“Cikgu macam mana nak pasang telinga?” sampuk Samad.
“Samad pasang telinga bermaksud menumpukan perhatian dan mendengar baik-baik. Baru minggu lepas Cikgu ajar, lain kali apa yang Cikgu ajar jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”
“Mana pintu untuk masuk dan mana pintu untuk keluar Cikgu?”
“Mengajar kamu Samad bagai mencurah air ke daun keladi”
“Cikgu tak perlu susah-susah nak curah air ke daun keladi, hujan akan bantu Cikgu. Taklah penat sangat.”
“Mana kamu letak telinga dan mata kamu semasa Cikgu mengajar?”
“Cikgu tak nampak ke? Telinga saya ada di sisi kepala dan mata saya pula di depan”
“Samad kamu jangan buat Cikgu naik darah, nahas kamu nanti.”
“Buat apa naik darah Cikgu. Lebih baik Cikgu naik pangkat atau naik gaji”
“Samad, mati akal Cikgu dibuat kamu”
“Kasihannya Cikgu, muda-muda lagi dah mati. Takdir”
“Inilah akibatnya kalau anak-anak tidak diasuh dengan baik. Kamu ni dua kali lima dengan abang kamu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. “Senang saja soalan tu, dua kali lima sama dengan sepuluh. Kalau kuih tidak ada acuan, bagaimana bentuknya Cikgu” “Sudah. Terima kasih murid. Kamu hanya membuang masa Cikgu”
“Cikgu.. Dimana cikgu membuangnya nanti saya tolong kutipkan.”
“Cikgu, di mana Cikgu membuangnya nanti saya tolong kutipkan”