Pekan Pusa.
Karnival Pesta Makanan Tradisional telah berlangsung di Daerah Pusa. Memandangkan jaraknya dari SMK Pusa tidak berapa jauh, maka saya mengambil kesempatan untuk merakamkan pesta tersebut. Memandangkan majlis perasmian belum lagi berlangsung, maka saya sempat untuk merakamkan sebahagian daripada peristiwa tersebut untuk tatapan anda semua. Antara lain tujuan Pesta Makanan Tradisional adalah untuk memperkenalkan makanan tradiaional kepada generasi masa kini yang rata-rata sudah melupai makanan tradisional ini. Makanan tradisional yang terkenal di Pusa adalah 'suman' sejenis makanan tempatan yang diperbuat daripada mantak (lemantak atau juga dikenali sebagai 'mulong' bagi masyarakat Iban di Sarawak).
(Anda sedang mencari peluang? LUMAYAN, MUDAH.. Sila KLIK DISINI.. Untuk Laporan PERCUMA..)
(Anda sedang mencari peluang? LUMAYAN, MUDAH.. Sila KLIK DISINI.. Untuk Laporan PERCUMA..)
Karnival Pesta Makanan Tradisional ini juga sempena sambutan perayaan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia.
Ini pula daging rusa..bukan makanan tradisional ya.. hehehe..
Harganya RM30 sekilo.. kalau tulang pula RM10 sekilo..
Harganya RM30 sekilo.. kalau tulang pula RM10 sekilo..
Boleh bagi saya 1 kilo?
Pertandingan makanan tradisional juga turut diadakan untuk memeriahkan pesta tersebut.
Pelajar-pelajar saya turut memeriahkan pesta tersebut.. Nur Akmar, Maryam, ShafiQah, Naima dan juga Siti Aisyah.
Emm...sedapnya..
Laparlah pulak..
Hehehe.. Daging masak Angkasawan? Emm.. boleh tahan jugak namanya..
Kakak ni yang masak rupanya.. pandai kakak ni mengubahnya.. macam penyu pun ada...
Pulut panggang..
Pulut panggang berinti..
Wah.. siap berbunga-bunga..
Sedapnya..
Ni pula kuih sepit yang menggunakan lemantak sebagai bahan utamanya.. sedap!
No comments:
Post a Comment