Hasrat Cikgu Moh Moi Houng untuk berpindah akhirnya terpaksa dibatalkan kerana jodohnya terlalu kuat di SMK Pusa. Cikgu Moh yang sepatutnya berpindah ke Kuching membatalkan hasratnya dan akan terus berkhidmat di SMK Pusa.. Selamat kembali :)
JANGAN Klik sini:
Sunday, January 29, 2012
"Tak jadi pindah.." Cikgu Moh Moi Houng..
Saturday, January 28, 2012
Belum terlambat untuk ucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Cikgu Ismadi..

Gambar ini diambil sehari sebelum majlis persandingan cikgu Ismadi oleh Cikgu Aben dan pelajar-pelajarnya. Sepatutnya gambar ini diupload sejak dulu lagi namun kerana kekangan masa maka baru hari ini diupload dalam blog (..tercari-cari mana saya letak gambar ni.. akhirnya jumpa jugak.. maaf ya Raid dan kwn2nya..) Majlis persandingan tersebut berlangsung pada 26 Nov 2011.


semoga bahagia hingga ke anak cucu... :)
<-----imbas kembali 2011: Hari terakhir SPM...
Inilah gelagat pelajar setelah kertas Biologi berakhir.. (walaupun ada di antara mereka masih ada kertas pendidikan seni visual). Seawal pagi saya bertolak ke SMK Pusa dari Betong (30 Nov 2011), hari ini saya dan cikgu Kho Ah Tau bertugas mengawal pelajar yang bakal menduduki SPM kertas Biologi. Beberapa hari yang lepas, atas permintaan pelajar saya telah mengadakan kelas tambahan terakhir dimana pelajar berlatih menjawab pelbagai jenis soalan (dari soalan Ramalan Adabi hinggalah soalan dari seluruh negeri di Malaysia). Daripada 58 orang pelajar yang mengambil kertas Biologi, hanya 11 orang sahaja yang muncul (47 orang yang lain mungkin mempunyai urusan lain- sedangkan mereka beria-ia inginkan kelas khas.. hehehe.. semuanya dah berlalu.. huhu..)
Saya tak pasti samada kertas Biologi pada hari tersebut senang atau sukar.. sebab pelajar menyatakan ada yang mereka boleh jawab dan ada yang agak sukar.. apa2pun, harap-harap mereka telah lakukan yang terbaik dan sama-samalah kita berdoa agar mereka mendapat keputusan yang baik juga..
Saya tak pasti samada kertas Biologi pada hari tersebut senang atau sukar.. sebab pelajar menyatakan ada yang mereka boleh jawab dan ada yang agak sukar.. apa2pun, harap-harap mereka telah lakukan yang terbaik dan sama-samalah kita berdoa agar mereka mendapat keputusan yang baik juga..
Thursday, January 26, 2012
Cikgu Bryan berpindah ke SMK Tabuan Jaya..

Setelah 3 tahun 6 bulan (Julai 2008-13 Jan 2012) berkhidmat di SMK Pusa (First posting), Cikgu Bryan akhirnya berpindah ke Kuching. Beliau telah memulakan perkhidmatan beliau pada 16 Jan yang lalu di SMK Tabuan Jaya. Semoga beliau terus berkhidmat dengan penuh dedikasi di tempat baru..
Oleh: Cikgu Zulkhairin.. (Kongsi dalam blog boleh? ..thanks..)
P.S: Rakaman penuh akan diupload nanti...
Oleh: Cikgu Zulkhairin.. (Kongsi dalam blog boleh? ..thanks..)
P.S: Rakaman penuh akan diupload nanti...
Menjadi Sejarah: Cikgu Denis anak Ladin
Cikgu Denis mengajar matapelajaran sejarah di SMK Pusa. Walaupun matapelajaran tersebut begitu mencabar buat pelajar SMK Pusa, namun dia tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik untuk anak muridnya.
Kini, Cikgu Denis berpindah ke SMK St. Antony, Sarikei. Semoga Cikgu Denis terus mendidik pelajar-pelajarnya sehingga berjaya...
Dalam kenangan ---> Cikgu Chiew Su Yang, Cikgu Chua Suk Ju & Cikgu Fatin Ismalia.. Jasamu tetap di hati warga SMK Pusa sentiasa..
Terima kasih buat Cikgu Fatin Ismalia, Cikgu Chua Suk Ju dan Cikgu Chiew Su Yang diatas khidmat mereka sebagai guru ganti pada tahun 2011. Mereka bertiga sedang mengejar impian mereka dalam bidang masing-masing dan diharap mereka terus berjaya.. Warga SMK Pusa tidak pernah melupai anda semua... :)
<----imbas kembali 2011: Jamuan 'Kecil-kecilan' kelas 5S1..
Subscribe to:
Posts (Atom)