JANGAN Klik sini:

Sunday, March 07, 2010

Suka + Rela + Wan = Bekerjasama..










Emas, pecah rekod dan Gangsa pertama...

Tahniah.. Pingat emas pertama dimenangi oleh adik Deouglas Laga dari SMK Dato' Patinggi Kedit dalam acara 3000m Jalan Kaki.
Pecah rekod.. Nurhaziq mencatat rekod baru dalam acara Lempar Cakera Lelaki 14 Tahun.
Pingat Gangsa pertama SMK Pusa yang dimenangi oleh Mohd. Farhan menerusi acara Lompat Tinggi

Klik.. Klik.. Gambar menarik sepanjang kejohanan MSS Betong..











Hari Pertama Kejohanan MSS Betong..

BETONG 7 March 2010 Kemeriahan kejohanan MSS Betong mulai terasa walaupun baru saja bermula. Setiap sekolah bersemangat untuk berada di tempat teratas di dalam senarai punggutan pingat. Walaupun cuaca sangat panas, namun semangat atlet tidak sedikit pun tercalar malah mereka berusaha untuk menjadi juara.
Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah acara 3000 m, Lontar peluru, Lempar cakera, lompat tinggi, lompat kijang dan acara saringan untuk 100m manakala acara untuk sekolah rendah pula ialah 60m dan acara lompat tinggi.
Biarlah gambar berikut bercerita...
Alamak... cik adik M039 nak kejar aku... cepat..cepatttttt....
Dah 3 hari aku berjalan... namun tak sampai-sampai ke destinasi.. aku nak ke mana pulak ni?
Nah... ambik lah lemparan ini..
Alamak.. terjatuh pulak..
Comelnya..
Kegarisan.. sedia...
Lompat kijang..

MSS Betong: SMK Pusa pengelola kejohanan tahun ini..

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa berbangga kerana diberi penghormatan untuk menjadi pengelola Kejohanan Olahraga ke-7 MSS Betong pada tahun ini di Stadium mini Betong. Kejohanan ini akan berlangsung mulai 7 March sehingga 11 March iaitu selama 5 hari. Kejohanan Olahraga kali ini menyaksikan sebanyak 14 buah sekolah menengah mengambil bahagian yang melibatkan atlet seramai 1103 orang peserta. Sekolah tersebut ialah SMK Pusa, MRSM Betong, SMK Vokasional Betong, SMKA Sri Aman, SMK Beladin, SMK (BM) Saratok, SMK Dato’ Patinggi Kedit, SMK Kabong, SMK Kalaka, SMK Saratok, SMK Saribas, SMK Spaoh, SMK St. Augustine dan SMK Ulu Layar.

Sekolah Rendah juga turut bergabung di dalam Kejohanan Olahraga Ke-7 pada tahun ini di mana seramai 386 orang peserta mewakili zon masing-masing. Jumlah keseluruhan peserta yang mengambil bahagian ialah seramai 1489 orang.

Siapakah sekolah yang bakal bergelar juara dalam kejohanan pada kali ini? Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa kejohanan ini menerusi Buletin Kejohanan MSS Betong dan juga blog.

Thursday, March 04, 2010

Happy Birthday To Cikgu Aben Bin Mantali.. (4 March 2010)

Happy Birthday buat Cikgu Aben..
Semoga panjang umur..
murah rezeki..

Daripada:
Seluruh warga SMK Pusa.

p.s: Sorry Cikgu Aben lambat upload dalam blog coz 'tercari-cari' gambar ktk tapi lupak mbak CD.. tertinggal kat Pusa... anyway, happy belated birthday to you..