JANGAN Klik sini:

Sunday, October 26, 2008

Wajah-wajah ceria sekitar Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.

Norfadila (4B) bersama kawan baiknya.. sama cantik dan meriah nyer....
Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri telah berlangsung dengan meriahnya pada 25 Oktober 2008. Majlis ini berkonsepkan zairah menzairahi dari kelas ke kelas berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan apabila semua pelajar bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Selain membuatkan semua pelajar bergembira, ia turut membuatkan pelajar saling bekerjasama dalam menyediakan makanan dan menghias kelas. Malah sambutan seperti ini mengalakkan integrasi antara pelajar. (Saya akan meng'upload' gambar sepanjang Majlis ini dari masa ke semasa, diharapkan anda semua bersabar ya...)
Syawal dan Khairunnisa (4A) sedondon.. pakai baju warna hijau..
Madam Pawa dan anak-anaknya..
Setelah penat melayan tetamu.. berehat sambil mengambil kenangan..
Amboi-amboi mesranya.. dua sahabat baik ini tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan hari raya..
Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri ini bukan saja membuatkan pelajar berseronok sahaja malah ia turut mengintergasikan pelbagai kaum di sekolah ini..
Mohd. Herwan dan Mohd. Salbia dari kelas 5B menziarahi rakan-rakan mereka dari kelas yang lain pula..
Pakcik Kenit @ En. Hazami juga turut memeriahkan suasana Majlis Hari Raya..
Cikgu Saini sambil 'pose' garang sebab diganggu ketika makan..Ewah..ewah.. Dayang Hajijah dari kelas 5C bergaya sakan nampaknya..

Wednesday, October 22, 2008

Tahniah Dr. Norisah Bt Haji Suhaili!

Dr. Norisah Bt Haji Suhaili
Seluruh warga SMK Pusa ingin mengucapkan tahniah buat Pengetua SMK Pusa, Dr. Norisah bt Haji Suhaili kerana telah berjaya menamatkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ph.D dari Internasional Islamic University Malaysia yang membawa gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Tahniah sekali lagi seluruh warga SMK Pusa ucapkan buat beliau.
Dr. Norisah Bt Haji Suhaili berasal dari Sarikei sebelum seluruh keluarganya berhijrah ke Kuching ketika beliau berumur 14 tahun. Dr. Norisah yang berketurunan Melanau merupakan seorang yang baik hati namun tegas dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengetua.
Kelulusan:
* B.A (Hons) (Universiti Kebangsaan Malaysia UKM)
* M. Education (University of Houston)
* Ph.D (International Islamic University Malaysia)
Pengalaman mengajar: Lebih kurang 18 tahun
1. SMB St. Joseph, Kuching
2. Kolej Datu Patinggi Abg Haji Abdillah, Petra Jaya Kuching.
3. SMB St. Teresa, Kuching.
4. SMK Petra Jaya Kuching.
5. SMK Pusa.
Pesanan beliau kepada pelajar dan guru:
Tugas untuk menjadikan SMK Pusa gemilang adalah tanggungjawab bersama. Setiap warga SMK Pusa berperanan dan bertanggungjawab untuk merealisasikan impian ini. Kejayaan sekolah terletak di tangan kita. Kita harus bersama-sama berganding bahu meletakkan sekolah ini pada tahap yang lebih baik.
Harapan:
Semoga SMK Pusa akan menjadi salah sebuah sekolah yang berbudaya positif, mempunyai iklim yang kondusif dan sentiasa memelihara nilai-nilai kehidupan yang terpuji.