JANGAN Klik sini:

Tuesday, October 31, 2006

Selamat Tinggal Oktober...

Memandangkan hari ini 31 Oktober 2006 (Selasa) adalah dipenghujung bulan... terasa amat cepat masa berlalu.. esok akan bermula bulan November... pejam celik..pejam celik SPM pun dah dekat.. pelajar-pelajar semua.. adakah anda semua sudah bersedia?
Semalam merupakan hari yang paling banyak 'bahan' untuk blog malangnya bateri kamera pula kehabisan so terpaksalah 'kenangan' itu segar dalam ingatan saja..
Sebelah pagi tu, pengetua membuat 'rumah terbuka' kat bilik guru... banyaknya biskut dan kuih raya...sedap pulak tu... terima kasih Pengetua. Malangnya saya tak dapat nak rakam peristiwa tersebut...
Sebelah malamnya pula, Cikgu Hanawaty menjemput kami pergi berhari raya di rumahnya pula.. rumah Cikgu Hana kat kampung Kalok...kira-kira 5 minit dari sekolah. Kamera yang saya dah caj pulak lupa kat flat.. maka tak dapatlah nak bergambar. Banyak sungguh makanan terutama kuih -muih yang dihidangkan oleh Cikgu Hana. Dia juga seorang yang agak lucu jugak.. so malam tu hanya kedengaran ketawa yang mengilai-gilai...hehehe... terutama Cikgu N.G hehe...jangan marah!
Semalam juga ada berita yang mengejutkan... tapi itu berita gembira. Salah seorang rakan saya yang baru berkhidmat selama 2 tahun lebih akan berpindah ke SMK Jalan Arang di Kuching mulai 1 Jan 2007... semua orang terkejut... lebih-lebih lagi baru semalam rasanya dia datang... namun kami semua terpaksa akur... beliau akan berpindah kerana mengikut isterinya. Tahniah diucapkan... namun saya terpaksa rahsiakan siapakah orangnya...biarlah rahsia...
Selamat tinggal bulan Oktober....

Friday, October 20, 2006

Selamat Bercuti, Jumpa lagi seminggu dari sekarang!

Hari ini terasa sedikit kesayuan apabila sekolah menjadi sunyi sepi dan kebanyakkan warga SMK Pusa mulai balik kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tak lama lagi. Kebetulan saya ingin memasukkan beberapa catatan dalam blog ini maka saya mengambil keputusan untuk balik petang ini..
Kepada semua rakan-rakan guru, SELAMAT HARI RAYA saya ucapkan.. Maaf zahir dan Batin. Semoga sambutan tahun ini membawa seribu makna dan kebahagian yang tidak terhingga... kepada pelajar-pelajarku selamat berhari raya... jangan main mercun.. bantu mak bapak menyediakan persiapan hari raya.. dan bergembiralah....
Selamat bercuti... tak sabar untuk kembali... bye..

Kadang-kala kita lupa tentang mereka.

En. Ahmad
Setiap pagi sampailah ke petang..mungkin anda perasan kewujudan mereka yang begitu khyusuk melakukan aktiviti rutin mereka iaitu melakukan kerja pembersihan di sekitar sekolah. Namun, saya perhatikan ada segelintir pelajar yang menafikan kewujudan mereka sehingga sanggup membuang sampah merata-rata tempat atas sebab ada orang lain yang membersihkan untuk mereka. Kepada pelajar-pelajarku.. mulai hari ini hargailah jasa mereka... tanpa mereka kita sudah pasti tidak dapat belajar dengan selesa. Kepada En. Ahmad.. terima kasih atas jasamu yang tak ternilai itu... hanya Tuhan mampu membalasnya.. dan tadi saya begitu terkejut apabila En. Ahmad menghulurkan salam hari raya... selamat hari raya untuk anda juga..

En. Ujang

En. Ujang juga seorang yang amat berdedikasi dalam memastikan tugasnya berjalan dengan lancar... sekiranya anda terserempak dengannya, ucapkanlah selamat kepadanya... beliau pasti gembira.

Wah...rajinnya pak cik Hazami memotong daun.. Beliaulah yang banyak mempercantikkan kawasan sekolah...
En Hazami... terima kasih daripada semua warga SMK Pusa.
Puan Dayang, antara pekerja pembersihan yang rajin bekerja... terima kasih banyak-banyak..
Memperkenalkan kawan saya, En. Ikwan.. pengawal keselamatan sekolah. Semoga hari raya di sambut dengan meriah...
En. Adam, seorang yang sangat 'sporting'... saya kata nak ambil gambar untuk blog dia terus setuju... terima kasih En. Adam.
Beliau adalah staff sokongan di SMK Pusa, jika anda terserempak dengan beliau.. ucapkan selamat kepadanya... anda sudah pasti suka dengan beliau kerana beliau seorang yang lucu dan sangat kelakar..
Kebetulan tadi semasa saya sibuk mengambil gambar kawasan sekolah, Cikgu Hj. kulana turut ada di situ, maka saya tak lepaskan peluang ini untuk merakamkan gambar beliau dan En. Adam..


Cikgu Hj. Kulana (PKKK) sangat bergaya dengan motosikal besarnya.. Seorang yang ramah dan penuh dedikasi...

Dari Jendela SMK Pusa: Untuk Anda..

Papan tanda sekolah... Sekolah Menengah Kebagsaan Pusa, sentiasa menjadi kebanggaan warganya! Selamat datang... mungkin anda belum pernah mengenali SMK Pusa sebelum ini.. dan kini tibalah masanya untuk saya memperkenalkan kepada anda wajah-wajah SMK Pusa secara online kepada anda... Yezzaaa....
Tanda alu-aluan.... SMK Pusa.
Motto sekolah: Berilmu, Berbakti dan Beriman.
Kita akan disambut dengan mesra oleh pengawal keselamatan sekolah En. Ikwan yang begitu mesra orangnya.. jika anda pertama kali datang ke sini... jangan lupa minta pas pada dia okay... jangan takut... saya dah bagitahu anda.. En. Ikwan ni baik orangnya...
"Selamat Berjaya dalam SPM daripada seluruh warga SMK Pusa" merupakan banner yang menunjukkan betapa seluruh warga SMK Pusa meniupkan semangat pelajarnya agar cemerlang dalam SPM.. setiap pagi, pelajar-pelajar akan rasa diri dihargai dan akan terus berusaha mencapai matlamat sekolah...
Jika anda perasan.. nama blog ini adalah sempena seekor kucing kerana saya difahamkan bahawa maksud 'pusa' (sebutan masyarakat disini 'pusak') adalah merujuk kepada kucing..
Inilah kucing kesayangan warga SMK Pusa, tiada yang seumpamanya di dunia ini hanya di SMK Pusa.. namanya si Bolat (saya sendiri yang bagi nama ini...)
Si Bolat sangat setia menjaga Sekolah ini... biarpun panas, hujan.. ribut melanda.. Ia tetap berdiri teguh di sini... teman-temannya hanya kumbang, burung, bunga dan kupu-kupu...
Taman bunga sekolah tempat pelajar membaca setiap petang.
Indahnya sekolahku...
Bunga-bunga yang kembang segar... sejuk mata memandang.
Taman ini sentiasa dijaga agar mudah untuk pelajar melakukan aktiviti seperti perbincangan dan sebagainya.
Datanglah ke SMK Pusa... jangan malu-malu.. saya sendiri akan membawa anda melawat sekitar sekolah...
Dulu pertama kali saya datang ke SMK Pusa, saya agak terkejut melihat sekolah dalam taman lebih-lebih lagi ini merupakan sekolah luar bandar.. namun saya bangga menjadi salah seorang pendidik di sini...
Anda tak akan rasa terasing di sini kerana semua warga SMK Pusa sangat mengalu-alukan kedatangan anda... Berikan sedikit senyuman anda,dan anda akan pulang dengan hati yang tenang... kerana 'kebahagiaan anda keutamaan kami'..
Langkah pertama bermula disini...
Dulu ini merupakan kediaman Pengetua yang lama iaitu Mr. Bong Jin Fu, kini ia dijadikan bengel pendidikan seni dan PJPK.
Sekiranya anda pertama kali samapai ke Daerah Pusa, lebih kurang 500 meter atau lebih anda akan terpandang pam air ini yang tinggi menjulang ke langit... itu menandakan bahawa anda tidak jauh dari SMK Pusa... beberapa Km kemudiannya anda akan sampai ke pekan Pusa.. Nanti saya akan bawa anda menjelajah sekitar Pusa okay...
Pusa Cemerlang 2010! Up! Up! PMR/SPM.. Soar High Pusa!
Kawan baik si Bolat, namanya Si Busyuk... Si Busyuk ni asyik tido aje kerja dia... tak pernah tengok ia bawa balik C.Tkus... tapi Busyuk tetap menjadi kesayangan warga Pusa...
Di makmal komputer ini lah saya membuat blog ini... alamak dah jam 3.06pm... laparlah pulak!
Tempayan si Puteri Tandang Sari... sekiranya anda mengalami masalah kulit.. basuh muka anda dari tempayan Puteri Tandang sari... kulit anda akan berseri-seri... (Acah aje...)
Soar High...soar high...soar high pusa.....
Visi sekolah
Pusa cemerlang 2010!
Pentas kecil untuk perhimpunan setiap hari Rabu...
Bunga yang segar menyenangkan sesiapa saja...
Bunga untuk mu...
Kolam Puteri Tandang Sari...eh.. kat sini ada penguin dan dolphin tau...tapi tak sempat nak rakam coz penguin dan dolphin tiba-tiba lari bila saya sampai... takutlah tu...
Gajah menyusur...
Surau SMK Pusa..
Musim luruh... tiada di tempat lain hanya di SMK Pusa!
Gajah menyusur... ke Asrama Puteri..
Bunga-bunga cinta...layu di pusara... lagulah pulak...
Taman Puteri Tandang Sari...
Alamak apa si Busyuk tengah buat tu? Mesti tido lagi.... bangunlah...
Eh...dah bangun? Meow...meow...meow... nah aku bagi ikan terubuk... sedap... "Terubuk dari Beladin, untuk dunia" datanglah...
Sekolahku... jiwaku...
Telefon awam... satu-satunya di SMK Pusa... gunakan sebaiknya ok.



Bilik guru dah pindah ke atas... dulu kat bawah. Tukar dengan perpustakaan...