JANGAN Klik sini:

Thursday, October 19, 2006

Jadikan Hari Ini Dalam Sejarah.

19 Oktober 2006.
Khamis.
Keadaan berkabus pagi ini dan gambar diatas agak kurang jelas..turut kelihatan titis-titisan embun pagi... indahnya pagi ini..................

Hari ini saya begitu teruja sehingga seawal pagi jam 6.15am sudah sampai di bilik guru (selalunya 6.45am). Semua ini gara-gara ingin mengubahsuai sedikit kandungan dalam blog ini. Hari ini juga saya telah berjanji ingin membawa pelajar saya melawat blog ini di makmal komputer... membuatkan saya gementar sedikit.. walaubagaimanapun, saya berharap semoga blog ini akan menceriakan hari-hari anda kerana tanpa anda, blog ini tiada maknanya..
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan-rakan guru SMK Pusa, semua staff sokongan dan semua pelajar-pelajar saya yang sangat saya kasihi.. semoga Di Hari Raya nanti semua yang indah-indah akan terakam dalam minda dan bermaaf-maafanlah dikesilapan yang lalu... selamat hari raya aidilfitri...

No comments: