JANGAN Klik sini:

Monday, December 18, 2006

Sesejuk Winter Sonata.. Kundasang Sabah.


Sekiranya anda sudah sampai di Sabah, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Kundasang Sabah. Kundasang Sabah terletak di Daerah Ranau (Jika anda tak tahu dimana Ranau...ingat pada penyanyi Linda AF2..dia kan berasal dari Ranau).

Dari KK, perjalanan cuma mengambil masa 2 jam sahaja. Namun perjalanan ke Kundasang ini sangat 'menyeronokkan'..hehe bukan apa sepanjang perjalanan anda akan berasa seolah-olah berada di dalam Roller Coaster!

Semakin menghampiri kawasan tersebut, suhu akan terasa semakin sejuk...sangat-sangat sejuk sampaikan anda memerlukan baju tebal. Teringat kisah lucu semasa saya ingin menempah bilik di Kinabalu Rose Cabin dimana saya menanyakan kepada tuan punya Cabin tersebut adakah bilik mereka disediakan penghawa dingin.. dengan nada terkejut dia menyoal balik..."apa maksud kamu?"

Rupa-rupanya bila sudah sampai disana, jangankan penghawa dingin, peti sejuk dan kipas pun tidak diperlukan di sana. Namun, anda mesti ke sana untuk menikmati apa yang saya ceritakan barulah anda tahu kebenaran cerita saya. Betul tak?



Buah strawberi original daripada sabah. Rugi sekiranya anda ke sini tanpa menikmatinya. Di Kundasang sini banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual dan harganya agak murah...malangnya, saya tidak dapat membelinya sebab susah hendak di bawa ke sarawak.

No comments: