KUCHING: Sejak beliau masih kanak-kanak, Jason Brooke, 23, sentiasa menanam minat yang cukup mendalam terhadap Sarawak, yang dikaitkan dengan era pemerintahan Raja Putih Brooke selama kira-kira satu abad lamanya sehingga ia dijadikan koloni British pada 1946.
Pemuda kelahiran London yang juga piut kepada Raja Kedua Sir Charles Brooke itu berkata, minat mendalam terhadap Sarawak dan legasi datuknya membawa beliau untuk lawatan peribadi tiga minggu ke Sarawak, terutama semasa negeri sedang menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke-45, membangun sebagai sebahagian daripada Malaysia. “Saya sentiasa ingin ke sini sejak sekian lama. Sejak saya masih muda lagi saya sering dekati datuk saya untuk mendapat maklumat mengenai Sarawak darinya,” katanya pada majlis minum petang ajuran Persekutuan Pelancongan Sarawak di Sarakraft Pavilion di sini, yang diadakan sempena kehadirannya di sini. “Rasanya seperti sekarang masa yang sesuai untuk datang,” kata beliau yang tiba di sini Ahad lalu, selepas menamatkan pengajian di University College Dublin di Ireland, dalam bidang Kesusasteraan dan Kesenian Inggeris. Datuknya, pewaris dan anak saudara kepada Raja Ketiga Sir Vyner Brooke, dikenakan hukuman buang dari Sarawak selepas tamat Perang Dunia Kedua kerana menentang penyerahan wilayah Raja Putih itu kepada kerajaan British, namun dibenarkan kembali 17 tahun kemudian selepas Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia. Dalam menjejaki warisan lama keturunannya di Sarawak, Jason berkata beliau juga membesar dengan pengetahun mengenai hubungan antara keluarganya dan Sarawak menerusi bapanya, James Brooke, yang tinggal di sini sejak bayi di awal 1940, dan sekarang menetap di Edinburgh, Scotland.
“Saya sentiasa berhubung dengan ramai orang di Sarawak, termasuk beberapa penulis seperti Vincent Foo, yang menulis buku bertajuk “Sarawak Steamship Company” dan “A History Of Sarawak Club”, dan menerusi gambar keluarga,” kata Jason, yang menarik perhatian ramai tetamu apabila memakai tali leher Pertubuhan Sarawak, yang menjejaki susur galur keturunannya sejak 1924 lagi. Beliau juga terbabit secara aktif dengan pertubuhan itu yang berpangkalan di United Kingdom, yang anggotanya terdiri daripada kalangan ekspatriat British yang pernah berkhidmat di Sarawak, dan juga anak Sarawak sendiri. Anak bungsu dari dua beradik, beliau juga gembira melihat Bandaraya Kuching berkembang dengan pesat, dengan banyak bangunan bersejarah yang boleh dijejaki kewujudannya sejak era pemerintahan Raja Brooke lagi, yang masih wujud dan disesuaikan dengan persekitaran semasa. “Saya susuri laluan sekitar tebingan sungai di sini dan menyeberangi Sungai Sarawak, suasananya cukup indah. Saya luangkan banyak masa bertemu dengan orang ramai, dan saya amat kagum dengan keramahan mereka,” katanya yang berharap dapat mempromosi pelancongan Sarawak ke seluruh dunia. — Bernama

(Sumber: Berita Harian online)
No comments:
Post a Comment