Pertandingan Pantun Peringkat Bahagian Betong di SMK Pusa.
Dayang Mariani (3A)
Abang Abdul Rahim (3A)
Pertandingan Pantun Peringkat Bahagian Betong telah diadakan pada 20 hingga 21 Februari 2008 yang diadakan selama dua hari. Pada kali ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa telah menjadi tuan rumah untuk menganjur pertandingan ini.
SMK Pusa turut menghantar peserta seramai empat orang pelajar untuk mewakili sekolah. Mereka terdiri daripada Dayang Mariani (pemantun pertama), Nur Shafiah (pemantun kedua), Nur Asiah (pemantun ketiga) dan Abang Abdul Rahim (pemantun simpanan). Mereka telah dibimbing oleh guru pengiring iaitu Cikgu Suraya binti Rejab.
Sebelum acara dimulakan, para peserta didaftar dan membuat cabutan undi. Semua guru pengiring dan juri diberi taklimat oleh ketua hakim. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Pusa, SMK Agama Sri Aman Saratok, SMK (BM) Saratok, SMK Saratok, SMK St. Augustine Betong, SMK Dato Patinggi Kedit Betong, SM Teknik Betong, SMK Spaoh, SMK Kalaka dan SMK Saribas. Tergambar di wajah para peserta tentang “semangat kejuaraan” pada diri masing-masing.
“Sesetengah peserta bijak menggunakan bahasa.” Inilah ucapan daripada ketua hakim pertandingan pantun mengenai bakat para peserta. Ucapan daripada pengetua SMK Pusa, Tuan Mahli bin Rosli turut diperdengar pada petang itu sebelum acara penyampaian hadiah. Beliau juga turut merasmikan pertandingan ini dan juga menutup secara rasminya dalam majlis penutupan.
Keputusan pertandingan itu, tempat ketiga ialah SMK Pusa manakala tempat kedua ialah SMK Saribas. Johan dalam pertandingan ini disandang oleh SMK Saratok. Tidak kurangnya juga, pemantun dari SMK Saratok, Charlin diumumkan sebagai pemantun terbaik bagi pertandingan ini. Beliau turut mendapat cenderahati atas kemenangannya daripada pihak penganjur.
Walaupun mendapat tempat ketiga, SMK Pusa tetap bersyukur kerana inilah julung kalinya para peserta pantun SMK Pusa sampai ke tahap ini. “Ini adalah kali pertama SMK Pusa sampai ke suku akhir, sebelum ini tidak pernah lagi,” kata Cikgu Suraya. Kalau tahun-tahun sebelumnya, SMK Pusa tidak mendapat tempat, tetapi tahun ini mendapat tempat ketiga. Bak kata orang, “ tuah di tempat sendiri.” Selain itu, para peserta berharap agar pertandingan untuk tahun hadapan lebih baik dan lebih berusaha untuk mencapai ke peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment