JANGAN Klik sini:

Saturday, May 30, 2009

Terima Kasih Nur Haslinda Binti Zamhari (3A)






Sebelum balik untuk bercuti Hari Gawai, saya terkejut apabila melihat bungkusan di atas meja. Bila dibuka saya terkejut kerana di dalam bungkusan tersebut terdapat kuih sepit special yang dibuat daripada lemantak. Tetapi tidak dinyatakan pemberian dari siapa. Mesti ada orang tersalah letak atas meja saya, fikirku. Kemudian saya menerima SMS daripada pelajar yang bernama NurHaslinda Binti Muhd. Zamhari. Rupa-rupanya Kuih sepit tersebut adalah pemberian pelajar tingkatan 3A. Terima kasih banyak-banyak Haslinda... Balik rumah saya terus merasa kuih sepit tersebut.. memang sedap.

Kejutan Daripada Pengetua!

Selamat pagi Jumaat.. Perasaan hari ini bercampur aduk antara suka dan binggung.. Suka sebab esok dah cuti.. boleh lah aku berehat-rehat setelah melalui kepenatan di Sekolah.. Binggung sebab banyak benda yang sepatutnya aku lakukan belum beres sepenuhnya.. Apatah lagi kalau cuti sememangnya segala-galanya akan turut bercuti juga.. Seperti biasa aku dah pun sampai ke Bilik guru jam 6:30am.. Meja masih bertimbun dengan kertas peperiksaan pelajar.. biasalah sekarang musim peperiksaan!
Hari ini kertas T. Islam dan Sejarah 1.. bila ku belek-belek jadual, nampaknya kelas 4A8 tidak mengambil kertas T. Islam maka aku hanya perlu duduk di dalam kelas menjaga kelas agar tidak bising. Di dalam kelas pelajar sibuk membuat ulangkaji terakhir untuk kertas Sejarah 1 dan ada juga yang bersembang-sembang kosong. Bila aku memandang ke arah mereka barulah mereka cepat-cepat membaca buku..
Tiba-tiba...
Handset aku bergegar. Ada panggilan. Aku biarkan saja ia bergegar. Kemudian, SMS masuk.. aku tekan butang handset, Cikgu Mohd. Arif yang antar SMS dan aku cuba membaca sepintas lalu SMS tersebut dan jantungku bergetar begitu cepat sekali..
SMS tersebut berbunyi..
"Pengetua mahu jumpa, mustahak.."
Alamak.. aku pula kesalahan yang aku telah lakukan? Bermacam-macam persoalan yang muncul.. aku meninggalkan kelas setelah mengarahkan ketua tingkatan untuk menjaga kelas sekejap.. Langkahku terasa amat berat sekali. Jantungku pula tak berhenti-henti berdebar-debar.. Ku tarik nafas panjang-panjang agar tak pengsan pula bila sampai di bilik pengetua..
Apabila aku masuk, sekumpulan guru pelatih dari UPSI sedang mengambil gambar dengan pengetua. Hari ini adalah hari terakhir mereka bertiga menjalani latihan selama 2 minggu. Dari luar aku dapat mendengar ketawa mereka penuh kegembiraan.. Harap-harap pengetua tak marah, kata hati kecil ku..
Setelah guru pelatih tersebut maninggalkan bilik pengetua, aku membiarkan 5 saat berlalu sebelum masuk. Aku menarik nafas panjang-panjang. Setelah mengetuk pintu, aku segera masuk dan Pengetua senyum memandang kearah aku. Aku membalas senyuman tersebut walaupun hatiku masih tertanya-tanya..
"Ada apa Doktor mahu jumpa saya?" Tanya ku kepada Dr. Hajjah Norisah.
"Oh ya.. tadi saya panggil cikgu untuk bagi biskut sempena Hari Gawai," Katanya.
Aku masih tergamam kaku dan sedikit blur.. lalu diulanginya sekali lagi.. barulah otak aku dapat memproses maksud Dr. Hajjah Norisah. Aduh.. aku ingat apakah yang telah aku lakukan sehingga Dr. Hajjah Norisah ingin berjumpa denganku. Disebabkan masih terkejut, aku terpaksa memberitahu bahawa betapa aku masih lagi terkejut dengan kejutan ini.. hehehe.. Malunya aku kerana memikirkan yang bukan-bukan sebentar tadi.. apa-apa pun..
"Terima Kasih Dr. Hajjah Norisah."
Aku lupa bertanya apakah nama biskut tersebut.. ada cheese.. maybe biskut Cheese hehehe..
Awal-awal lagi Dr. Hajjah Norisah memberitahu bahawa biskut tersebut bukan dibuat olehnya.. Bak kata Dr. Norisah.. Biskut tunjuk.. hehehe...
Sedap...
Terima Kasih Dr. Hajjah Norisah :)

Selamat Bercuti...
















Friday, May 29, 2009

SMS Hari Guru..


16 Mei 2009 yang lalu, saya menerima banyak SMS daripada pelajar, bekas pelajar mahupun daripada teman sekerja. Oleh kerana telefon bimbit saya 'kureng' canggih maka kapasiti untuk menyimpan SMS tersebut amat terhad. Nak 'delete' pun terasa sayang.. nasib baik ada blog ni maka saya pun letakkan dalam blog ini agar ia sentiasa tersimpan buat selama-lamanya.. salah satu SMS yang menarik yang terima daripada Cikgu Haji Bustari.. Terima kasih buat semua yang menghantar SMS pada saya.. :)

"Banyak dapat BUNGA?
*Tanda tugas guru mengharumkan dunia.

Dapat PEN?
* Tanda guru bijak melakar kata.

Dapat PEMADAM?
* Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.

Dapat MESEJ?
* Tanda gurusentiasa diingati!

SELAMAT HARI GURU."
Daripada: Cikgu Haji Bustari. 16 Mei 2009. 12:22:00 pm

"Selamat Hari Guru"

Daripada: Siti Rahimas. 16 Mei 2009. 12:08:05 am

"Guru,
Syair yang telah kau ungkapkan amat bermakna buat kami walaupun ada rasa pahit dan manis tetapi kami redha segalanya.. Happy teacher's day.."

Daripada: Tanpa nama (Katanya dari bekas anak murid cikgu..) 16 Mei 2009. 12:08:43 am

"Selamat Hari Guru.. Jasamu ku kenang.."

Daripada: Rahim 5F 2004. 16 Mei 2009. 12:13:38 am
" SELAMAT HARI GURU. Terima Kasih atas ilmu yang dicurahkan dan jasamu tetap dikenang. Semoga happy selalu.."

Daripada: Azizi 5F 2004. 16 Mei 2009. 12:14:51 am

"Happy Teacher's Day"

Daripada: Yanna 5D 2006. 16 Mei 2009. 12:15:08 am

"Dengan kejujuran dan ilmu yang dikau limpahkan pada aku selama ini, aku berterima kasih kepada mu.. semoga ilmu yang engkau limpahkan kepada ku dahulu tetap kekal hingga kini.. SELAMAT HARI GURU"

Daripada: Zaid 5E 2008. 16 Mei 2009. 12:19:25 am
"Selamat Menyambut Hari Guru.. Happy Teacher's day , Semoga cikgu Terry & Cikgu-cikgu di SMK Pusa sihat, senyum dan gembira selalu.. Kasih sayang terpancar di mata, Bersinar-sinar bagaikan permata, walaupun jauh pandangan mata, Jasa dan pengorbanan mu tidak ternilai walaupun segunung harta.."

Daripada: Tiada nama. 16 Mei 2009. 12:33:19 am

"Happy Teacher's Day"

Daripada: Nur Haslinda 3A 2009. 16 Mei 2009. 06:24:32 am

"Why Malaysian students always "tiru" in exam??
Because..
At the bottom of every page of each paper,
Written..
"SILA LIHAT SEBELAH"

SELAMAT HARI GURU.."

Daripada: Madam Pawa. 16 Mei 2009. 07:50:55 am

"A techer's achievements is not how many 'A's or 'B's they produces but how many lives they changes n how many hearts they touches. Happy Teacher's Day!"

Daripada: Miss Magdelene Nuli. 08:01:48 am/Madam Angelia Tan. 16Mei 2009. 08:45:27 am

"Without TEACHERS----- dayz are....
.....Sadday...
.....Moanday...
.....Tearsday....
.....Wasteday...
....Thirstday...
....Fightday...
....Shatterday...

so HAPPY TEACHER'S DAY.."

Daripada: Well@Came. 16 Mei 2009. 08:06:05 am

"Selamat hari Guru..sala si guru"

Daripada: Ati. 16 Mei 2009.08:47:37 am

"SWEET SMS for a SWEET teacher from a SWEET person for a SWEET reason at a SWEET time on a SWEET a SWEET day in a SWEET month and SWEET year. Have a SWEET TEACHER'S DAY.."

Daripada: Madam Liew SF. 16 Mei 2009. 08:54:29 am

"Selamat Hari Guru. Thanks di atas segalanya ilmu yang cikgu curahkan kpd kami pelajar.. :) "

Daripada: Osman 5E 04. 16 Mei 2009. 09:10:04 am

"With appreciation: thank you for taking the time to be so thoughtful.. HAPPY TEACHER'S DAY!" :)

Daripada: Miss Chang SF. 16 Mei 2009. 09:25:55 am

"Ingatkan campak rupanya jerawat batu, ngajar bagai nak rak, budak buat tak tahu, rasa macam nak sepak, takut kena serbu, mai mek nak oyak, bukan kata rindu, banyaklah bersabar.. kita ni kan cikgu... SELAMAT HARI GURU"

Daripada: Mohd.Nazid Sazali. 16 Mei 2009. 09:26:04 am

"Selamat Hari Guru! Teruskan perjuangan. Aja!Aja! Hikhik.."

Daripada: Fairol 4F 2006. 16 Mei 2009. 10:02:19 am

"For being more than a teacher... A Friend.. a guide'n.. An inspiration.. for making me find myself.. Here's wishing a 'HAPPY TEACHER'S DAY' to you."

Daripada: Tanpa Nama. 16 Mei 2009. 10:37:36 am

"Selamat Hari Guru"

Daripada: Syukur 2007. 16 Mei 2009. 10:44:15 am

"Happy teacher's Day Cikgu.. :)"

Daripada: Nurul Hafizah Ayunni 5S109. 16 Mei 2009. 12:12:59pm

"Hallo my teacher.. Happy teacher's Day to u.. Thankx u bcoz teach me a lot... Setiap jasamu akan dikenang selama2nya.. N doakanlah pelajarmu agar berjaya..U r the best teacher!"

Daripada: Airahman 5A07. 16 Mei 2009.12:50:16 pm

"Selamat Hari Guru.."

Daripada: Dyg. NurShikin 5A. 16 Mei 2009.01:18:15pm

"Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires.. HAPPY TEACHER'S DAY :)"

Daripada: Cynn. 16 Mei 2009. 01:43:03 pm/ Lim Hua Choo 5A07. 17 Mei 2009. 06:14:19 pm

"Selamat Hari Guru Cikgu Terry.."

Daripada: Misyalliza 5s209. 16 Mei 2009. 01:53:23 pm

"Selamat Hari Guru. Hope Cikgu akan selalu happy jadi cikgu kat SMK Pusa :)"

Daripada: Hidayah Nadjwa. 16 Mei 2009. 07:09:15 pm

"Happy Teacher's Day!"

Daripada: Wynn Glen. 16 Mei 2009. 08:13:18 pm

"Hye Cikgu.. selamat Hari Guru.. :)"

Daripada: Sh. Nur Elysa 5D. 16 Mei 2009. 11:16:54 pm

"Selamat Hari Guru... cikgu.."

Daripada: Baizura 5A07. 17 Mei 2009. 10:52:46 am

"Selamat Hari Guru..Sorilah akhir bok ucap tk..Jasamu sentiasa kan ku kenang..Makseh cikgu.. "

Daripada: Asma 2007. 16 Mei 2009. 01:01:45 pm