JANGAN Klik sini:

Saturday, May 30, 2009

Kejutan Daripada Pengetua!

Selamat pagi Jumaat.. Perasaan hari ini bercampur aduk antara suka dan binggung.. Suka sebab esok dah cuti.. boleh lah aku berehat-rehat setelah melalui kepenatan di Sekolah.. Binggung sebab banyak benda yang sepatutnya aku lakukan belum beres sepenuhnya.. Apatah lagi kalau cuti sememangnya segala-galanya akan turut bercuti juga.. Seperti biasa aku dah pun sampai ke Bilik guru jam 6:30am.. Meja masih bertimbun dengan kertas peperiksaan pelajar.. biasalah sekarang musim peperiksaan!
Hari ini kertas T. Islam dan Sejarah 1.. bila ku belek-belek jadual, nampaknya kelas 4A8 tidak mengambil kertas T. Islam maka aku hanya perlu duduk di dalam kelas menjaga kelas agar tidak bising. Di dalam kelas pelajar sibuk membuat ulangkaji terakhir untuk kertas Sejarah 1 dan ada juga yang bersembang-sembang kosong. Bila aku memandang ke arah mereka barulah mereka cepat-cepat membaca buku..
Tiba-tiba...
Handset aku bergegar. Ada panggilan. Aku biarkan saja ia bergegar. Kemudian, SMS masuk.. aku tekan butang handset, Cikgu Mohd. Arif yang antar SMS dan aku cuba membaca sepintas lalu SMS tersebut dan jantungku bergetar begitu cepat sekali..
SMS tersebut berbunyi..
"Pengetua mahu jumpa, mustahak.."
Alamak.. aku pula kesalahan yang aku telah lakukan? Bermacam-macam persoalan yang muncul.. aku meninggalkan kelas setelah mengarahkan ketua tingkatan untuk menjaga kelas sekejap.. Langkahku terasa amat berat sekali. Jantungku pula tak berhenti-henti berdebar-debar.. Ku tarik nafas panjang-panjang agar tak pengsan pula bila sampai di bilik pengetua..
Apabila aku masuk, sekumpulan guru pelatih dari UPSI sedang mengambil gambar dengan pengetua. Hari ini adalah hari terakhir mereka bertiga menjalani latihan selama 2 minggu. Dari luar aku dapat mendengar ketawa mereka penuh kegembiraan.. Harap-harap pengetua tak marah, kata hati kecil ku..
Setelah guru pelatih tersebut maninggalkan bilik pengetua, aku membiarkan 5 saat berlalu sebelum masuk. Aku menarik nafas panjang-panjang. Setelah mengetuk pintu, aku segera masuk dan Pengetua senyum memandang kearah aku. Aku membalas senyuman tersebut walaupun hatiku masih tertanya-tanya..
"Ada apa Doktor mahu jumpa saya?" Tanya ku kepada Dr. Hajjah Norisah.
"Oh ya.. tadi saya panggil cikgu untuk bagi biskut sempena Hari Gawai," Katanya.
Aku masih tergamam kaku dan sedikit blur.. lalu diulanginya sekali lagi.. barulah otak aku dapat memproses maksud Dr. Hajjah Norisah. Aduh.. aku ingat apakah yang telah aku lakukan sehingga Dr. Hajjah Norisah ingin berjumpa denganku. Disebabkan masih terkejut, aku terpaksa memberitahu bahawa betapa aku masih lagi terkejut dengan kejutan ini.. hehehe.. Malunya aku kerana memikirkan yang bukan-bukan sebentar tadi.. apa-apa pun..
"Terima Kasih Dr. Hajjah Norisah."
Aku lupa bertanya apakah nama biskut tersebut.. ada cheese.. maybe biskut Cheese hehehe..
Awal-awal lagi Dr. Hajjah Norisah memberitahu bahawa biskut tersebut bukan dibuat olehnya.. Bak kata Dr. Norisah.. Biskut tunjuk.. hehehe...
Sedap...
Terima Kasih Dr. Hajjah Norisah :)

No comments: