JANGAN Klik sini:

Sunday, March 21, 2010

Razak Terhem: Alumni SMK Pusa PMR tahun 2000..sekarang berada di luar negara melanjutkan pelajaran ke peringkat master..

Entry kali ini merupakan email yang dikirim oleh saudara Razak Terhem, bekas pelajar SMK Pusa tahun 2000. Kini beliau melanjutkan pelajaran di University of Queensland, Australia. Terima kasih buat Razak Terhem kerana sudi berkongsi pengalam beliau di dalam blog ini. Diharapkan agar semua pelajar akan mengikut jejak beliau....

Razak Terhem
Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada organisasi blog SMK Pusa, terima kasih juga kepada saudara Terry kerana memberi peluang untuk alumni SMK Pusa berkongsi pengalaman. Di harap pengalaman saya dapat dikongsi bersama kepada semua warga SMK Pusa terutamanya kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM dan PMR.Ingin sekali saya memperkenalkan diri saya.. Saya Razak Terhem, anak kelahiran kampung Beladin dan pernah menuntut di SMK Pusa pada tahun 1998 hingga 2000 dan menduduki PMR pada tahun 2000 dan keputusan agak tidak memuaskan hanya 5A sahaja namun begitu niat dihati ingin masih membara untuk terus mencapai kejayaan. Selepas menamatkan persekolahan di SMK Pusa saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Betong dan keputusan SPM hanya mendapat 3A daripada sebelas mata pelajaran yang di ambil. Untuk adik-adik jika keputusan SPM agak tidak memuaskan tidak semestinya anda hanya di tahap itu. Banyak lagi peluang dan jalan yang tersedia untuk terus berjaya.Alhamdulilah, selepas menamatkan pelajaran di SM Teknik Betong saya mendapat tawaran di Universiti Putra Malaysia di dalam bidang diploma perhutanan dan menamatkan pelajaran pada tahun 2003, seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang yang sama dengan memperoleh Ijazah sarjana muda kelas pertama (sangat susah untuk diperolehi). Untuk pengetahuan adik-adik di SMK Pusa...pengalaman di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang amat menyeronokan, berhampiran dengan Putrajaya pusat pentadbiran negara serta ibu kota Kuala Lumpur. Suasana pembangunan yang tidak dapat di rasai di bumi Kenyalang.. Permandangan yang sangat menarik di Putrajaya dan di ibu kota yang sangat sibuk dengan pelbagai urusan penduduknya.Untuk pengetahuan adik2 selepas menamatkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama saya banyak mendapat peluang perkerjaan antaranya adalah Pegawai penyelidikan di UPM, pegawai pelemihara hutan, penolong pegawai hidupan liar, serta Tutor di Universiti Putra Malaysia. Jika ingin mengikut kehendak hati ingin saya ambil kesemua tawaran yang ditawarakan..namun begitu hanya satu pilihan sahaja yang di benarkan dan saya memilih untuk jawatan tutor di UPM.

Selain itu, selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama, saya di tawarkan terus oleh UPM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PHD (doktor falsafah tanpa mengambil master; peringkat tertinggi didalam pendidikan) dalam masa yang sama saya juga mendapat tempat di University of Queensland Australia tetapi pada peringkat master dalam bidang molecular plant pathologi. Dengan kata lain selepas menamatkan ijazah sarjana muda di UPM saya banyak mendapat peluang keemasan yang sangat berharga. Di antara kesemua yang ditawarkan saya memilih untuk menjadi tutor di UPM serta melanjutkan pelajaran di peringkat master di Univeristy of Queensland Australia serta menolak tawaran untuk melanjutkan PHD di UPM.
Brisbane

Sekarang saya berada di bumi Kanggaro, pengalaman di bumi Australia sangat mengujakan, berada di negara subtropika dan mempunyai 4 musim (musim bunga, musim panas, musim luruh serta musim sejuk) yang tidak ketara. Melapor diri di University of Queensland di bandar Brisbane pada 1 Ogos pada musim sejuk kenangan yang sangat menarik. Suhu persekitaran berada di lingkungan 10 darjah celsius dan sangat sejuk pada waktu malam. Saya berasa sangat tidak selesa kerana tidak pernah merasakan kesejukan begini semasa di Malaysia. Saya juga telah melalui musim bunga yang sangat indah, warna warni bandar Brisbane apabila musim bunga dikunjung tiba, serta pernah melalui musim panas yang panasnya lagi panas daripada Malaysia, dan sekarang berada diperingkat pemulaan musim luruh. Mempunyai bentuk geografi yang menarik di benua Australia semasa saya ke taman negara Noosa 3 jam daripada bandar Brisbane saya melihat koala2 liar yang berada di taman negara tersebut..satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan.Untuk pengetahuan adik-adik University of Queensland terletak di Queensland serta berhampiran dengan ibu negeri Queensland iaitu Brisbane, satu bandar yang aman serta menarik untuk di kunjungi..dengan peningalan sejarahnya seperti Story Brigde serta pembangunan yang teratur dan menarik, bandar Brisbane juga di kelilingi sungai seperti sungai sarawak di Kuhcing, namun yang membezakannya adalah pengangkutan utama seperti City Cat (Ferry yang membawa penumpang ke destinasi di sub bandar di Brisbane).
City Cat
Menaiki City Cat serta menyusuri sungai Brisbane selama 2 jam juga sangat menarik. Banyak lagi pengalaman yang saya ingin kongsikan mungkin cukup untuk setakat ini.
Story Brigde
Semoga adik-adik berjaya....dan di alu2kan untuk bertanya khabar dan hantarkan di alamat email: razakterhem@gmail.com ataupun di facebook ID: Aj Thm

Terima kasih kepada guru2 yang telah mendidik saya semasa di SMK PUSA, antaranya cikgu Bohri, Cikgu Roslan, Cikgu Mohd Tahir, Cikgu Daim, Cikgu Saini, dan banyak lagi...

Salam dari bumi kanggaroo

Razak Terhem

1 comment:

AL said...

Well Done Razak!!