JANGAN Klik sini:

Thursday, April 29, 2010

Program Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan SPM 2010: Sejarah

ISNIN 26 APRIL 2010 SMK Pusa mengadakan Program Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan SPM yang berlangsung selama 3 hari sehingga hari Rabu. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar teknik menjawab soalan sebelum peperiksaan SPM.

Program ini memberi peluang pelajar dari kelas 5S1 sehingga kelas 5A3 untuk mengetahui teknik menjawab yang betul serta meningkatkan motivasi pelajar agar belajar bersungguh-sungguh sebelum peperiksaan berlangsung.

Antara matapelajaran yang diberi fokus dalam program ini adalah Sejarah, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput terdiri daripada guru cemerlang dari sekitar Betong dan juga guru cemerlang sekolah SMK Pusa. Mereka adalah Cikgu Mohd. Najib b. Yusuf Jais dari SMK Agama Sri Aman Saratok, Cikgu Aini Mondra merupakan guru cemerlang SMK Pusa, Cikgu Lulong anak Katoi dari SMK Ulu Layar, Cikgu Roha Binti Lit guru cemerlang Sains SMK Pusa, Ustaz Mohd. Khelmi bin Khalid dari SMK Kabong dan Cikgu Stephenie John Lah juga dari SMK Kabong.

Semoga program seumpama ini akan meningkatkan prestasi SMK Pusa di masa hadapan. Syabas buat Cikgu Azhar dan Cikgu Jaya!


















No comments: