Entry ini sepatutnya saya masukkan dalam blog beberapa bulan yang lalu. Namun, Romzi yang sepatutnya mengirimkan gambar tidak dapat berbuat demikian kerana kesibukkan dia menyebabkan entry ini tidak dikeluarkan. Nasib baik sewaktu kunjungan dia dan rakannya Riduan pada masa itu saya sempat mengambil beberapa keping gambar.
Beberapa bulan yang lepas, Romzi dan Ridzuan menziarahi saya di SMK Pusa (4 March 2010). Kebetulan Romzi sedang bercuti beberapa minggu. Mereka merupakan bekas pelajar SMK Pusa yang mengambil SPM pada 2006. Kini, Romzi sudah pun bekerja di Semanjung Malaysia sebagai seorang anggota polis manakala Ridzuan pula membantu ayahnya mengerjakan ladang sagu (Lemantak).
Romzi telah berjanji akan berkongsi ceritanya kepada pelajar yang berminat menjadi anggota polis sekirannya dia mempunyai masa untuk menghantar email. Namun, saya sempat bertanya kepadanya serba sedikit tentang perihal kerja dia di sana. Menurutnya, dia bertugas di Balai polis Bukit Aman di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sejak 2009. Sebelum itu dia mula menjalani latihan selama setahun pada tahun 2008. Saya berharap agar Romzi akan menghantar email untuk dikongsi dengan kita nanti. Dia sempat menyeru agar pelajar-pelajar SMK Pusa yang berminat ingin menjadi polis agar belajar rajin-rajin dan jangan sekali terlibat dengan kes jenayah. Katanya lagi, minat saja belum cukup untuk menceburi bidang ini kerana untuk menjadi seorang polis harus mempunyai fizikal dan mental yang kuat, pendirian kena kuat serta tabah. Semenjak dia menjadi seorang polis, kini dia berasa lebih yakin, berani dan sentiasa berfikiran dengan rasional. Romzi juga aktif dalam sukan karate. Dia pernah mewakili PDRM dalam pertandingan Piala Ketua Polis Selangor dan Piala Ketua Polis Negara dimana secara berkumpulan mereka telah menjadi juara manakala secara individu Romzi menduduki tempat ke-3.

No comments:
Post a Comment