Ketika fajar menjelang tiba,
merayap cahaya yang gemilang,
aku bersama-sama,
menagih kemerdekaan tanah tercinta..
Dalam dada,
yang merasa tenang,
bagaikan telaga cinta,
aku berjanji,
setia membela tanah pusaka..
sekiranya musuh datang menyerang,
mendendam liar menghujani mangsanya,
untuk tanah pusaka,
hatiku tetap rela..
Dalam hari berbaja kasih di hati
Azam besi berumbi melebarkan penjajah di bumi!
dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam,
aku terlalu merindui fajar cemerlang menjelang.
walaupun badanku hancur,
kerana menentang musuh di tanah pusaka,
tidak hatiku rela..
membiarkan musuh merajalela..
Nukilan: Mohd. Hamizul Maharan.
No comments:
Post a Comment