Dayang Zaimah bt. Abang Ridzuan serta ayahnya, En. Abang Ridzuan bin Abang Spawi.
Ibu Khairun Nazrah bt. Suib
Ibu kepada Khairun Nazrah bt. Suib hadir tanpa kehadiran anaknya kerana Khairun Nazrah masih keletihan disebabkan baru balik dari Pahang menyertai kem SLAD.
Abang Mohd. Syawal yang ditemani oleh ibunya pada hari tersebut mendengar apa yang saya perkatakan tentang akademik serta pencapaian setiap matapelajarnya..
Abang Mohd. Syawal bin Abang Lee ditemani ibunya yang tersayang.
Ezhan Shafiq dan ayahnya, Cikgu Ismail bin Mahrip.
Hari Bersama Pelanggan.. Cikgu Ismail bin Mahrip menemani anaknya, Ezhan Shafiq membincangkan hal berkaitan akademik anaknya. Ezhan Shafiq merupakan pelajar yang pendiam namun cepat memahami pelajaran yang diajar. Semoga Ezhan akan terus berusaha untuk mencapai gred yang lebih baik dalam setiap matapelajaran..
En. Abang bin Hassim, ayah kepada Izzul Mustanir.
Ayah Izzul Mustanir, En. Abang datang tanpa kehadiran anaknya kerana Izzul Mustanir baru saja balik dari Pahang kerana menyertai kem SLAD dan masih keletihan. Izzul Mustanir merupakan pelajar cemerlang PMR 2007 yang lalu dengan mendapat 8A.
NorZila bt. Rascidi bersama ibunya, Puan Sabanun Bt. Sayer. Pada hari tersebut, Norzila agak beremosi sehingga menitiskan air mata. Saya sendiri tertanya-tanya apakah agaknya yang menyebabkan dia menangis? Norzila agak pendiam di dalam kelas dan pemalu orangnya. Cikgu harap Norzila akan berusaha dengan lebih gigih lagi demi mencapai cita-cita kamu okay...
No comments:
Post a Comment