Oleh: Suziafera Ahmat (5A)
MSSM adalah singkatan bagi Majlis Sukan Sekolah Malaysia dan pada tahun ini Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah sukan MSSM peringkat kebangsaan. MSSM ini telah berlangsung di Stadium Tertutup Dewan Perbandaran Balik Pulau, Pulau Pinang.
MSSM bermula pada 12 March 2007 dan berakhir pada 16 March 2007. Sukan MSSM ini disertai 15 buah negeri, antaranya Teregganu, Johor, Kedah , Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan juga Sarawak.
Sarawak hanya mengambil bahagian dalam sepak takraw sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa sepatutnya berbangga kerana tiga orang pelajar kita telah mewakili negeri Sarawak dalam acara ini. Mereka adalah Mohamad Haziq Suhaili, dan Mohammad Sahree Isa dalam kategori 18 tahun ke bawah dan Shamawi Suhaili bagi kategori 15 tahun ke bawah.
Bagi acara sepak takraw ini, dua kategori dipertandingkan iaitu berpasukan dan regu masing-masing bagi kategori 18 tahun ke bawah dan 15 tahun ke bawah.
Tuan rumah Pulau Pinang telah menjadi Johan bagi acara berpasukan 18 tahun ke bawah. Naib Johan pula telah disandang oleh Negeri Kelantan dan tempat yang ketiga pula dirangkul oleh Negeri Kedah.
Bagi kategori 15 tahun ke bawah untuk acara berpasukan pula, Negeri Sembilan telah menjadi Johan. Negeri Johor telah menjadi Naib Johan dan negeri Pulau Pinang tempat ke tiga.
Antara regu 18 tahun ke bawah telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri sekali lagi iaitu Pulau Pinang. Naib Johan pula dimenangi oleh Teregganu manakala Negeri Sarawak turut tersenarai dalam acara ini apabila mendapat tempat yang ke tiga.
Antara regu 18 tahun ke bawah telah dimenangi oleh tuan rumah sendiri sekali lagi iaitu Pulau Pinang. Naib Johan pula dimenangi oleh Teregganu manakala Negeri Sarawak turut tersenarai dalam acara ini apabila mendapat tempat yang ke tiga.
Ini adalah salah satu cara untuk mengharumkan nama sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka telah berusaha dengan bersunnguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah dan negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment