JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

MENJEJAK MAHSURI DI PULAU LANGKAWI.

Tidak ramai pelajar yang bertuah seperti mana pelajar SMK Pusa. Baru-baru ini saja, beberapa pelajar kita telah di hantar mewakili sekolah sekali gus mewakili Sarawak sebagai duta kecil dalam program yang dianjurkan oleh pihak Wilderness dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Buletin PC2010! Berkesempatan meminta mereka menuliskan pengalaman sepanjang mereka berada di Pulau Langkawi semasa program LANGKAWI WILDERNESS ADVENTURE CAMP. Catatan ini telah ditulis sendiri oleh 5 orang pelajar tersebut yang ke semuanya merupakan pelajar aliran Sains yang kini berada di tingkatan 4A.

MOHD. FAZRUL:
“Jauh perjalanan luas pemandangan”.
Pada pagi itu, semasa sedang belajar di dalam kelas, saya dikejutkan dengan terpilihnya mengikut Wilderness Camp di Langkawi. Saya dan lima orang rakan saya terpilih untuk mengikuti Wilderness Camp itu. Saya berasa sungguh gembira sekali dan tidak sangka akan dipilih. Saya tidak sabar untuk menanti hari demi hari tibanya saat itu.
Apabila tibanya hari yang dinantikan, rakan saya tiba-tiba menarik diri dari mengikuti kem disebabkan hal peribadi yang tidak dapat di elakkan. Jadi, kami berlima sahaja yang akan mengikuti camp tersebut. Pada pagi itu, kami bertolak pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta Cikgu Roslan Jabang menuju ke Lapangan Terbang Kuching.
Apabila tiba di Lapangan Terbang Kuching, saya dan rakan-rakan saya dikumpulkan bersama pelajar-pelajar dari sekolah lain yang akan mewakili Sarawak. Saya bertemu dengan ramai pelajar dari sekolah lain. Kami saling berkenalan antara satu sama lain. Kami diberikan ceramah dan taklimat mengenai kem tersebut dan diberikan T-shirt dan topi seorang satu. Malangnya hari itu, flight kami delayed hingga ke petang. Kami terpaksa menunggu lama di lapangan terbang itu.
Kami bertolak pada pukul 5.00 petang dari Kuching ke KLIA. Saya berasa seronok dan teruja sekali kerana first time naik kapal terbang dan dapat melihat sekitar permandangan di bawah. Kami tiba di KLIA pada pukul 7.00 malam. Apabila sampai, kami semua bergegas pula menaiki flight ke Langkawi. Kami sampai di Langkawi pada pukul 8.30 malam. Apabila sampai di Lapangan Terbang Langkawi, kami semua mengambil bagasi masing-masing dan terus di bawa ke tempat penginapan dengan menaiki bas. Saya dapat melihat sekitar Langkawi pada waktu malam. Sungguh indah sekali. Saya dan rakan-rakan tiba di tempat penginapan dan guru pengiring menempah motel untuk penginapan kami. Kami semua diberi makanan dan seterusnya menbersihkan diri masing-masing.
Pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami semua bertolak ke jeti untuk pergi ke Pulau Tuba. Apabila kami semua tiba di jeti Langkawi itu, saya dapat melihat Dataran Lang yang tersergam indah. Kami semua menaiki ekspress untuk ke Pulau tersebut. Dalam ekspress itu, pelajar dari Sarawak digabungkan dengan pelajar dari Labuan. Kami kemudian singgah di jeti Perlis untuk mengambil pelajar dari Terengganu. Kami sampai di base camp (wilderness centre) pada pukul 10.00 pagi.
Sebaik sampai di sana, kami semua dipecahkan kepada beberapa kumpulan, terdapat ramai pelajar dari beberapa buah negeri antaranya Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Labuan dan juga Sarawak. Saya dipisahkan dari rakan-rakan saya. Saya diletakkan di dalam kumpulan Acrux bersama dari pelajar negeri lain yang saya tak kenali. Kami dipimpin oleh dua orang trainer, mereka sungguh baik hati. Kami semua diberi pendedahan sikit dan taklimat berkenaan kem tersebut. Selepas itu, kami semua diberi camp bag, air botol, dan bekas makanan.
Kami semua dibawa ke destinasi masing-masing mengikut kumpulan masing-masing. Kami semua menaiki bot untuk ke destinasi yang di tuju. Saya mengikut kumpulan saya dan dibawa ke tepi pantai. Sampai saja disana, saya dan rakan-rakan saya di beri tugas masing-masing, ada yang membuat khemah, tandas, dan tempat memasak. Setelah selesai, saya dan rakan-rakan menjamu selera. Selepas itu, kami diberi pendedahan mengenai kapal layar sebelum kami semua mengadakan aktiviti belayar iaitu sailing.
Saya berasa beruntung sekali kerana penyampai ceramah itu adalah anak kepada Azhar Mansor iaitu orang yang belayar mengelilingi dunia. Kami semua memanggilnya Abang Long. Dia sungguh baik hati dan memberi ceramah dengan berkesan sekali. Saya dapat belajar tentang bahagian kapal layar serta kegunaanya dan cara hendak belayar. Setelah selesai, kami belayar (sailing program) mengikut seorang jurulatih belayar sekitar Pulau Tuba itu. Saya berasa seronok sekali kerana baru pertama kali menaiki kapal layar. Pada sebelah malam pula kami mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik (problem solving-group management)
Pada keesokan harinya pula, kami menjalankan aktiviti jungle trekking (jungle expedition) Kami dibahagikan stesen masing-masing. Saya mendapat stesen kelima iaitu stesen terakhir. Kami semua meredah hutan dan dapat melihat flora dan fauna yang terdapat dalam hutan itu. Saya dapat belajar tentang spesies tumbuhan dan alam semulajadi di situ. Saya berasa gembira sekali apabila saya dapat menemui jalan keluar dan tiba ke stesen yang di tuju. Bukan itu saja, saya juga dapat belajar membaca kompas dan peta. Saya juga dapat merasa menjadi ketua untuk memimpin semua peserta apabila dilantik menjadi ketua untuk jungle trekking ini. Walaupun berasa penat, tetapi saya tetap gembira dan puas hati apabila tiba di tempat yang dituju iaitu tapak perkhemahan kami yang baru.
Pada hari seterusnya kami semua pergi ke sebuah kapal besar yang diterajui oleh syarikat terkenal iaitu Halim Mazmin. Kami pergi ke sana dengan menggunakan sebuah kapal. Dalam perjalanan itu, saya dapat melihat sekitar pemandangan yang sungguh indah. Saya juga dapat melihat kapal Mahsuri. Apabila sampai ke kapal yang ditujui, kami semua dibawa masuk ke dalam kapal tersebut. Saya berasa terkejut sekali apabila melihat keadaan dalam kapal tersebut. Sungguh menarik sekali, macam berada di dalam hotel yang mewah. Kami semua diberi taklimat sedikit tentang kapal dan pekerjaan di dalam kapal itu. Saya juga diberi kesempatan untuk mencuba mengawal kapal tersebut. Saya berasa sungguh seronok sekali. Selepas itu, Kami semua menjalankan aktiviti atas kapal. Kami berjalan di atas tali (roping activities) selepas itu berjalan di atas besi tanpa berpegang pada apa-apa. Saya bertasa gementar sekali tapi saya tabahkan hati dan percaya boleh melakukannya dan saya berjaya. Saya juga berasa geli hati kerana melihat telatah rakan-rakan saya yang takut.
Lepas itu, kami di bawa ke sebuah pulau dan tiba di tapak perkhemahan yang baru.
Kami juga mengadakan aktiviti yang menarik di pulau tersebut kerana hari itu hari terakhir kami semua bersama. Trainer kami mengadakan aktiviti yang menyeronokkan. Malam itu kami semua mengadakan aktiviti yang terakhir. Trainer kami membuat sesuatu yang menyebabkan kami sedih. Saya dan rakan-rakan tidur lewat malam itu bercerita pengalaman masing-masing dan bersama buat kali terakhir.
Pada hari terakhir itu, kami semua berkumpul di base camp. Kami semua membuat persembahan masing-masing. Kami semua terhibur dengan persembahan dari setiap kempulan. Bukan itu saja, semua trainer juga membuat persembahan. Kami semua diberi sijil dan kami semua terkejut apabila melihat gambar masing-masing dipamerkan mengikut negeri. Kami semua terkejut dan tidak tahu bila masanya mereka mengambil gambar itu. Sebelum balik ke negeri masing-masing, kami semua sempat bergambar untuk kenang-kenangan.
Kami semua balik ke jeti Langkawi semula dengan menggunakan ekspress dan dapat berkumpul semula dengan rakan-rakan dari negeri masing-masing. Tiba di Langkawi, kami balik ke hotel iaitu tempat penginapan untuk mengemaskan diri dan kami dibawa berjalan-jalan sekitar Langkawi seperti ke Pusat pembuatan minyak gamat. Saya sempat membeli untuk dibawa balik. Kami juga pergi ke Makam Mahsuri. Saya juga dapat melihat kisah Mahsuri, perigi, makam dan rumahnya. Bak kata pepatah ‘jauh perjalanan luas permandangan.’ Kami juga di bawa ke pusat membeli belah di Bilion untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.
Malam itu juga kami di bawa keluar untuk bersiar-siar untuk kali terakhir dan makan di sebuah restoran. Saya membeli barang untuk di bawa balik. Lagipun harga barang-barang agak murah. Saya melihat semua kedai di Langkawi, banyak menjual coklat. Setelah itu, kami semua balik ke hostel. Kami semua mengemaskan barang-barang untuk di bawa balik. Malam itu sebelum tidur, saya terkenangkan segala aktiviti yang telah kami lakukan. Saya dapat belajar banyak perkara dan menimba banyak pengalaman. Saya dapat belajar semangat kerjasama di dalam kumpulan, menghormati rakan-rakan, memasak sendiri, membuat khemah, mengetuai sesuatu kumpulan dan tabah serta sabar menghadapi cabaran.
Esoknya kami balik semula ke Bumi Kenyalang. Lepas sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kami semua balik ke destinasi masing-masing. Saya sampai di rumah pada pukul 10.00 malam. Ternyata aktiviti ini meninggalkan kenangan manis yang mendalam buat saya dan tak akan saya lupakan.

No comments: