Nama penuh: Zuraidah Bt Ibrahim
Asal: Tumpat, Kelantan
Tarikh lahir: 29 Jun 1982
Hobi: Hiking dan Outdoor sports, berenang
Universiti: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Matapelajaran yang diajar: Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Makanan dan minuman kegemaran: Makanan yang pedas dan milo ais
Tarikh mula berkhidmat di SMK Pusa: 8 hb Jan 2007
Status: Bujang.
5 perkara menarik tentang Cikgu Zuraidah:
· amat menyukai kerja-kerja di makmal sains dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kerja makmal.
· pernah mengembara secara ’backpacking’ bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi juga ke luar negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan China. Semoga berpeluang untuk menjelajah seluruh benua Eropah selepas ini.
· sukakan cabaran berbentuk fizikal seperti mendaki gunung, berkayak, snorkelling, flying fox, abseilling, repealling dan berharap suatu masa nanti dapat melakukan aktiviti skuba.
· pernah dikutuk kerana berbadan gemuk semasa di sekolah menengah namun itu tidak menjadi penyebab untuk aktif bersukan dan memenangi pelbagi kejohanan yang diadakan (tempat ketiga dalam Bola Keranjang peringkat Zon Timur, johan dalam Lompat Jauh dan Lompat Kijang).
· sukakan pantai, laut dan air terjun kerana ia boleh mendamaikan perasaan.

Mengkagumkan. Itulah kata-kata yang paling tepat menggambarkan diri Cikgu Zuraidah Bt. Ibrahim. Seorang yang penuh bertenaga dan sentiasa ceria. Berbual dengan cikgu Zuraidah sedikit sebanyak memberikan satu pandangan betapa pentingnya menikmati hidup ini dengan semaksima mungkin. Kedatangan Cikgu Zuraidah ke SMK Pusa bagaikan satu ‘pemberian’ yang amat bermakna buat anak-anak didik di Daerah Pusa. Ikutilah perbualan kami tentang dirinya. Semoga ada yang dapat kita kongsikan dan menjadi kekuatan untuk menempuh kehidupan ini.
“Pertama kali memasuki jalan raya di Daerah Pusa, saya tertidur kerana keletihan. Perjalanan 5 jam bermula dari Kuching amat memenatkan. Namun, sebaik sahaja saya sampai di Daerah Pusa, saya merasakan seolah-olah saya kembali ke kampung halaman saya semasa kecil dahulu. Menyedari yang pemandu van tersebut bercakap dalam bahasa yang cukup asing sekali saya dengari, barulah saya sedari bahawa saya di Sarawak sekarang bukannya di Kelantan lagi,” ceritanya penuh semangat.
”Perkara pertama yang terbayang di fikiran saya semasa menerima tawaran di SMK Pusa ialah bagaimana suasana di sekolah tersebut? Bagaimana penerimaan guru-guru, para pelajar dan masyarakat di situ?” katanya lagi.
Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapinya sepanjang di Pusa, dia berkata ”Bagi saya, tiada apa yang kurang di Pusa jadi tiada masalah untuk saya menyesuaikan diri dengan sebarang situasi setakat ini.”
Seperti mana yang kami tanya kepada rakan-rakannya yang lain, bagaimana penerimaan orang tuanya apabila dia ditempatkan di bumi Kenyalang, dia menyatakan bahawa..
”Sedih, bimbang dan gembira. Sedih kerana berpisah dalam tempoh yang agak lama. Bimbang kerana jarak dari Sarawak ke Kelantan agak jauh dan gembira kerana saya akhirnya bekerja tetap untuk membantu keluarga.”
Beliau yang sebelum ini pernah mengajar sebagai guru sandaran di Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak, Perak selama setahun akhirnya terbuka hati untuk menjadikan kerjaya sebagai seorang pendidik sebagai kerjaya tetapnya walaupun ketika itu dia mempunyai banyak pilihan kerjaya.
“Cita-cita sebenar saya ialah penyelidik kerana saya dapat bekerja di makmal dan membuat penyelidikan. Tetapi semasa terlibat dalam Kursus Motivasi untuk pelajar sekolah, menjadi jurulatih PLKN dan menjadi guru sandaran, banyak kata-kata perangsang menyatakan bahawa jiwa saya lebih sesuai menjadi seorang guru. Dan apabila saya mendapat tawaran dalam masa yang sama iaitu sama ada bekerja sebagai penyelidik di MARDI atau menyambung KPLI, saya membuat pilihan yang amat sukar dalam hidup saya. Dan inilah pilihan saya, seperti yang anda semua lihat sekarang.”
Cikgu Zuraidah pernah mengembara secara ’backpacking’ bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi juga ke luar negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan China membuktikan dia seorang yang sukakan cabaran. Sebab itu perkara yang paling sukar dihadapi oleh dia semasa berkhidmat di sini bukanlah berbentuk fizikal cuma katanya berkaitan dengan bahasa namun lama kelamaan dia sudah boleh menyesuaikan diri.
”Perkara yang paling sukar semasa berkhidmat di SMK Pusa ialah untuk memahami bahasa Pusa dan ini menyebabkan saya sukar memahami apa yang diperkatakan oleh para pelajar saya.” Katanya sambil tersenyum.
Apa pula pandangan dia terhadap budaya pelajar di sini, dengan nada serius dia memberitahu bahawa..
”Apa yang saya lihat sepanjang berkhidmat di sini ialah para pelajar bersungguh-sungguh untuk datang ke sekolah seperti contoh mereka sanggup berulang alik menaiki bot semata-mata untuk datang ke sekolah. Satu suasana yang jarang saya jumpai di Semenanjung. Tetapi sayangnya, para pelajar ini tidak pula bersungguh-sungguh dalam pelajaran.”
”Kenangan paling manis di sini apabila melihat segala usaha yang saya curahkan tidak sia-sia sebagai contoh saya menganjurkan pertandingan bola baling peringkat kelas dan dari situ pemain yang terbaik dipilih untuk mewakili sekolah. Dan pasukan bola baling perempuan berjaya merangkul tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat Betong manakala pasukan lelaki seramai 7 orang terpilih untuk mewakili Bahagian Betong. Selain itu juga, untuk pertandingan tarian, pasukan sekolah berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Tarian Peringkat Betong.” Ceritanya tentang pengalaman manis di sini.
”Saranan saya ialah para pelajar bijak membahagikan masa dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Kedua-duanya penting untuk bekalan masa depan anda.”
”Tiada seorang guru pun yang mengharapkan anak didiknya tidak berjaya. Jika tidak berjaya dalam pelajaran sekali pun sekurang-kurangnya mereka berjaya menjadi insan yang berguna. Seorang guru sentiasa membuka ruang untuk pelajarnya menuntut ilmu hingga berjaya namun para pelajar itu sendiri yang mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tersebut bak kata ’Guru yang membuka pintu, namun pelajar sendiri yang mesti melangkah masuk’,” pesannya kepada pelajar-pelajar SMK Pusa kesayangannya.
No comments:
Post a Comment