JANGAN Klik sini:

Monday, June 30, 2008

30 Jun 2008 (Isnin): Hari Terakhir En. Mahli Bin Rosli di SMK Pusa.

En. Mahli Bin Rosli bersama PKKK yang baru, En. Ismail Bin Mahrip semasa perayaan Hari Guru peringkat sekolah yang lalu... En.Mahli Bin Rosli telah berkhidmat di SMK Pusa bermula pada Ogos 2005 sehingga 30 Jun 2008.. menghimpunkan sejuta kenangan dan pengalaman buat semua warga SMK Pusa. Beliau seorang yang penuh dedikasi terhadap tugas menjaga kebajikan dan pembangunan di SMK Pusa.. malah beliau seorang yang menghargai setiap apa yang dilakukan oleh warga SMK Pusa walau sekecil mana pun perkara yang dilakukan oleh kami... beliau tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk kami terus melakukan sesuatu sehingga membuahkan hasil... En. Mahli Bin Rosli, saya berharap cikgu akan sentiasa sihat dan panjang umur supaya dapat terus berbakti untuk negara... Jasamu tidak akan dilupai oleh seluruh warga SMK Pusa sehingga ke akhir hayat... Selamat tinggal En. Mahli Bin Rosli!
Alangkah bagusnya jika kami boleh halang perpindahan beliau dengan menyatakan "Jangan pergi..." namun semua itu tak mungkin akan terjadi.. Adat dunia.. 'Ada pertemuan mesti akan ada perpisahan... Semoga En. Mahli Bin Rosli akan mengingati setiap detik di SMK Pusa...pahit dan manis....
Semasa dibilik guru tadi, beliau sempat bertegur sapa dengan guru-guru SMK Pusa, Beliau turut menyapa saya namun terlupa nak bersalam dengan beliau. Maka, sebelum balik tadi saya sempat bertemu dengan beliau.. "Saya akan memerhatikan SMK Pusa mencapai wawasan 'Pusa Cemerlang 2010!' dari jauh, saya harap ia akan menjadi kenyataan..." Itulah kata-kata beliau semasa berjabat tangan dengan saya tadi...
Bersama dengan Cikgu Bustari semasa acara sukaneka- 'Menunggang motosikal paling lambat'.. sewaktu Hari Guru 2008. En. Mahli bukan saja menghiburkan dengan telatah beliau yang kelakar dan mesra malah semua kakitangan sekolah menyukai beliau. Gambar ini telah dirakam oleh cikgu Daim dan akan sentiasa mengingatkan kami bahawa beliau tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila...
En.Mahli Bin Rosli.. Jasamu akan sentiasa dikenang, dirimu akan sentiasa dirindui.. Terima kasih diatas segala-galanya...