JANGAN Klik sini:

Tuesday, November 15, 2011

Hampir Ke Situ








"Hampir Ke Situ" merupakan Video mengenai seorang pelajar bernama Nor Asiah (Nur Asiah Binti Usop) berusaha untuk peperiksaan SPM, namun usahanya sering kali tidak menyebelahi dirinya. Saingannya, Wan (Wan Mohd. Firdaus bin Wan Japar) selalu mendapat markah tertinggi. Keegoan dan kesombongan Wan tidak mematahkan semangat Asiah untuk terus berusaha. Janjinya kepada ibunya membuatkan dia berusaha lebih gigih lagi. Mujurlah kawan-kawan Asiah, Amirul Nizam dan Nour Arzia menaikkan semangatnya setiap kali Asiah hampir putus asa. Akhirnya, berkat usaha gigih Asiah, dia mendapat keputusan yang cemerlang.

Lakonan:
Nur Asiah Binti Usop
Wan Mohd. Firdaus bin Wan Japar
Amirul Nizam
Nour Arzia
Sastra Ismail
Safuan bin Menterang
Cikgu Rusnizam Salleh
Cikgu Rashidah Shuib

Turut dibantu oleh:
Semua Pelajar Tingkatan 6

Pilihan lagu oleh:
Cikgu Saini Bakar

Rakaman oleh:
Cikgu Terry Baba

Monday, November 14, 2011

"Gantunglah impianmu setinggi bintang kejora, Kalau ia jatuh sekalipun ia akan jatuh di gunung yang tinggi,." Asrani Haji Lit.

Entry kali ini merupakan satu lagi kisah penuh inspirasi yang harus dibaca oleh semua pelajar SMK Pusa. Saya telah menerima email dari saudara Asrani Haji Lit, pensyarah dari UNIMAS yang juga merupakan bekas pelajar SMK Pusa. Saya berharap kisah beliau akan menjadi satu lagi pencetus semangat serta memberi motivasi buat semua pelajar SMK Pusa. Selamat membaca..

-----------------------------------------------------------------------------------------

Salam Meow..Meow..

Saya Asrani Hj Lit, bekas pelajar SMK Pusa dari tahun 1997-1999. Pada zaman tersebut di SMK Pusa hanya dapat menampung pelajar daripada tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sahaja.

Bagaimana terdetik hati berkongsi pengalaman bersama blog little cat? Niat di hati untuk mencari logo SMK Pusa, untuk membuat kad nama kakak saya, cikgu Roha Hj Lit guru cemerlang sains di SMK Pusa.

Sewaktu konvokesyen 2011, bersama keluarga.. Turut kelihatan Cikgu Roha (berjubah konvokesyen)

Asrani Haji Lit bersama Aristotle..

Kemudian saya google image SMK pusa, terlihat gambar kawan lama, saudara Razak Terhem yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana di bumi kangaroo ataupun Australia. Pengalaman beliau cukup memberikan inspirasi dan saya mengagumi beliau yang sudi berkongsi kisah inspirasi kejayaan beliau. Tahniah diucapkan untuk beliau. Gajak, You are the best!!
Serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan saya. Saya anak jati kampung Pusa. Mendapat pendidikan sekolah rendah di SRK Pusa (1991-1996). Mendapat pengajian menengah rendah di SMK Pusa. Mendapat 7A dalam PMR membolehkan saya meneruskan pengajian menengah atas di Sekolah Menengah Sains Kuching. Selepas SPM melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Labuan. Mengambil jurusan Ijazah sarjana Muda Elektrikal di dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru. Saya bergraduan pada tahun 2007.

Memang perancangan selepas menamatkan pengajian ingin balik ke bumi kenyalang mencurahkan bakti buat negeri tercinta. Perjalanan menjadi ahli akademik pun bermula. Saya ditawarkan menjadi tutor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Fakulti Kejuruteraan. Selepas setahun berkhidmat saya meneruskan pengajian di peringkat sarjana di UTM dalam jurusan Mikroelektronik dan Sistem Komputer dan dalam masa yang sama, saya sempat melanjutkan pelajaran di negeri orang putih. Kolabrasi UTM-DTU membolehkan saya menjejakan kaki dibumi Eropah.

Banyak pengalaman yang saya perolehi di Universiti Teknologi Denmark. Pengalaman tersebut sangat mengujakan dan tidak akan saya lupa kan sampai bila-bila. Perjalanan dari KLIA ke Conpenhagen, Denmark memakan masa selama lebih kurang 13 jam. Pertama kali menjejakan kaki ke sana sungguh mengujakan. Musim panas di Denmark seperti didalam pejabat berhawa dingin. Di sana, saya sangat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan anak Malaysia yang sedang malanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di sana. Menariknya dua daripada mereka adalah dari Sarawak. Seorang di Kuching dan seorang lagi daripada bintulu.


Bercerita tentang budaya orang disana pula. Mereka sangat menepati masa. Mereka juga suka berjalan kaki dan kenderaan utama mereka adalah basikal. Untuk menunjukkan betapa basikal sebagai kenderaan utama mereka adalah di lampu isyarat mereka ada lampu untuk basikal! Di highway mereka juga terdapat laluan basikal. Profesor saya disana pun menggunakan basikal. Ini kerana mereka sangat mementingkan alam sekitar dan kesihatan. Contoh lain adalah kegunaan plastik dan kitar semula. Di kedai-kedai mereka tidak memberikan plastik secara percuma. Plastik diberikan jika diminta dengan harga 2 Denmark Kroner (RM0.50). Biasanya mereka membawa bakul dan plastik mereka sendiri. Bagi kitar semula pula, contohnya botol air mineral yang tidak digunakan lagi,terdapat satu mesin seperti vending machine. Dengan memasukkan botol terpakai kedalam mesin tersebut, mesin tersebut akan memberikan duit sebanyak 2 Denmark Kroner. Sangat unik. Kebanyakan orang Denmark adalah blond (rambut kuning). Masyarakat disini sangat 'polite' dan menghormati orang lain. Saya begitu kagum kerana mereka suka menawarkan diri secara sukarela untuk membantu orang lain. Contohnya mereka menawarkan diri untuk mengambilkan gambar dan ini banyak kali berlaku. Mereka juga sangat gembira menunjukkan jalan sewaktu kami tersesat.

Bercerita tentang suasana pembelajaran di sana. Kuliah dijalankan sangat efektif tetapi ringkas. Di dalam kelas, setiap 40 minit sesi kuliah akan berhenti sebentar. Konsep pembelajaran juga adalah secara belajar berkumpulan dan praktikal. Untuk memahami sesuatu konsep pelajar akan diagihkan kepada kumpulan kecil dan akan membuat lawatan kes ke agensi atau industri tertentu. Dengan kata lain, belajar dengan melakukan atau membuat sendiri perkara tersebut (Learn By Doing).

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Dengan kesempatan yang ada di hujung minggu saya sempat berjalan-jalan ke Sweeden. Di hujung minggu (Sabtu dan Ahad) suasana di bandar sangat sunyi dan lengang. Bagi mereka hujung minggu adalah masa untuk bersama keluarga di rumah. Untuk pengetahuan, semua pusat membeli belah ditutup di hujung minggu tidak seperti di Malaysia. Saya juga sempat ke Hamburg, Jerman. Dari conpenhagen ke Hamburg memakan masa selama 4 jam dengan menaiki keretapi. Percaya atau tidak keretapi tersebut melalui terowong di bawah laut untuk sampai ke Jerman.

Tidak dapat dilupakan juga, kami juga mendapat peluang berjabat tangan dengan Perdana Menteri Denmark, Lars Løkke Rasmussen di dalam satu event yang dinamakan pesta Bonfire. Sehari selepas itu kami sangat teruja kerana gambar kami pelajar Malaysia dimasukkan di dalam surat khabar harian Denmark. Bukan sekali, tetapi dua kali. Kali keduanya adalah di muka depan (front page) iaitu selepas sesi temuduga wartawan tentang pengalaman kami belajar di sana.

Wah, begitulah pengalaman saya sewaktu belajar dahulu.Saya juga telah mendapat ijazah sarjana saya pada Ogos 2011. Alhamdulillah, sekarang saya berkhidmat sebagai seorang Pensyarah di UNIMAS dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD pula. Insyaallah saya akan berkongsi pengalaman saya membuat PhD pula dan menetapkan matlamat untuk menjadi seorang Professor suatu hari nanti. Nasihat dan tips saya untuk semua warga pelajar SMKP. Tiada apa yang mustahil asalkan kita sanggup berusaha dengan apa yang kita inginkan.No Pain No Gain.

Teringat lagi zaman di SMK Pusa. Dari tingkatan 1 hingga 3 saya tinggal di asrama.Saya juga Penolong Ketua Pengawas pada zaman saya. Saya juga berasal dari orang yang susah. Masih lagi jelas dalam memori duit saku untuk seminggu di asrama cuma RM3. Sewaktu itu tambang perahu tambang masih lagi 30 sen. Maka duit selebihnyalah untuk dijadikan belanja.Justeru itu, tetapkanlah matlamat dan impian adik-adik setinggi mana yang boleh. Set your bar high! Bak kata Donald Trump, Think Big! Jangan menyusahkan ibu-bapa tetapi buatkanlah mereka bangga dengan kita.

Ok lah.. Akhir kata dari saya, Gantunglah impianmu setinggi bintang kejora, Kalau ia jatuh sekalipun ia akan jatuh di gunung yang tinggi. Ia benar mengikut pengalaman saya sendiri. Saya bagi dua contoh. Sewaktu PMR saya aim 8A tapi dapat 7A. sewaktu degree di akhir semester saya aim 4.00. Hasilnya saya saya mendapat 3.91. Tak salah untuk berimpian tinggi. Selepas menetapkan goal contohnya mendapat semua A dalam SPM, buat perancangan tindakan.Kalau gagal merancang maksudnya merancang untuk gagal. Kalau nak dapat A untuk semua subjek maka hendaklah memahami semua subjek kan? Untuk memahami subjek kenalah datang kelas, rajin bertanya, membuat latihan dan banyak lagi. Akhir sekali dan yang paling penting BERTINDAK. Apa gunanya perancangan jika tidak dilaksanakan. Justeru itu, JUST DO IT!!

SPM bermula hari ini.. Selamat berjuang semua pelajar SMK Pusa! Good Luck :)



Buat semua pelajar yang menduduki SPM hari ini, selamat berjuang untuk masa depan... Buat yang terbaik :) Good Luck!

Friday, November 11, 2011

11-11-11


11-11-11

Monday, October 24, 2011

--->Raid and friends<---

--->Christine, Mohd. Jol, Abdul Raid, Mohd. Nur'Akmal & Shafiah<---
Sebelum balik semula ke SMK Pusa, saya membawa mereka untuk bergambar kenang-kenangan di Mini Putrajaya Betong (Pejabat Resident Betong) dan kami bergambar ditempat pengambaran Telemovie Uri (Tempat dimana Beto dan Tunku Norhanis melihat matahari terbenam). Apa lagi mereka suka lah.. hehehe.. setiap kali melihat aksi mereka, saya boleh ketawa sendiri.. Mereka betul-betul lucu huhu..









Aksi melompat.. Lompat sekatak lumpat...pat.. pat...