JANGAN Klik sini:

Tuesday, August 12, 2014

Sehari bersama PBSM #throwbacktime

 PBSM SMK Pusa
 
Saya dan Cikgu Redzuan telah ditugaskan untuk membuat aktiviti Ikhtiar Hidup kepada ahli-ahli PBSM. Aktiviti yang kamu lakukan membenarkan pelajar bersaing (pertandingan) dan dalam masa yang sama boleh berfikiran di luar kotak sekirannya mereka menghadapi kecemasan seperti sesat di hutan.
 
Dalam permainan ini, kami telah membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan di mana meraka diberikan situasi kecemasan dan dalam usaha mereka menyelamatkan rakan-rakan mereka, mereka dikehendaki untuk bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan memasak, membuat pengusung dan beberapa lagi pertandingan.
 
Walaupun mereka semua keletihan, namun semua mereka gembira kerana permainan ini bukan saja memerlukan pemikiran yang cerdas namun juga telah merapatkan hubungan mereka.
 
Terima kasih Cikgu Redzuan diatas kerjasama anda.

5S1 2014 #eksperimen potometer transpirasi


Ini adalah pelajar Biologi saya tahun ini. Perkenalkan.. 5S1 2014.. Kelas saya yang paling senyap (Macam pelajar kelas Biologi tahun 2005 dulu). Bukan bermaksud bahawa sikap mereka ini negatif tetapi mereka terlalu bersopan santun.. bercakap pun antara dengar dan tak dengar hihi.. jangan marah ya 5S1 2014.. sebab sebelum ini, bekas pelajar 5S1 2013 terlalu aktif dan tak terlayan saya dengan kerenah mereka..
 
Cikgu berharap agar semua pelajar 5S1 2014 iaitu Mujib, Dermasiah, Norhayati, Hidayah, Ismaniza, Lim Hua Ping, Resha, Badrulzaman, Lim, Adlin Lina, Intan, Effa, Marya, Inas dan Azie belajar bersungguh-sungguh untuk SPM 2014 ini.
 
Good Luck!!

Tahniah Buat Farihah & Noorhafizah Sajuli #throwbacktime

 
Tahniah buat Farihah dan Noorhafizah Sajuli yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2013 yang lalu. Kini, Farihah sedang berada di Unimas dalam kursus persediaan sains hayat. Beliau bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Manakala, Noorhafizah pula saya kurang pasti dia berada di mana sekarang. Apa-apa pun, semoga mereka berdua Berjaya walau dalam apa jua bidang pun. Good Luck!
 
*Rasa bangga bila ada anak murid seperti mereka :) 

Pertemuan di airport KLIA #Throwbacktime

 
25 March 2014. 2 minggu selepas kehilangan MH370, saya dan rakan-rakan saya (Cikgu Moh, Cikgu Angelia & Miss Chong) pergi ke KL untuk mencari bahan bagi penulisan tesis di ERPD di Putrajaya. Kebetulan dalam pesawat yang sama, sekumpulan Pengetua termasuk wakil dari SMK Pusa turut sama dalam penerbangan itu. Paling menggembirakan apabila bertemu semula dengan bekas pengetua SMK Pusa, Dr. Hajah Norisah Binti Haji Suhaili (Kini pengetua di SAKURA). Tetapi disebabkan segan, jadi tak berani nak ambil gambar beliau cuma mengambil gambar curi-curi dari jauh. Tetapi kami sempat berbual sekejap sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
 
Wakil SMK Pusa pula diwakili oleh PK1 yang memangku tugas pengetua, Tuan Haji Kulana bin Haji Nansi. Mereka ke sana atas urusan mesyuarat.
 
 
Pertemuan yang singkat namun meninggalkan kesan dihati.

Bila Tahun Baru di sambut pada bulan Ogos.. #throwbacktime


Haha.. jangan marah ya.. blog ni betul-betul dah usang sebab tuannya terlalu 'busy' untuk mengupdate blog ni. Alasan mudah adalah blog ni dah tak relevan sebab ramai lebih suka guna FB. Namun, tiba-tiba saya mula merindui blog ni.. dengan bersusah payah untuk memasuki semula blog ni (sebab terlampau lama dah tak update, system ni banyak kerenah pula.. minta itu ini.. nasib baik akhirnya dapat buka..)
 
Rasanya ramai yang dah melupakan blog ni.. so takde rasa tertekan untuk membuat pengisian.. tengok saja entry kali ini.. haha.. langsung takde peraturan..
 
Apa2pun, untuk pengunjung 'setia' blog ni.. terima lah keadaan blog ni.. saya belum bersedia nak tukar paparan yang lebih menarik lagi..
 
Salam saying buat semua..
 
Cikgu Terry.