JANGAN Klik sini:

Wednesday, March 06, 2013

Karnival Apresiasi Kerjaya dan Majlis Pelancaran Tabung Amal Pendidikan PIBG



SMK Pusa akan mengadakan Karnival Apresiasi Kerjaya & Majlis Pelancaran Tabung Amal Pendidikan PIBG pada 7 Mac 2013 di Dewan Tandang Sari, di bawah Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia2013-2025 yang akan disempurnakan oleh YB Dr. Hj Razali Bin Haji Gapor, ADUN N 24 Beting Maro. Bertemakan "Anak Nadi Aspirasi Kita" Pendidikan Anak Tanggungjawab Bersama.

Pelbagai acara dijalankan sepanjang Karnival dilangsungkan, antaranya taklimat oleh Baitumal Cawangan Sri Aman, taklimat UiTM, taklimat PTPTN, KPDNKK dan banyak lagi. Turut dimeriahkan pertandingan karaoke dan gerai-gerai jualan oleh kelab dan persatuan.

Semua diminta hadir untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut. Jumpa di sana...

Wednesday, February 27, 2013

Kejohanan Futsal Piala Pengetua SMK Pusa.


SMK Pusa akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Pengetua SMK Pusa pada 1-3 Mac 2013 di Dataran Futsal SMK Pusa. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan kejohanan ini. Anjuran Kelab Futsal, Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan & Jawatankuasa Kokurikulum SMK Pusa.

Thank you Saini- Banner yang cantik!