JANGAN Klik sini:

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012: Ringkas tetapi penuh bermakna..

16 Mei 2012 SMK Pusa. Sambutan Hari Guru di sambut serba ringkas oleh guru-guru SMK Pusa di dewan Tandang Sari. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan kali ini sekadar mendengar ucapan, bacaan perutusan, nyanyian lagu hari guru dan penyampaian sijil penghargaan. Ini adalah kerana hari guru pada tahun ini jatuh ketika peperiksaan pertengahan tahun sedang dijalankan maka SMK Pusa berhasrat untuk membuat sambutan khas selepas cuti pertengahan tahun nanti.Kebetulan pula ramai guru yang sedang berkursus dan menghadiri taklimat SPR pada minggu ini. Walaubagaimana pun, sambutan ringkas ini penuh bermakna sekali kerana Dr. Hajjah Norisah Binti Hj. Suhaili bakal menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang akan berlangsung di PWTC, KL pada 17 Mei 2012. Ini merupakan berita yang amat mengembirakan buat semua warga SMK Pusa.




P.s: Ucapan penuh Dr. Hajjah Norisah akan diupload nanti.
Selamat Hari guru.. :)

SMK Pusa menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dalam kategori sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan gred purata sekolah (GPS) dalam sekurang-kurangnya 10%.

"Dimaklumkan KPM akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertujuan memberi penghargaan kepada sekolah yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM 2011 berdasarkan terma yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia . Sehubungan itu, sekolah tuan telah dipilih untuk menerima Anugerah sebagai sekolah cemerlang dalam kategori sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan gred purata sekolah sekurang-kurangnya 10%. Pihak Lembaga Peperiksaan selaku urusetia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan sekolah tuan dalam peperiksaan tersebut.." 

Sempena kejayaan SMK Pusa mencapai peningkatan SPM 2011.

Hadiah dari Cikgu Siti Mazlin dan Cikgu Hamdan

Tahun ni Cikgu Siti Mazlin dan suaminya, Cikgu Hamdan menghadiahkan setiap guru dengan "Finger Biscuits coated with Cadbury" dan gula-gula Cadbury.
 Cikgu Siti Mazlin dan Dr. Hajjah Norisah.
 Terima kasih Cikgu Siti Mazlin dan Cikgu Hamdan.. Tahun depan nak lagi hehehe..

note: Tetiba dapat idea pula hehehe.. :)

Friday, May 11, 2012

Meninjau BOSS SK Sri Aman Pt.2










Meninjau BOSS SK Sri Aman Pt.1











Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011: SK Sri Aman tempat ke-3

Tahniah buat SK Sri Aman yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011. SK Sri Aman mewakili Kategori Sekolah Kebangsaan dan mendapat wang tunai RM2,000. Tahniah buat semua AJK BOSS SK Sri Aman.


Cikgu Mohd. Tahih dan Guru besar SK Sri Aman, Cikgu Abang Nurfuad Bin Abang Nurol bergambar kenangan di hadapan piala dan sijil yang mereka capai sepanjang mengikuti Anugerah Pengurusan BOSS.

Dari SMK Pusa ke SK Sri Aman: Penanda aras untuk SPBT

Pada 22 March 2012 yang lalu, seramai 8 orang guru SMK Pusa termasuk saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman untuk membuat penanda aras untuk SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) kerana SMK Pusa telah dicalonkan untuk menyertai pertandingan 'Anugerah Pengurusan BOSS Cemerlang' Kategori Sekolah Menengah untuk Bahagian Betong pada tahun 2012. Memandangkan SK Sri Aman pernah mendapat tempat ke-3 peringkat kebangsaan pada 2011 maka amat bersesuaian sekali untuk kami melihat sendiri bagaimana pengurusan BOSS dijalankan.
Ustazah Khairunnisa Alias, Ustazah Mordiah Jarawi (PK HEM), Usatzah Nor Asiah Ibrahim, Madam Roslin dan Miss Sie.

Bergambar kenangan di lobi SK Sri Aman.

Kami disambut dengan begitu mesra oleh warga SK Sri Aman membuatkan perjalanan yang jauh tadi terasa berbaloi. Mereka sudah biasa menerima tetamu kerana sekolah SK Sri Aman ini merupakan sekolah cemerlang di Bandar Sri Aman. 

  

 
Lebih mengejutkan saya apabila guru besar SK Sri Aman ini macam pernah saya jumpa dulu sewaktu saya kecil. Nama guru besar tersebut adalah Abang Nurfuad Bin Abang Nurol. Apabila saya bertanya lebih lanjut tentang beliau, barulah saya tahu bahawa Cikgu Abang Nurfuad Bin Abang Nurol merupakan bekas guru saya di SK Abang Abdul Kadir (SRK Abang Abdul Kadir Betong) pada tahun 1992 dulu yang pernah mengajar saya pendidikan seni. Sejak 1992 (darjah 6) sampai 2012, sudah 20 tahun saya tak pernah berjumpa dengan cikgu Fuad (panggilan mesra sewaktu sekolah dulu). Cikgu Fuad ini seorang yang sangat baik dan kami sewaktu budak-budak dulu suka sangat dengan cikgu Fuad. Saya masih ingat lagi sewaktu belajar pendidikan seni dulu, Cikgu Fuad selalu mengajar kami bagaimana teknik untuk melukis. Mungkin sebab itu mengapa saya sangat suka kelas lukisan kerana cikgu Fuad suka memberi kritikan membina dan memberi galakan apabila menilai lukisan pelajar (Disebabkan itu saya dapat A1 dalam lukisan SPM huhu.. *mode mengada-gada heheehe..) sebab saya mempunyai cikgu lukisan yang mengajar asas lukisan yang hebat!

 
Cikgu Abang Nurfuad Bin Abang Nurol, guru besar SK Sri Aman.

Berbalik pada cerita tadi, kami diberikan penerangan yang panjang lebar mengenai pengurusan BOSS ini. Mulanya kami agak 'terkejut' juga melihat bagaimana pengurusan BOSS mereka yang begitu cantik, kemas dan bersistematik sekali. Tetapi setelah diperjelaskan dari asas sampailah ke perkara penting, kami semua cuba untuk bernafas lega. Saya percaya, ketua BOSS kami Cikgu Suraya Binti Rejab telah menyerap semua maklumat dan memahami apa yang perlu untuk menuju ke pengurusan yang cemerlang. Kami sekadar menyokong dan memberi komitmen dari belakang beliau :)











Terkenang kembali... Mendiang Cikgu Bryan.

Semalam ketika mencari gambar dalam folder kat laptop, saya terjumpa satu folder gambar yang cikgu Zul bagi pada saya dulu untuk saya masukkan dalam blog. Entah kenapa, saya terlupa tentang folder ni tetiba bila saya buka, saya teringat kembali kepada Mendiang cikgu Bryan. Gambar tersebut adalah sewaktu majlis perpisahan Mendiang Cikgu Bryan Ebe yang akan berpindah ke SMK Tabuan Jaya. Sedih rasanya bila teringat kembali pada hari tersebut kerana sekolah kami mengadakan pehimpunan khas untuk meraikan beliau, tak sangka pula ia menjadi satu perpisahan yang abadi. Buat semua bekas pelajar cikgu Bryan, semoga kenangan bersama cikgu Bryan sentiasa dihati anda.. RIP Bryan.

















Terima kasih buat Cikgu Zul kerana sudi berkongsi gambar :)