JANGAN Klik sini:

Wednesday, May 18, 2011

Maafkan saya cikgu.. (Cerita pendek Hari Guru)

Ini merupakan gambar-gambar yang di'capture' daripada cerita pendek "Maafkan saya cikgu" sempena Hari Guru 2011 yang ditayangkan khas untuk semua pelajar dan guru pada 16 Mei yang lalu.
Cerita ini mengenai seorang pelajar nakal yang selalu menimbulkan masalah kepada sekolah lakonan Abdul Raid bin Mat Jeni, pelajar 5S1. Ustazah Jurina binti Manaf turut menjayakan cerita pendek ini yang memegang watak sebagai Cikgu Jurina.
Cerita pendek ini menggunakan Lagu 'Awan Nano' nyanyian Hafiz AF7 dan cerita ini turut diadaptasi daripada Video klip penyanyi tersebut cuma ia diubahsuai mengikut jalan cerita Hari Guru.
Selain daripada Abdul Raid, turut berlakon dalam cerita pendek ini ialah Mohd. Nur'Akmal juga pelajar 5S1. Lakonan bersahaja Akmal begitu mencuit hati kerana Akmal sebenarnya 'budak baik' hehehe..
Ini pula En. Azhar bin Boh yang sudi berlakon dalam babak 'menghantar memo' daripada pengetua..
Penampilan istimewa Dr. Hajjah Norisah Hj. Suhaili memberikan warna dalam cerita pendek ini. Terima kasih Dr. Norisah..
Jahatnya Si Raid, menukarkan hadiah Lin dan Hayati dengan 'ular'..
Lin dan Hayati (pelajar 5S1) memberikan hadiah kepada cikgu Jurina.
Babak dimana Cikgu Jurina terkejut kerana hadiah tersebut adalah 'ular'..
Ini pula babak ketika, Raid, Akmal dan Mohd. Fadreex bin Kulana ditangkap ketika bermain judi..
Mereka dimarahi oleh pengetua..
Akhirnya, mereka dirotan kerana kesalahan tersebut (sebenarnya Dr. Hajjah Norisah tak setuju hukuman ini dijalankan, tapi akhirnya saya yakinkan ini cuma untuk lakonan sahaja..hehehe.. makseh ya Pengetua.. [yg merotan tu Cikgu Jurina hehehe..])
Babak ni dilakukan berkali-kali kerana terdapat adegan Cikgu Jurina menampar Si Raid.. akhirnya setelah entah kali keberapa ntah akhirnya.. dapat juga.. hehehe..
Sakit tak Raid? Ha.. itu'lah berani-berani kureng ajar dengan Cikgu Jurina ya.. hehehe..
Jelingan marah Raid yang telah kena tampar..
Raid ketika membaca kad perpisahan daripada Cikgu Jurina..
Raid yang mengejar Cikgu Jurina dalam Hujan mengundang sebak penonton..
6 tahun kemudian.. babak dimana Cikgu Jurina yang akhirnya menjadi Pengetua.. hehehe..
Raid yang melaporkan diri untuk bertugas di SMK Pusa sebagai guru kaunseling..
Nanti, sekiranya pengetua membenarkan cerita pendek ini dimasukkan ke dalam youtube (mesti minta kebenaran dulu ya..), bolehlah anda melihat sendiri hasilnya..okay.. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU SMK PUSA..

No comments: