JANGAN Klik sini:

Thursday, July 26, 2007

Seloka 2A 2007

Salam sejahtera pembuka bicara
Untuk semua para pembaca
Saya Dayang Mariani ingin berseloka
Sebagai renungan anda semua

9 putera 24 puteri
Duduk sebumbung sentiasa bersama
Kelas yang lagi berseri
Pelbagai kisah pelbagai cerita

Orangnya cantik ala hindustan
Kami punya guru tingkatan
Cikgu Suhailawati nama gelaran
Kalau sudi bolehlah berkenalan

Orangnya kurus dan juga tinggi
Mereka cerita setiap hari
Abang Abdul Rahim nama diberi
Itulah dia ketua kami

Bermuka manis senyum selalu
Penolong ketua tugas diberi
‘’Turun keceriaan’’katanya selalu
Itulah Nur Asiah nama diberi

Ramping badannya tidak terkira
Keningnya tebal tak boleh nak lawan
Itulah dia Khairunnisa Mansyara
Pabila menyanyi turunlah hujan

Gemuk dan pendek itulah sifatnya
Comel dan manis dipandang mata
Itulah dia pasangan sebaya
Raymond dan Backet orangnya

Erra dan Munira pemalu orangnya
Tak suka bercakap kalau ditanya
C-la pula lain kerjanya
Suka menggoda itulah hobinya

Rozi dan Amirah nama diberi
Lemah lembut bersopan sekali
Nur Hafizah cantik sekali
Jika dipandang pasti jatuh hati

Nuriyah jelita orangnya
Fair & Lovely itulah petuanya
Dtin pula lain ceritanya
Pabila senyum berlubang pipinya

Orangnya comel kacak sekali
Itulah dia Mohd Jeffri
Alwati dan Dahlia si dara suntik
Penjaga suiz di kelas kami

Apabila dipukul terus nak lari
Pabila ditanya menggigit jari
‘’Apo tek ‘’jawapan glamour yang diberi
Mijan dan Hasyir empunya diri

Berkaca mata berbangsa cina
Tentulah dia Callie orangnya
Bermesej dalam kelas selalu saja
Tak lain tak bukan tentunya Maya

Agam dan Icon lain cerita
Bercita –cita pergi ke institut
Sahabat kekalan kata mereka
Dalam diam suka berkentut

Eni dan Parah nama diberi
Dari Pusa asalnya puteri
Apabila di kelas suka menyanyi
Tak sedar diri pitchingnya lari

Sidah dan Intan simple orangnya
Orangnya kini sedang mencari
Siapa teringin bolehlah bertanya
Tanyalah sendiri datang ke mari

Orangnya kurus bagaikan ikan trusan
Trend punk rock menjadi ikutan
Itulah dia Boh dan Nashrien
Selalu mengusik Icon yang sopan

Senyuman manis pendiam orangnya
Pabila terlihat ada hati
Serius pula itulah caranya
Siapa tak kenal si Nilawati

Arah dan Zairin putih orangnya
Pabila senyum susah nak larang
Noroy pula lain ceritanya
Pabila bergaduh selalu menang

Tibalah pula diriku ini
Dayang Mariani empunya diri
Pelbagai karenah setiap hari
Mencapai cita –cita niat di hati

Tibalah masa mengundur diri
Silap dan salah mohon di maafi
Kalau nak lihat telatah kami
Pergilah kelas lihatlah sendiri .

OLEH: DAYANG MARIANI (2A)

1 comment:

Unknown said...

hai, saye ni takde description yg lebih bagus lagi ke?kalau pose tu ajaklah saye sekali...
-jejaka hensem-2A-emil eim-