JANGAN Klik sini:

Tuesday, November 13, 2012

Saturday, November 10, 2012

Latihan Hands-on Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bagi Sekolah Contoh.

Latihan Hands-on PBS oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah berlangsung selama 2 hari dari 9-10 Nov 2012 di MRSM Betong. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh En. Ishak dan Puan Noraida dari LP yang menerangkan dan memperjelaskan lebih lanjut mengenai PBS. 4 buah sekolah telah terpilih menjadi sekolah contoh bagi Bahagian Betong iaitu 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. SMK Pusa dan SMK Kalaka Roban telah terpilih untuk sekolah menengah manakala SK Abang Abdul Kadir Betong dan SK Nanga Malong Saratok terpilih untuk sekolah rendah. Turut hadir dalam latihan Hands on PBS tersebut ialah En. Shamsudin  Bin Drahman (Pegawai Pelajaran Daerah Betong) En. Supian Bin Ekeram (Pegawai Pelajaran Daerah Saratok- sebelum ini bekas PK1 SMK Pusa), Dr. Hajjah Norisah binti Haji Suhaili (Pengetua SMK Pusa), En. Dominic (Pengetua SMK Kalaka), En. Abang Udai (Guru Besar SK Abang Abdul Kadir) termasuk guru besar SK Nanga Malong.
 
SMK Pusa telah menghantar sepasukan guru yang terdiri daripada Cikgu Haji Kulana bin Nansi (PKK), En. Ismail bin Mahrip, Cik Madline Jayan, Cikgu Zoriah, Cikgu Hanawati, Cikgu Aminah Ojang, Cikgu Roslin Kedai, Cikgu Faradiela Rumi, Ustazah Khairunnisa Alias, Cikgu Zulkhairin Abdullah, Cikgu Ramli Ayong, Ustaz Hasmi, dan Cikgu Kelia Hussaini.
Banyak penerangan mengenai PBS telah diperjelaskan kepada semua sekolah yang bakal menjadi sekolah contoh PBS di Bahagian Betong. Sebelum ini kebanyakkan sekolah agak kabur mengenai pelaksanaan PBS namun setelah Latihan Hands on ini sekolah tersebut lebih yakin dalam pelaksanaan PBS ini. Terima kasih buat En. Ishak dan Puan Noraida yang begitu tenang memberikan penjelasan PBS ini.
Pasukan kuat SMK Pusa- Cik Madline, Ustazah Kahirunnisa, Cikgu Hanawati, Cikgu Kelia dan Cikgu Aminah.
 En. Shamsudin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Betong.
 Puan Noraida.
 En. Dominic, Pengetua SMK Kalaka.
 Dr. Hajjah Norisah berbincang dengan En. Dominic mengenai PBS.
 Semasa aktiviti latihan, Cikgu Aminah dan Cikgu Fara begitu sibuk menulis RP contoh.
 
Puan Noraida dan En. Ishak.

Friday, November 09, 2012

Latihan Hands On PBS











Selamat bertugas di tempat baru...

 Cikgu Roslan bin Jabang telah berkhidmat selamat 16 tahun di SMK Pusa akan berpindah ke SMK Spaoh.
 Cikgu Iskanna Husaini telah berkhidmat selama 10 tahun akan berpindah ke SMK Asajaya 2, Samarahan.
 Puan Julia telah berkhidmat 2 tahun di SMK Pusa akan berpindah ke SMK Tun Abdul Razak (Dragon School) Kuching/Serian.
Cikgu Abu Bakar bin Amat yang telah berkhidmat selama 2 tahun di SMK Pusa akan berpindah ke SMK Bukit Assek, Sibu.