JANGAN Klik sini:

Wednesday, October 22, 2008

Tahniah Dr. Norisah Bt Haji Suhaili!

Dr. Norisah Bt Haji Suhaili
Seluruh warga SMK Pusa ingin mengucapkan tahniah buat Pengetua SMK Pusa, Dr. Norisah bt Haji Suhaili kerana telah berjaya menamatkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ph.D dari Internasional Islamic University Malaysia yang membawa gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Tahniah sekali lagi seluruh warga SMK Pusa ucapkan buat beliau.
Dr. Norisah Bt Haji Suhaili berasal dari Sarikei sebelum seluruh keluarganya berhijrah ke Kuching ketika beliau berumur 14 tahun. Dr. Norisah yang berketurunan Melanau merupakan seorang yang baik hati namun tegas dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengetua.
Kelulusan:
* B.A (Hons) (Universiti Kebangsaan Malaysia UKM)
* M. Education (University of Houston)
* Ph.D (International Islamic University Malaysia)
Pengalaman mengajar: Lebih kurang 18 tahun
1. SMB St. Joseph, Kuching
2. Kolej Datu Patinggi Abg Haji Abdillah, Petra Jaya Kuching.
3. SMB St. Teresa, Kuching.
4. SMK Petra Jaya Kuching.
5. SMK Pusa.
Pesanan beliau kepada pelajar dan guru:
Tugas untuk menjadikan SMK Pusa gemilang adalah tanggungjawab bersama. Setiap warga SMK Pusa berperanan dan bertanggungjawab untuk merealisasikan impian ini. Kejayaan sekolah terletak di tangan kita. Kita harus bersama-sama berganding bahu meletakkan sekolah ini pada tahap yang lebih baik.
Harapan:
Semoga SMK Pusa akan menjadi salah sebuah sekolah yang berbudaya positif, mempunyai iklim yang kondusif dan sentiasa memelihara nilai-nilai kehidupan yang terpuji.

No comments: