JANGAN Klik sini:

Saturday, April 16, 2011

Jom tengok Telemovie URI - Lakonan Hebat Beto Kusyairi.

URI:


Dah tengok citer 'Uri'?

Entry ni xde kaitan dengan SMK Pusa.. saje je hehehe.. Lakonan hebat Beto Kusyairi (Sebelum ni berlakon dengan Sharifah Amani dalam citer 'Kashaf Imani' dan 'Geng Surau'..) & Tengku Norhanis. Cerita ni membuat penggambaran di Betong sebagai latarbelakang.


Sinopsis:
Supertelemovie Uri arahan Tunku Mona Riza ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fauzi Nawawi, Beto Kusyairi, Dian P Ramlee dan Tunku Norhanis. Mengisahkan 'penggembaraan' Rahmat lakonan Beto Khusairy yang sedang mencari dirinya sendiri. Ibu bapanya, (lakonan Hafizuddin Fadzil dan Dian P Ramlee) menyimpan sebuah rahsia besar yang akhirnya diketahui Rahmat. Rahmat mulai mengalami perasaan kucar kacir yang pelik, badannya mulai merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasainya. Hidungnya sering berdarah tanpa sebab, perut terasa seperti selalu dicucuk dan mimpi sering bermimpi pelbagai perkara pelik.

Segala permasalahan ini telah membawa Rahmat menggembara ke Sarawak untuk merungkai pelbagai rahsia. Perjalanan mencari diri sendiri ini disisip pula dengan kehadiran seorang gadis Bumi Kenyalang bernama Mining (Tunku Norhanis) yang berjaya memanah hatinya. Pelbagai konflik yang berlaku dan jalan ceritanya digarap dengan begitu baik sekali. Adakah Rahmat berjaya mencari dirinya?

Adakah kebenaran akan terbongkar di Betong, Sarawak? Jangan lepaskan peluang untuk menonton supertelemovie sulung Uri dan filem-filem terbaik dalam dan luar negara sepanjang bulan April ini dengan melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (ABOMTH) berharga RM9.95. Selamat melanggan dan menonton ya!

p/s: Jangan marah ya.. entry ni tiada kaitan dengan SMK Pusa... :)

No comments: