JANGAN Klik sini:

Sunday, January 29, 2012

"Tak jadi pindah.." Cikgu Moh Moi Houng..

Cikgu Moh Moi Houng bersama Chua Suk Ju, Miss Sie dan Cikgu Lau..

Hasrat Cikgu Moh Moi Houng untuk berpindah akhirnya terpaksa dibatalkan kerana jodohnya terlalu kuat di SMK Pusa. Cikgu Moh yang sepatutnya berpindah ke Kuching membatalkan hasratnya dan akan terus berkhidmat di SMK Pusa.. Selamat kembali :)

Saturday, January 28, 2012

Belum terlambat untuk ucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Cikgu Ismadi..

Selamat pengantin baru buat Cikgu Ismadi & isterinya..

Gambar ini diambil sehari sebelum majlis persandingan cikgu Ismadi oleh Cikgu Aben dan pelajar-pelajarnya. Sepatutnya gambar ini diupload sejak dulu lagi namun kerana kekangan masa maka baru hari ini diupload dalam blog (..tercari-cari mana saya letak gambar ni.. akhirnya jumpa jugak.. maaf ya Raid dan kwn2nya..) Majlis persandingan tersebut berlangsung pada 26 Nov 2011.
Cikgu Aben, Mohd. Jol, Raid dan rakan-rakan mengambil gambar kenangan bersama Cikgu Ismadi dan isterinya..

semoga bahagia hingga ke anak cucu... :)

Memohon restu untuk peperiksaan SPM..










<-----imbas kembali 2011: Hari terakhir SPM...

Yahooooo.. Merdeka! Gelagat pelajar setelah kertas Biologi berakhir jam 3.30pm..

Inilah gelagat pelajar setelah kertas Biologi berakhir.. (walaupun ada di antara mereka masih ada kertas pendidikan seni visual). Seawal pagi saya bertolak ke SMK Pusa dari Betong (30 Nov 2011), hari ini saya dan cikgu Kho Ah Tau bertugas mengawal pelajar yang bakal menduduki SPM kertas Biologi. Beberapa hari yang lepas, atas permintaan pelajar saya telah mengadakan kelas tambahan terakhir dimana pelajar berlatih menjawab pelbagai jenis soalan (dari soalan Ramalan Adabi hinggalah soalan dari seluruh negeri di Malaysia). Daripada 58 orang pelajar yang mengambil kertas Biologi, hanya 11 orang sahaja yang muncul (47 orang yang lain mungkin mempunyai urusan lain- sedangkan mereka beria-ia inginkan kelas khas.. hehehe.. semuanya dah berlalu.. huhu..)

Saya tak pasti samada kertas Biologi pada hari tersebut senang atau sukar.. sebab pelajar menyatakan ada yang mereka boleh jawab dan ada yang agak sukar.. apa2pun, harap-harap mereka telah lakukan yang terbaik dan sama-samalah kita berdoa agar mereka mendapat keputusan yang baik juga..

Melompat lebih tinggi...

Thursday, January 26, 2012

Cikgu Bryan berpindah ke SMK Tabuan Jaya..


Setelah 3 tahun 6 bulan (Julai 2008-13 Jan 2012) berkhidmat di SMK Pusa (First posting), Cikgu Bryan akhirnya berpindah ke Kuching. Beliau telah memulakan perkhidmatan beliau pada 16 Jan yang lalu di SMK Tabuan Jaya. Semoga beliau terus berkhidmat dengan penuh dedikasi di tempat baru..


Oleh: Cikgu Zulkhairin.. (Kongsi dalam blog boleh? ..thanks..)




P.S: Rakaman penuh akan diupload nanti...

Menjadi Sejarah: Cikgu Denis anak Ladin

Cikgu Denis menerima hadiah dari Dr. Hajjah Norisah
Saya mengenali Cikgu Denis Ladin hampir 9 tahun yang lalu kerana kami sama-sama di'posting'kan di SMK Pusa. Kami sama-sama melapor pada 16 september 2003. Cikgu Denis seorang yang pendiam, namun dia seorang yang sangat baik. Tidak pernah walau sekali pun dia meninggikan suara kepada rakan setugas walaupun kadang-kala timbul masalah dalam melaksanakan tugas. Cikgu Denis mudah didekati malah sanggup membantu sesiapa saja.

Cikgu Denis mengajar matapelajaran sejarah di SMK Pusa. Walaupun matapelajaran tersebut begitu mencabar buat pelajar SMK Pusa, namun dia tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik untuk anak muridnya.

Kini, Cikgu Denis berpindah ke SMK St. Antony, Sarikei. Semoga Cikgu Denis terus mendidik pelajar-pelajarnya sehingga berjaya...







Dalam kenangan ---> Cikgu Chiew Su Yang, Cikgu Chua Suk Ju & Cikgu Fatin Ismalia.. Jasamu tetap di hati warga SMK Pusa sentiasa..

Cikgu Fatin
Terima kasih buat Cikgu Fatin Ismalia, Cikgu Chua Suk Ju dan Cikgu Chiew Su Yang diatas khidmat mereka sebagai guru ganti pada tahun 2011. Mereka bertiga sedang mengejar impian mereka dalam bidang masing-masing dan diharap mereka terus berjaya.. Warga SMK Pusa tidak pernah melupai anda semua... :)
Cikgu Chua Suk Ju (bekas pelajar saya pada tahun 2004)
Cikgu Chiew Su Yang (bekas pelajar saya pada 2007 - kini di USM melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.)

<-----imbas kembali 2011: Majlis Restu ilmu 2011..










<----imbas kembali 2011: Jamuan 'Kecil-kecilan' kelas 5S1..

Tinggal kenangan.. 5S1 kelas yang nakal dan banyak ragam... Jamuan kecil-kecilan ini diadakan pada 09 Nov 2011 dalam suasana yang sedikit kelam kabut namun 'meriah' (meriah dengan gelagat pelajar yang 1st time makan nasi dagang) kerana banyak benda berlaku pada petang tersebut.. Nasi Dagang telah ditempah khas dari Ustazah Muslinah memang sedap.. berpeluh-peluh kami dibuatnya- pedas hehehe.. kebanyakkan pelajar 5S1 tak tahan pedas termasuk saya sendiri hehehe...
Runi dan Akmal..
Untuk memeriahkan lagi jamuan tersebut, kami semua bersetuju untuk bertukar-tukar hadiah.. sayangnya ramai juga yang tak dapat hadir petang tersebut, walaubagaimanapun, mereka yang ada sudah boleh membuatkan keadaan riuh-rendah gara-gara demam 'Angry birds'..
Dapat apa tu? ...Norhayati bertukar hadiah dengan Runi..
Angry Bird.. Christine Lim seronok sangat dapat hadiah..
BFF.. Nurhidayah dan Christine Lim.
Mohd. Jol pun suka dapat 'Angry bird'..
Shafiah & Mohd. Jol..
Raid menikmati nasi dagang.. pedassss...
Tahan pedas ke? hehehe.. Lin, Shafiah & Dayah..
.........asfazira......

semoga kenangan tersebut
sentiasa mekar dlm ingatan
selalu..
Semoga berjaya dalam
SPM 2011!