JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Sunday, August 31, 2008

Karnival Pesta Makanan Tradisional Di Pusa.

29 Ogos 2008. Jumaat.
Pekan Pusa.

Karnival Pesta Makanan Tradisional telah berlangsung di Daerah Pusa. Memandangkan jaraknya dari SMK Pusa tidak berapa jauh, maka saya mengambil kesempatan untuk merakamkan pesta tersebut. Memandangkan majlis perasmian belum lagi berlangsung, maka saya sempat untuk merakamkan sebahagian daripada peristiwa tersebut untuk tatapan anda semua. Antara lain tujuan Pesta Makanan Tradisional adalah untuk memperkenalkan makanan tradiaional kepada generasi masa kini yang rata-rata sudah melupai makanan tradisional ini. Makanan tradisional yang terkenal di Pusa adalah 'suman' sejenis makanan tempatan yang diperbuat daripada mantak (lemantak atau juga dikenali sebagai 'mulong' bagi masyarakat Iban di Sarawak).

(Anda sedang mencari peluang? LUMAYAN, MUDAH.. Sila KLIK DISINI.. Untuk Laporan PERCUMA..)
Karnival Pesta Makanan Tradisional ini juga sempena sambutan perayaan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia.
Ini pula daging rusa..bukan makanan tradisional ya.. hehehe..
Harganya RM30 sekilo.. kalau tulang pula RM10 sekilo..
Boleh bagi saya 1 kilo?
Pertandingan makanan tradisional juga turut diadakan untuk memeriahkan pesta tersebut.
Pelajar-pelajar saya turut memeriahkan pesta tersebut.. Nur Akmar, Maryam, ShafiQah, Naima dan juga Siti Aisyah.
Emm...sedapnya..
Laparlah pulak..
Hehehe.. Daging masak Angkasawan? Emm.. boleh tahan jugak namanya..
Kakak ni yang masak rupanya.. pandai kakak ni mengubahnya.. macam penyu pun ada...
Pulut panggang..
Pulut panggang berinti..
Wah.. siap berbunga-bunga..
Sedapnya..
Ni pula kuih sepit yang menggunakan lemantak sebagai bahan utamanya.. sedap!
Masak apa tu, kak?
"Masak suman.. sedap tau, cubalah satu.. harganya 50sen je.."
Suman ni diperbuat daripada mantak/lemantak yang berintikan udang (payak) dan kelapa parut.. sekiranya anda datang ke Pusa jangan lupa mencuba suman ya..
Kakak ni pula mempromosi sotong kering yang dibuat sebagai snek.. sedap.. sotong-sotong ni segar dari sungai Pusa..
Eh..eh..kacang botak pun masuk dalam carta? hihi..
Sotong kering pedas manis..
Beli apa kak?
Emm.. sedap!
Hihi.. kacang cornflake..
Lupalah nama benda ni?? heehehe..
kerepek pisang.. emm..sedapnya..
Nak berapa kilo Encik?
Nak daging rusa sekilo.. hehehe..

No comments: