JANGAN Klik sini:

Thursday, April 29, 2010

MTQ: Majlis Tilawah Quran..

10 April 2010 telah berlangsung MTQ peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di SMK (BM) Saratok. Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan Hafazan, pertandingan syarahan Agama,Tilawah dan banyak lagi. SMK Pusa diwakili oleh Muhammad Ariff Affan bin Ibrahim (5S2), Nuriyah binti Jamain (5S2), Wan Muhammad Firdaus bin Wan Jaafar (5A1), Amirah binti Edward (5A2) dan Salbini bin Ismail (5S1). Guru pengiring pula terdiri daripada Ustazah Muslinah, Ustaz Abang Ahmadiah dan Ustaz Hasmizar.
Dalam pertandingan tersebut, Muhammad Ariff Affan bin Ibrahim (5S2) mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Hafazan kategori lelaki bagi menengah atas. Tahniah Ariff!
Arif & Nuriyah
Tahniah Nuriyah bin Jamain.. mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Syarahan Agama kategori perempuan bagi menengah atas.
Wan Muhammad Firdaus bin Wan Jaafar, Muhammad Arif Affan bin Ibrahim dan Nuriyah binti Jamain.
Seronoknya...
Kami menang kereta hehehe...
Dan rumah.... hehehe..
Wan Muhammad Firdaus bin Wan Jaafar (5A1) mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan syarahan Agama kategori lelaki menengah atas...
Tahniah...

No comments: