JANGAN Klik sini:

Thursday, May 13, 2010

Terima Kasih S.U.P.E.R.M.A.N!

Entry kali ini tiada kaitan dengan tajuknya yang bunyi semacam aje.. dan gambar kereta Vios kat atas bukan kereta saya ya.. saje je letak gambar kereta Vios.. biar nampak 'cumil' sikit hehehe... benar tapi pelik..

Ceritanya begini, hari ini saya ulang-alik dari Betong ke Pusa sepanjang minggu peperiksaan sehingga cuti nanti. Hari ini kebetulan ada latihan sukan jadi saya pun balik jam 5pm. Setelah minta kebenaran dari Cikgu Jackson (Ketua rumah Zuhal yang baru) untuk balik jam 5 saya pun pecutlah.. kononnya nak sampai dirumah cepat-cepat... tetapi di kawasan selekoh berhampiran loji air Pusa, saya terdengar tayar meletup.. tak lah kuat sangat jadi saya pun fikir bukan tayar yang meletup.. tetapi tak sampai 200m dari simpang Pusa, kereta dah tak boleh nak jalan seimbang lagi.. sekarang memang sah tayar sebelah kiri meletup dan sekarang dah pancit! Alamak... macaman ni?

Mana Superman.. kluangman.. batman.. spiderman.. Doraemon.. Teletubbies.. ataupun catwoman ni..? datanglah selamatkan saya! Sekarang ni saya benar-benar mati kutu sebab semua peralatan untuk menukar tayar kereta saya tinggalkan kat flat.. biasalah saya ni.. sentiasa berfikiran kereta saya tak akan pancit.. dan sekarang.. padan muka saya! Jadi saya pun telefon abang saya untuk membawa peralatan menukar tayar.. dan terus terang saya 'kureng' mahir dalam hal-hal menukar tayar ni.. hehehe... jadi saya cuba ber..eksperimen sementara menunggu abang saya datang dari Betong... Kalaulah saya seorang mekanik.. pejam mata mesti boleh selesai benda ni.. tapi malangnya.. saya bukan..... :(

Penantian satu penyeksaan..

Hari dah mula senja.. kereta yang lalu lalang pun banyak juga.. segan pulak rasanya berdiri kat tepi jalan.. harap-harap tiada siapa yang kenal hehehe.. tapi kemudiannya, Cikgu Jaya sekeluarga berhenti, dia cuba menghulurkan bantuan tetapi saya menyatakan abang saya dalam perjalanan.. sekejap lagi sampai.. jadi dia pun berlalu pergi.. mungkin mereka nak pergi ke Saratok agaknya.. terima kasih cikgu Jaya kerana berhenti.. hehe.. segan pulak rasanya..

Beberapa minit kemudian, Cikgu Iswandy pula muncul.. dia pun cuba menghulurkan bantuan.. tetapi saya memberitahu bahawa abang saya dalam perjalanan dan akan sampai tak lama lagi.. akhirnya dia pun berlalu pergi.. terima kasih Cikgu Iswandy.. (Dalam latihan rumah sukan tadi, cikgu Iswandy sungguh lucu sehingga saya tak henti-henti ketawa hehehe..terutama bila dia mengajar pelajar teknik larian yang betul untuk memecut.. sebijik macam ZZ) Segan pula rasanya dalam keadaan ini.. rasa macam cuba menyusahkan orang lain pula...

Kemudian, sebuah lagi kereta berhenti. Saya cuba untuk mengelakkan diri dari memandang orang yang di dalam kereta tersebut.. segan.. tapi mereka turun dari kereta.. rupa-rupanya kereta Vios Cikgu Saini Bakar, bersama rakan-rakannya.. Cikgu Salimin dan Cikgu Fadli.. mereka nak ke Saratok.. saya terangkan secara ringkas apa yang berlaku dan kemudian mereka terus mengambil peralatan dari kereta cikgu Saini dan mereka terus menukar tayar tersebut tanpa banyak soal.. dan yang paling menakjubkan.. semuanya selesai tak sampai 10 minit.. wah seronoknya.. hehehe.. Cikgu Fadli dan Cikgu Salimin sanggup mengotorkan tangan mereka semata-mata ingin membantu.. terima kasih Cikgu Salimin.. terima kasih Cikgu Fadli dan Terima kasih Cikgu Saini...

Yang paling penting saya perolehi dari kejadian ini..
1. Jangan tinggalkan peralatan menukar tayar kat rumah.
2. Belajar menukar tayar dengan cepat dan selamat.. (pengajaran paling mahal)

Kesimpulannya, apa yang berlaku hari ini sesuatu yang sangat berharga buat diri saya. Kadang - kala saya suka mengambil ringan terutama tentang kereta.. nasib baik hanya pancit! Buat mereka yang membantu jutaan terima kasih buat anda semua.. Cuba perhatikan tajuk entry kat atas: Terima Kasih SUPERMAN! Superman ada dimana-mana.. mereka boleh jadi sesorang yang kita tidak kenali dan mungkin seseorang yang kita kenali iaitu kawan kita sendiri.. dan hari ini Superman yang membantu saya adalah mereka yang kat bawah ini.. terima kasih... saya tak tahu bagaimana ingin membalas jasa anda.. sekadar ucapan terima kasih.. :)
Cikgu Fadli..
Cikgu Salimin
Cikgu Saini..

(Terima kasih...)

p.s: Jangan salah faham tentang entry ini ya.. saya sekadar berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada diri saya dan bukan berniat sebaliknya.. Saya cuma terharu dengan apa yang berlaku dan sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka yang membantu saya..

No comments: