JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Saturday, November 10, 2012

Latihan Hands-on Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bagi Sekolah Contoh.

Latihan Hands-on PBS oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia telah berlangsung selama 2 hari dari 9-10 Nov 2012 di MRSM Betong. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh En. Ishak dan Puan Noraida dari LP yang menerangkan dan memperjelaskan lebih lanjut mengenai PBS. 4 buah sekolah telah terpilih menjadi sekolah contoh bagi Bahagian Betong iaitu 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. SMK Pusa dan SMK Kalaka Roban telah terpilih untuk sekolah menengah manakala SK Abang Abdul Kadir Betong dan SK Nanga Malong Saratok terpilih untuk sekolah rendah. Turut hadir dalam latihan Hands on PBS tersebut ialah En. Shamsudin  Bin Drahman (Pegawai Pelajaran Daerah Betong) En. Supian Bin Ekeram (Pegawai Pelajaran Daerah Saratok- sebelum ini bekas PK1 SMK Pusa), Dr. Hajjah Norisah binti Haji Suhaili (Pengetua SMK Pusa), En. Dominic (Pengetua SMK Kalaka), En. Abang Udai (Guru Besar SK Abang Abdul Kadir) termasuk guru besar SK Nanga Malong.
 
SMK Pusa telah menghantar sepasukan guru yang terdiri daripada Cikgu Haji Kulana bin Nansi (PKK), En. Ismail bin Mahrip, Cik Madline Jayan, Cikgu Zoriah, Cikgu Hanawati, Cikgu Aminah Ojang, Cikgu Roslin Kedai, Cikgu Faradiela Rumi, Ustazah Khairunnisa Alias, Cikgu Zulkhairin Abdullah, Cikgu Ramli Ayong, Ustaz Hasmi, dan Cikgu Kelia Hussaini.
Banyak penerangan mengenai PBS telah diperjelaskan kepada semua sekolah yang bakal menjadi sekolah contoh PBS di Bahagian Betong. Sebelum ini kebanyakkan sekolah agak kabur mengenai pelaksanaan PBS namun setelah Latihan Hands on ini sekolah tersebut lebih yakin dalam pelaksanaan PBS ini. Terima kasih buat En. Ishak dan Puan Noraida yang begitu tenang memberikan penjelasan PBS ini.
Pasukan kuat SMK Pusa- Cik Madline, Ustazah Kahirunnisa, Cikgu Hanawati, Cikgu Kelia dan Cikgu Aminah.
 En. Shamsudin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Betong.
 Puan Noraida.
 En. Dominic, Pengetua SMK Kalaka.
 Dr. Hajjah Norisah berbincang dengan En. Dominic mengenai PBS.
 Semasa aktiviti latihan, Cikgu Aminah dan Cikgu Fara begitu sibuk menulis RP contoh.
 
Puan Noraida dan En. Ishak.

No comments: