JANGAN Klik sini:

Saturday, January 05, 2013

"Untukmu Cikgu" ---> Dr. Hajjah Norisah Binti Haji Suhaili

 
 
"Untukmu Cikgu" (Dr. Hajjah Norisah binti Haji Suhaili)
 
 
Klip video 'Untukmu Cikgu' ini ditujukan khas buat Dr. Hajjah Norisah binti Haji Suhaili, mantan pengetua SMK Pusa. Dr. Hajjah Norisah telah mula bertugas di SMK Pusa pada 1 Mei 2008. Setelah 4 tahun lebih di SMK Pusa, beliau akan bertugas di tempat baru iaitu di SM Sains Kuching Utara.
 
Perpisahan ini merupakan satu kehilangan yang besar kepada SMK Pusa kerana selama ini beliau telah bertungkus-lumus untuk menaikkan nama sekolah SMK Pusa menuju kejayaan. Antara kejayaan beliau adalah mendapat Anugerah Kecemerlangan Sekolah (SPM) 2011 Kategori peningkatan sebanyak 10% dimana SMK Pusa mendapat peningkatan sebanyak 13.8%, Tawaran Baru kepada Pengetua (New Deals) dan yang terbaru Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Kategori Sekolah Harapan Bagi Tahun 2011.
 
Semoga Dr. Hajjah Norisah akan terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan beliau. Seluruh warga SMK Pusa akan terus mengingati jasa beliau sepanjang beliau berkhidmat di SMK Pusa ini. Semoga semua kenangan manis sepanjang berada di sini akan terus Dr. Norisah ingati buat selamanya.. :)

3 comments:

Mr Muhammad said...

Salam. Maaf. Pembetulan. Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuching Utara. #Sekadar menyatakan realiti dan membetulkan yang tidak betul.# Kami warga SBP agak 'alergik' terhadap perkara ini. There is no such thing as "SMK Sains". *Seperti kebiasaan tatkala muncul di surat khabar* Jadi, harap-harap anda sudah mengetahui yang sebetulnya.

#Menginginkan kepastian.# Adakah Dr. Hajjah Norisah Binti Haji Suhaili menyambung jawatannya sebagai pengetua di sekolah tersebut. Saya telah difahamkan bahawa Pengetua SMK Green Road yang mengetuai sekolah tersebut atau mungkin ia sekadar khabar angin. Jadi, apakah yang sebenarnya terjadi?

Terima kasih.

Cikgu Bio said...

MrNoName, terima kasih diatas pembetulan tersebut.. (Telah dibetulkan). Untuk pengetahuan MrNoName, Dr. Hajjah Norisah Haji Suhaili telah pun bertugas ditempat SM Sains Kuching Utara sebagai Pengetua semenjak 01/01/2013 yang lalu.. Terima kasih :)

Anonymous said...

sya nak bertanya sesuatu .ada tak murid dari semenanjung yang belajar di smsains kuching utara?