JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Saturday, December 16, 2006

Cuti-Cuti Malaysia: Sabah.

Sabah..
Negeri Di Bawah Bayu..
11 Dis-15 Dis 2006.
Baru-baru ini.. Saya tergerak hati ingin keluar sebentar dari Betong. Memandangkan saya jenis yang jarang keluar melancong terasa payah hendak membuat keputusan kemana ingin pergi. Tambahan pula bajet agak terhad maka segala-galanya perlu diambil kira. Kebetulan saya baru selesai bertugas mengawas peperiksaan SPM maka masanya amat sesuai untuk merehatkan minda sebentar.
Kebetulan kawan saya yang berada di Miri mengajak saya pergi ke Sabah, saya pun mengambil kesempatan ini untuk melawat negeri di bawah bayu. Setelah meninjau harga tiket di internet (saya menggunakan Airasia) maka saya mengambil keputusan untuk pergi pada 11 Dis hingga 15 Dis dimana harga tiket pergi balik cuma RM180 sahaja (Harga tiket balik hanya RM10 aje..tak termasuk tax...murahkan..hehehe..bak kata AirAsia "NOW EVERYONE CAN FLY")..
Perlancongan ala koboi ni memang menarik... susah rasanya hendak diperjelaskan dengan kata-kata.. tak apa... biar gambar menjelaskan kepada anda...yezzaaaa...
Gunung Kinabalu...Perlabuhan untuk ke Pulau Gaya..Sabah daripada pemandangan atas 'Signal Hill'.
Menikmati pemandangan di Jesselton Points.

Uniknya... jarang dapat melihat pondok telefon yang berwarna merah... macam pernah ku lihat ya... tapi dimana?

Hotel Jesselton..

Antara lain pemandangan di bandaraya Kota Kinabalu Sabah..

McD.. Salah satu Restoran makan segera yang mempunyai bangunan yang unik.. Gambar dibawah pula adalah Terminal Feri Antarabangsa Labuan... saya juga sempat pergi ke Labuan dimana ia cuma 3 jam dari Kota Kinabalu Sabah...

No comments: