JANGAN Klik sini:

Friday, December 08, 2006

SPM dah berakhir...nak buat apa lepas ni?

Hari ini 8 Disember 2006, Jumaat.

Lega rasanya selepas SPM dah berakhir semalam... sejak 15 November yang lalu saya dan rakan-rakan yang lain Cikgu Moh Moi Houng, Cikgu Hanawati dan Cikgu Suraya ditugaskan menjaga SPM di SMK (BM) Saratok.

Semalam keadaan sungguh penat kerana semua dokumen perlu dihantar...nasib baik saya banyak dibantu oleh Cikgu Denial Ungkol dari SMK Saratok maka sedikit sebanyak kerja terasa sedikit ringan. Kesempatan ini saya ingin melahirkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Denial, Cikgu Brenden Setin dan Cikgu Mudie Jantai kerana banyak membantu saya sepanjang menjaga SPM 2006 yang lalu. Tak dilupakan juga buat cikgu Moh, Cikgu Hana dan Cikgu Suraya... terima kasih.
Kepada semua pelajar tingkatan 5 2006 SMK Pusa, sekarang ni tengah buat apa? Bagaimana SPM yang lalu? Semoga anda semua dapat keputusan yang membanggakan... Jangan pula cuti ni anda tak buat apa-apa yang berfaedah... sekurang-kurangnya tolonglah ibu bapa di bendang.. sebab itulah gambar kat atas tu gambar sawah padi hehehehe...
Baiklah... sebelum saya mengundur diri.. teringin nak tahu apa khabar cikgu Chong... cikgu Tan.. Cikgu Pawa... Cikgu Liew... Cikgu Dennis... cikgu Saini... dan yang lain-lain... seronoknyer bercuti... Kepada cikgu Mok Hang Liew... dah dapat sekolah baru? Cikgu Angelia..jangan sedih yek... ok Jumpa lagi..

No comments: