JANGAN Klik sini:

Thursday, August 14, 2008

Info Menarik tentang Leptospirosis.

Apa Itu Leptospirosis?

> Disebut lep-to-spy-RO-sis, penyakit ini boleh menjurus kepada masalah serius yang menjejaskan sebahagian besar tubuh seseorang. Simptom-simptomnya berlaku kira-kira 10 hari selepas dijangkiti.
> Penyakit tahap serius yang tidak diberi rawatan boleh menyumbang kepada kerosakan sistem organ. Dalam kes-kes terpencil, ia juga boleh menyebabkan kematian.
> Pada tahun 1995, sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala 2000 lagi sakit ekoran sakit epidermik leptospyrosis selepas berlakunya banjir besar di Nicaragua. Dua tahun kemudian, sembilan warga Amerika syarikat turut dijangkiti penyakit ini selepas menyertai aktiviti berakit di Costa Rica.
> Kebolehan leptospira bergerak dengan pantas (sehingga 15um per saat) menerusi air adalah penting untuk kitaran hidupnya. Ini kerana leptospira perlu berusaha untuk membiakkan dirinya semaksimum mungkin bagi menjangkiti mangsa baru.
> LEPTOSPIROSIS boleh didiagnosis hanya dengan satu ujian darah khas yang dilakukan oleh pakar-pakar penyakit berjangkit.
> Jangkitan penyakit ini juga boleh dibawa oleh beberapa jenis haiwan seperti arnab, anjing, tupai dan reptilia.
> Terdapat lebih 200 spesies spirochete.
> Antibiotik boleh merawat leptospirosis manakala dalam kes-kes serius, dialisis ginjal munkin diperlukan.
Kes Leptospirosis dalam 10 tahun:
Tahun 1999 - 169 bilangan kes
Tahun 2000 - 146 bilangan kes
Tahun 2001 - 264 bilangan kes
Tahun 2002 - 216 bilangan kes
Tahun 2003 - 269 bilangan kes
Tahun 2004 - 263 bilangan kes
Tahun 2005 - 378 bilangan kes
Tahun 2006 - 527 bilangan kes
Tahun 2007 - 929 bilangan kes
Jumlah: 3161 bilangan kes
Sumber: Kementerian kesihatan Malaysia.
Kosmo! Online http://kosmo.com.my/

No comments: