JANGAN Klik sini:

Tuesday, August 19, 2008

Suntikan Leptospirosis: Sakit dan menakutkan!

TAKUT.. Leptospirosis ataupun dikenali sebagai Penyakit Kencing Tikus telah menular di SMK Pusa selepas aktiviti perkehemahan yang lalu menyebabkan semua guru dan pelajar yang terlibat semasa aktiviti perkhemahan terpaksa membuat ujian darah. Berikut merupakan gambar-gambar yang dihantar oleh cikgu Saini Bakar melalui MMS kepada saya sebentar tadi.. saksikan sendiri...
APASAL NI?? Cuba perhatikan wajah Cikgu Fiona.. semacam je.. jangan-jangan nak pengsan ni?
PENGSAN... Cikgu Fiona hampir pengsan apabila diberi suntikan.. nasib baik wira-wira penyelamat berada disampingnya..eh.eh.. yang Cikgu Edrin ketawa tu apasal? Hehe.. rupa-rupanya mereka ingat cikgu Fiona ni pura-pura takut... nasib baik 'leput lalat'.. kalau tidak...
JANGAN DULU!! Takut ke? Cikgu Bustari pada mulanya menarik nafas panjang-panjang sebelum jarum itu dicucuk ke lengannya.. tapi....
TAK SAKIT PUN.. Cikgu Bustari tidak berasa sakit pun apabila disuntik.. katanya "Sakit lagi sakit gigi.." Emm.. yalah tu.. sakit gigi dan suntikan tu sama sakitnya.. (Teringat dengan si Salimin yang sedang practikal kat Hospital sekarang ni dalam bidang jururawat@ misi.. harap-harap dia tak mencucuk orang dengan jarum yang tumpul.. jgn mare Salimin..hehehe..)
AYIOO.. Ama Apa..! Madam Moh Moi Houng yang hanya terlibat semasa penyampaian hadiah sewaktu perkhemahan terpaksa juga membuat ujian darah berikutan beliau juga mempunyai simptom-simptom penyakit itu..
ADUI.. Sakit! Ustazah Che Norizum masih bersabar apabila jarum suntikkan di cucuk di lengannya.. Ustazah, sabarlah ya.. sikit je sakitnya hehehe...
MENGALIR AIR MATA.. Ustaz menahan air matanya kesakitan apabila jarum di cucuk ke lengannya.. hehehe.. sempat juga Ustaz Lokman buat-buat macho.. sebenarnya dia kesakitan yang teramat sangat tu hehehe..
Sewaktu diberitahu mengenai Leptrspirosis dan perlunya ujian darah, Saya berasa kecut perut juga sebab rasa takut juga membayangkan jarum yang tajam dan menyakitkan di cucuk ke dalam badan..namun atas sebab kesihatan.. TERPAKSA juga dilakukan. Saini dan Ustaz Lokman agak 'nakal' juga waktu itu apabila mengambil gambar sewaktu suntikkan itu dijalankan. Hehehe.. agak memalukan juga apabila terpaksa menahan kesakitan apabila jarum tersebut disuntik.. saksikanlah sendiri...

No comments: