JANGAN Klik sini:

Monday, January 26, 2009

Guru kesayangan SMK Pusa: Tuan Haji Bustari Bin Bujang dan Hajah Rosmawati..

Tuan Haji Bustari bin Bujang.

Cikgu Haji Bustari bin Bujang dan isterinya Hajah Rosmawaty binti Yahya telah berkhidmat lebih kurang 6 tahun di SMK Pusa (2002-2008). Mempunyai seorang cahayamata perempuan dan mereka berasal dari Kuching. Seingat saya, mereka adalah guru yang paling senang dibawa berbincang dalam hal kerja dan senang memberikan kerjasama. Cikgu Haji Bustari merupakan guru warden dan guru sukan di SMK Pusa manakala Cikgu Hajah Rosmawaty pula ketua panitia Sains. Kedua-dua mereka merupakan guru Sains untuk tingkatan 3 dan tingkatan 4.

Pada tahun 2004 yang lalu, Kelab kebudayaan sekolah SMK Pusa telah mengadakan Anugerah Khas Hari Guru dimana salah satu kategori utama iaitu 'Guru Lelaki Kesayangan' dan seluruh pelajar SMK Pusa telah memilih Cikgu Haji Bustari sebagai Guru kesayangan mereka. Saya rasa Cikgu Haji Bustari masih ingat peristiwa ini hehe.. :)

Sekarang, cikgu Haji Bustari telah berpindah ke SMK Bako manakala Cikgu Hajah Rosmawaty pula di SMK Demak Baru. Menurut kata cikgu Haji Bustari di dalam SMS beliau, beliau menyatakan perasaan rindu buat semua warga SMK Pusa dan berhasrat akan melawat SMK Pusa suatu hari nanti.

Buat Cikgu Haji Bustari dan Hajah Rosmawaty, warga SMK Pusa sentiasa merindui anda berdua. Jika ada masa datanglah ke SMK Pusa ya...
Hajah Rosmawaty binti Yahya.
Kenangan cabutan bertuah.. dapat apa tu?
Bertuahnya... dapat Milo hehehe..
Leptospirosis.. Sakit tak kena cucuk? Hehehe...
Kenangan bersama Cikgu Iskanna dan Cikgu Roslan semasa majlis makan malam hari guru.
Bersama Cikgu Aini Mondra.
Kenangan Leptospirosis.. bersama cikgu Razuna.
Hanya tinggal kenangan... Bersama Kak Rohani dan Cikgu Zoriah.
Ketika sukaneka sempena hari guru 2008: Cikgu Razuna dan Cikgu Mohd. Tahih
Cikgu Hajah Rosmawati bersama-sama rakan sejawatan: Cik Hanawati, Cik Suraya dan Cik Roha.
Kenangan bersama bekas guru SMK Pusa, En.Hj. Ossen sewaktu majlis persaraan En. Hj. Ossen, sambil diperhatikan oleh bekas pengetua SMK Pusa, En. Mahli bin Rosli.
Sewaktu sambutan hari guru bersama cikgu Roslan.
Jojo pun tak mahu lepaskan peluang bergambar dengan Cikgu Hajah Rosmawati.
Adegan: YB Ustaz Lokman menyampaikan derma kepada mangsa banjir di flat guru SMK Pusa hehehee...
Hajah Rosmawati bersama anak-anak muridnya semasa majlis ramah tamah aidilfitri 2008 yang lalu.
Kenangan sewaktu sukaneka Hari Guru 2008.

No comments: