JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Saturday, January 02, 2010

Banjir Di Muton.. Terkandas!

2 Jan 2010
6:30 am
Dari: Betong
Destinasi: SMK Pusa
Cuaca: Hujan

Setelah begitu lama bercuti, akhirnya hari ini saya terpaksa bangun seawal jam 5am. Di luar hujan masih turun dengan lebat dan kesejukkan pagi ini benar-benar terasa sehingga ke tulang hitam. Hari ini mesyuarat staf akan berlangsung jam 8.30 am.

Selesai bersiap, saya meneruskan perjalanan ke SMK Pusa jam 6.30am. Saya terpaksa memperlahankan kenderaan kerana jalan agak licin. Sampai di Tanu, satu kemalangan telah berlaku menyebabkan perjalanan tersekat seketika. Rupa-rupanya terdapat aliran air yang sangat deras di jalan raya. Kenderaan tersebut gagal dikawal lalu masuk ke dalam parit yang besar. Tiada siapa yang cedera kerana mangsa sempat keluar dari kenderaan tersebut.

Di Rian batang, aliran air belum lagi membanjiri jalan raya (ketika saya melaluinya). Namun, setelah air pasang akhirnya tempat tersebut telah dibanjiri air.

Muton, Pusa-Debak.
Perjalanan saya menuju ke SMK Pusa terhenti kerana sepanjang jalan di area rumah panjang, Muton kenderaan berderet panjang. Dalam hati saya berkata, "Mesti banjir!" Jam baru saja menghampiri 7.30am.

Tekaan saya tepat kerana setelah turun dari kenderaan, dihadapan saya jalan raya dibanjiri air.

"Alamak... banjir lah pulak.. macamana pula nak ke sekolah..."

Hati saya mula lega apabila melihat Cikgu Awang Ibrahim, PK1 SMK Pusa turut terperangkap. Setelah menghampiri Cikgu Awang Ibrahim, barulah saya melihat cikgu Chien Kai Hing juga salah seorang mangsa di situ. Cikgu Awang Ibrahim menyatakan dia telah berada di situ seawal jam 6.30am. Cikgu CKH juga telah berada di situ jam 7am. Ramai mangsa yang terperangkap di situ mengeluh panjang kerana tidak tahu bila banjir tersebut akan surut. Hanya kenderaan besar sahaja yang boleh melalui jalan tersebut.

Kemudian, Cikgu Kho Ah Tau sampai. Dia boleh melalui jalan tersebut kerana dia menggunakan Hilux. Tidak lama kemudian, Cikgu Daim muncul diikuti Cikgu Edrin. Nampaknya kami berlima menjadi mangsa banjir di Tahun baru hehehe...
Cikgu Awang berkata, "Nampaknya kita terpaksa bermesyuarat di sini..Cikgu Daim jadi setiausaha"
Hampir jam 8.30am, akhirnya kami menerima panggilan daripada Cikgu Kho Ah Tau. Dia akan datang menyelamatkan kami dengan menggunakan Hilux..
Akhirnya.. jam 9.00am kami sampai di SMK Pusa. Maaf buat semua guru-guru SMK Pusa yang lain kerana kami, mesyuarat terpaksa bermula jam 9am..


Mangsa banjir.. menunggu untuk diselamatkan...
Cikgu Edrin, Cikgu Awang Ibrahim, Cikgu Daim dan Cikgu CKH.












Di Muton

Banjir Di Tanu
Banjir di Rian Batang, Betong




Gambar banjir di Muton diambil oleh Edrin Faisal Mohd. Isa
Gambar banjir di Tanu & Rian Batang oleh Nyuwynn Glen Fordza (Pejabat Residen Betong).

No comments: