JANGAN Klik sini:

Sticky notes:

Ingin mengiklankan perkhidmatan atau promosikan kolej anda di majalah Sekolah Tandang Sari SMK Pusa?

MURAH... BERMULA DARI RM100++

Sekiranya terdapat kolej swasta atau sesiapa sahaja yang ingin mengiklankan iklan anda dalam majalah sekolah Tandang Sari, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar email ke
qkx7254@hotmail.com atau SMS: 013-8122471 (Cikgu Terry), saya akan memberikan butiran lengkap cara untuk mengiklankan iklan anda. Jutaan terima kasih saya ucapkan.. :)


Tuesday, January 26, 2010

Email daripada Sudirman..


2 hari yang lepas saya telah menerima email daripada bekas pelajar SMK Pusa yang melanjutkan pelajaran di IPTA. Bekas pelajar tersebut adalah Sudirman. Beliau menghantar email tersebut atas permintaan saya agar semua bekas pelajar SMK Pusa yang sedang melanjutkan pelajaran untuk menceritakan perihal kehidupan mereka sekarang. Tujuannya adalah agar pelajar-pelajar yang masih bersekolah di sini akan mengikuti jejak mereka.

................................................................................................................................

Halo cikgu Terry,

Lama dah tak dengar cerita dari cikgu. Cikgu apa khabar? saya doakan cikgu sentiasa sihat. Nasib baik ada SMK Pusa blogspot, dapat la saya mengetahui serba sedikit pasal perkembangan di SMK Pusa. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang saya berada di IPTA. Saya berkongsi pengalaman ini bukanlah bertujuan untuk mengheboh-hebohkan yang saya sudah berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA, tapi saya ingin berkongsi pebgalaman agar dapat membakar semangat adik-adik yang masih lagi bersekolah supaya mereka belajar dengan lebih gigih.
Untuk pengetahuan cikgu, saya sekarang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Saya telah mendaftar masuk di Universiti ini pada pertengahan tahun 2009 untuk sidang 2009/2010 dan saya telah menghabiskan semester pertama saya. saya sekarang berada dalam semester kedua saya di institusi ini. sepanjang saya berada di sini, banyak pengalaman baru yang saya perolehi.

Setelah datang ke sini, saya telah terdedah kepada dunia yang lebih luas. Sebelum ini, saya hanya terperuk di Sarawak. Masih banyak perkara yang masih saya tidak ketahui di luar ini. Tapi, sekarang saya telah mulai mempelajari perkara-perkara tersebut. Antaranya, setelah datang ke sisi, saya banyak mempelajari berkenaan dengan erti berdikari yang sebenarnya. Sungguhpun sebelum ini saya pernah tinggal di asrama, tetapi setelah datang ke sini, banyak lagi yang perlu saya pelajari. Tambahan pula, sebagai pelajar saya perlu lebih pandai menguruskan masa dan kewangan. Perkara ini disebabkan di sini, kita tidak akan mendapat seorang guru seperti di sekolah yang sentiasa membantu dan menasihati. Di sini semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sudah tidak ada lagi seorang guru yang akan membimbing. saya amat berterima kasih kepada semua guru yang telah banyak membantu dan membimbing saya selama ini.
Sebenarnya, sebagai seorang mahasiswa merupakan satu tanggungjawab yang amat besar. kita merupakan golongan pelapis kepada pemimpin masa hadapan. Bukan sahaja di peringkat tertinggi, malah di semua peringkat yang tidak hanya melibatkan bidang politik semata-mata. Banyak lagi bidang lain yang memerlukan kita sebagai generasi yang akan menerajui negara pada suatu hari kelak. Satu pesanan saya kepada adik-adik : “Janganlah kalian membazirkan masa muda adik-adik untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
sentiasa pertingkatkan kemampuan diri dalam pelbagai bidang. Fikirkan masa depan diri, dan masa depan keluarga.”
Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin dikongsikan bersama, tetapi untuk kali ini setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Saya akan cuba untuk terus berkongsi pengalaman saya dengan cikgu khususnya dan semua pelajar di SMK Pusa. sekian...

Sudirman bersama kawannya Ibrahim semasa di Tingkatan 5B 2006.

No comments: