JANGAN Klik sini:

Thursday, September 16, 2010

16 September: Hari Malaysia..

Penubuhan Malaysia:

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pemimpin Sarawak Zaman Dahulu..

1. Charles Vyner Brooke bertanggungjawab menyerah Sarawak kepada pemerintahan Pejajah Colonial British.

2. Antony Brooke (Raja Muda) yang mengerti hati dan perasaan Rakyat kebanyakan Sarawak, namun ia tetap seorang anak penjajah.

Pahlawan Negara:

3. Allahyarham...Rosli Dhobi berkorban nyawa yang tiada galang gantinya demi sebuah perjuangan memerdekakan tanah air, Sarawak yang tercinta.

4. Almarhum Paduka Sherif Mashor.. Pejuang kemrdekaan Sarawak, Beliau selama hayatnya membenci pejajah.
5. Pemain utama dalam era pembentukan Malaysia. Sarawak merdeka bersama Malaysia. Tiada Sarawak dan sabah tiada malaysia.

6. Datuk Stephen Kalong Ningkan, Bekas Ketua Menteri Sarawak Pertama sejak pembentukkan Malaysia 1963.

7. Tan Sri Dato Temenggung Jugah Anak Barieng dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Persekutuan yang menguruskan hal ehwal Sarawak.

8
. Tawi Sli..Ketua Menteri Sarawak yang kedua.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sumber & Gambar: Wikipedia & Blog: http://ismawiishak.blogspot.com

No comments: