JANGAN Klik sini:

Wednesday, November 03, 2010

Khabar dari UMT ---> Syawmil@Azmil..

Hello cikgu...

Saya Azmil atau syawmil... hu~..
di "attach file" tu azmil de cerita my experience saya di UMT dr awl masuk hingga sekarang... tapi azmil tak cerita semua secara details takut panjang sagat macam novel lah pulak... he~.....
moga cikgu happy n enjoy my story.... but i want say sorry cause i rojakkan bahasanya.... kui3x....

---------------------------------------------------------------------------------------

Sorry lah cikgu Terry, bukan tidak nak share experience di sini tapi malu nak kongsi kepada semua. However saya do the best lah kongsi khas buat semua. Tapi sebelum tu, nak Ucap selamat hari raya gak n maaf zahir dan batin if perhaps.


Cikgu and pembaca blog ini, saya try the best to tell my experience at UMT(Universiti Malaysia Terengganu) dari mula masuk sampai sekerang ini. Saya sah jadi warga UMT ini pada 28/06/2009 tetapi saya pergi keluar dari Sarawak pada malam 27/06/2009. Semasa ingin keluar dari Sarawak rasa sedih gak lah tapi apakah daya diri sendiri yang pilih universiti tersebut. At that night are first time experience at peninsular and first travel without my family and friends. But, I must advice myself “you can do the best if you think can do it”.


Perjalanan saya pada malam tu pada pukul 12.00am-01.45am dari kuching ke LCCT dan 07.30am-08.15am dari LCCT ke Kuala Terengganu. Ini bermakna saya terpaksa tidur di LCCT untuk menunggu flight pergi Kuala Terengganu. Nasib baik di LCCT dapat jumpa perlajar tahun akhir dari UMT juga LCCT tengah ingin melaporkan adiknya di UM dalam bidang law pada esok pagi. Lega jugalah hati dan kata “Allamdulliah”. Jadi sepanjang malam tu saya duduk dan berboraklah dengan mereka sampailah pukul 5 pagi. Pada 5.30 pagi tersebut saya pergi check in flight ke LCCT ke Kuala Terengganu dan terus masuk tempat menunggu flight.


Sebelum saya pergi check in, saya ucap terima kasih kepada budak tahun akhir sebab sudi menemani berborak sampai pagi dan say “Moga jumpa di UMT”. (sorry lah semua, budak tahun akhir tu saya tidak boleh beritahu nama untuk publisiti). Sejenak sampai di Lapang Kuala Terengganu ataupun lapangan terbang Sultan Mahmud, ramai pula kakak fasilitatoryang membawa banner “student UMT sini” di depan di depan gerbang pintu ketibaan dan di lapangan terbang ini juga berbeza dari lapangan terbang di mana-mana airport di Malaysia. Ini sebabkan lapangan terbang Terengganu seakan-akan rumah ataupun istana.(nak pergi tengok pergilah study di sini). Sejenak tiba di UMT, saya pergi untuk pendaftaran di Dewan Sultan Mizan(DSM). Di masa tersebut terlalu ramai pelajar yang mendaftar macam saya tapi mereka pergi dengan family (perbezaan yang amat ketara).


Sebelum masuk didalam dewan tersebut semua orang yang ingin masuk haruslah menjalani ujian H1N1 (kan masa tu popular dengan kes wabak H1N1). Selepas ujian tersebut saya pergi masuk, setelah masuk tersebut beberapa orang pelajar yang menunggu di depan pintu dengan mambawa cebisan kertas. Selepas saya datang depan pelajar tersebut saya di beri cebisan kertas tersebut. Rupa-rupa cebisan kertas itu adalah nombor giliran untuk mendaftar (ha~…. Macam di bank pula). Semasa di dewan tersebut, tiba-tiba saya di tegur seorang pelajar dan berkata “Awak ini budak KML kan?” Saya balas “ye, kenapa?”. Dia balas lagi “saya juga budak KML. Kenal tak?”. Saya kata “Ye ke! Lor tak pernah Nampak pun?”. Dia kata lagi “ooo… sayapun tak kenal awak tapi pernah Nampak je di surau semasa solat jumaat dan sekitar KML.”

Ooo… begitu lah ceritanya. Saya juga terkejutlah popupar juga saya di KML hingga di perhati lagi he~…..

Selesai dari mendaftar itu, saya di beri beg yang ada logo UMT yang berisi 3 jenis baju untuk Minggu jalinan mersa (MJM) atau orentasi serta untuk aktiviti kelab terutamanya untuk orentasi krusus dan anak kunci. Di kunci ada tulis nombor bilik. Nombor bilik saya B2-401-1. Bilik tersebut adalah bilk master room di dalam apartment nombor 401. This meaning I lucky guy. Dalam bilik itu ade dua katil, ini bermakna saya hanya ada seorang roommate. Sejurus saya masuk bilik tersebut saya hanya fikir satu saja iaitu “TIDUR”. Saya memang penat sangat masa tersebut, sejenak sampai bilik itu saya kemas sedikit almari saya dan masuk semua benda yang perlu makus dan terus baringkan badan di katil sambil mata terperjam. Tut.. tap..tut… jam menunjukkan pukul 4.30 petang dan saya tengok di katil sebelah ada beg serta tilam di katinya tersarung dengan cadar tilam tapi orangnya tak kelihatan lagi. Ini membawa saya terkejut lagi, adakah saya tidur tadi di saksikan oleh family dia ? malunya.. the lesson at that day is “jangan tidur siang, tidur time malam”. However, I feel my energy is back. MJM berlangsung selama seminggu.


Pada masa MJM itu lah mereka bagi penerangan tentang kehidupan di UMT ini. Mereka memberitahu yang UMT ini ada pulau sendiri iaitu Pulau Bidong dan semua pelajar UMT akan merasai “survival Laut di Pulau Bidong” iaitu orentasi yang kali kedua. Dalam MJM itu juga, kami semua di beri penerangan kelab-kelab yang wujud di UMT serta masa untuk pergi survival laut dan sebagainya lagi. Sejenak selesai MJM, tiba pula dengan Survival Laut. Pelajar krusus awal pergi adalah perlajar krusus dengan pelajar krusus diploma perikanan. Ini bermakna semua pelajar dari Ijazah Sains Gunaan (perikanan) dan Diploma perikanan akan merasai Survival Laut (wah…. So scary…. ). Kami orang akan pergi Survival laut pada 8/07/2009 iaitu pada hari rabu. Ini bermakna kami orang akan briefing tentang apa yang akan berlaku dan aktiviti yang akan di jalankan di pulau bidong nanti serta keperluan yang harus di bawa. Pada 7.00pagi semua peserta survival laut akan berkumpul di tapak kawad kaki dan pada pukul 7.30pagi akan bertolak dari UMT ke jeti marang mengambil masa selama 30 minit. Tiba di jeti marang peserta akan menaik bot dan memakai life jacket yang di pinjamkan kepada setiap seorang peserta. Masa yang di ambil mengharungi laut china selatan untuk sampai di Pulau Bidong mengambil masa 30minit.


Sejenak tiba di Pulau Bidong, semua peserta di bahagikan kemah, satu kemah 5 orang dan harus di pasang dengan kadar segera kerana sekejap nanti akan memulakan aktiviti memberanikan laut ataupun “self confident.” Aktiviti ini ialah, semua peserta yang pandai atau tidak pandai haruslah berenang sampai ke kapal dengan mengunakan life jacket. Selepas sampai kapal hendaklah terjun dari kapal dan berenang balik ke darat. Objektif aktiviti ini untuk mengelak pelajar haruslah tenang di dalam air dan yakin pada diri sendiri boleh lakukan. Aktiviti ini berjalan dengan lancer tanpa cacat celarnya. Selesai aktiviti kami di hidangkan dengan menu ikan kering goring, sayur air dan air suam. Amat sedih, nak buat macam mana survival laut kononnya… selesai makan kami pergi solat dan setelah solat peserta di kumpulkan semula dan memberi tugasan membuat “cheer song dan persembahan di malam akhir di pulau bidong.” Opss… terlupa pula, semua peserta di bahagi kepada 4 kumpulan iaitu udang, pari, ketam dan jerung. Saya pula kumpulan pari. Hu~… selepas daripada berkumpul, semua peserta akan di hindangkan dengan biskut Bidong. “Biskut Bidong”????? nak tahu biskut bidong, masuklah UMT hu~… Selepas makan biskut bidong, semua peserta akan berkumpul untuk kenalkan ahli kumpulan dan bincang apa yang harus di buat nanti semasa malam akhir di Pulau Bidong. Tap … tip… tupp… tibalah waktu malam. Pada malam tersebut, kami semua tidak aktiviti hanya rest dan menu untuk makan malam tersebut iaitu telur goreng cili api dan sayur air lagi… hurmm.. tidak sabar nak tunggu keesokkan harinya….


Kringg!!!!!.... kringg!!!!! Bangun-bangun…. Solat subuh!!!!!… semua peserta terkejut dan terus bangun untuk solat subuh… selesai solat subuh itu, kami menunggu lonceng makan berbunyi dan berut pun dan berbunyi lagu keroncong… ha~.. sejenak loceng makan berbunyi semua peserta berbaris mengikut kumpulan untuk mengambil minum pagi di bahagian makan menikut kumpulan. Pagi terebut kami di hidangkan dengan nasi goreng dan telur rebus. Sejenak selesai breakfast, semua peserta bekumpul dan menerangkan aktiviti dan perkara yang harus di lakukan. Aktiviti pagi ini ialah snorkeling, berkayak, jejak warisan dan memancing ikan. Setiap aktiviti di beri masa selama satu jam depend kumpulan tersebut. Manakala untuk petangnya pula semua peserta akan membuat pesediaannya pula untuk pesembahan kerana malamnya tu malam akhirnya di pulau bidong. He~… macam lama pula….
Pada esok paginya, aktiviti yang lakukan iaitu berlumba berkayak. Selesai berlumba berkayak, semua peserta mengambil barang di dalam khemah untuk balik dan majlis penutupan. Pada majlis penutupan itu semua peserta akan mempersembahkan cheer song masing-masing dan majlis penyampaian hadiah. Setiap kumpulan membawa sebuah hamper dan tak ada yang kecewa. Pada saat itu juga ada setengah peserta menjatuhi air mata kerana berjaya melakukan aktiviti survival laut. Kami meninggal pulau bidong tepat pukul 11.30 pagi. FYI: Pulau bidong ialah tempat kediaman pelarian Vietnam semasa peperangan Vietnam dan di pulau tersebut masih tertingal sisa penempatan mereka termasuk sekolah, kereta, klinik, rumah, kubur, tangki simpanan air dan sebagainya yang kurang di kenal pasti dr mata kasar.

Di UMT ini juga banyak aktiviti yang saya ikut yang di anjur oleh pelbagai pihak seperti Konvoi Berbasikal Gema Kemerdekaan, Borneo Culture Night, Pesta Buah Durian, Happy Chinese New Year, Pesta Cahaya, Trip Navigation and Seamanship at Kapas Island, Trip Lata Terbekah, Majlis berbuka di Rumah anak yatin dan banyak lagi. Selain itu, aktiviti yang akan datang ialah Trip Menangkap Ikan dengan pukat di Laut China Selatan dan Pertandingan mencipta alat untuk mengambil specimens untuk experiment. FYI: saya bukanlah seorang budak yang pandai sangat. Saya masih ingat lagi sewaktu cikgu Terry sedang mengajar kami tentang biologi. Setiap kali masuk biologi saya mesti akan mengantuk sehinggalah saya di suruh cikgu Terry berpindah tempat duduk di hadapan sedikit bersama Syukur and the geng. Semasa duduk dengan mereka mulut pula tidak dapat berhenti asyik bercakap je dengan mereka. Hu~……. Dan banyak lagilah cerita yang agak bodoh yang saya lakukan pada SMK Pusa sehingga Miss Chong menasihat dan tegur tentang perangai bodoh saya tu. Dari situ baru saya sedar selama ini ape yang buat banyak tak betul tapi sudah terlambat SPM pun dah nak dekat dan saya try do the best. About my SPM result, allahamdulilah walaupun tak dapat apa yang saya inginkan. Apabila saya masuk di Matrikulasi Labuan, baru saya sedar kebenaran teguran Miss Chong dan di Matrikulasi pula saya bagaikan di panah petir kerana apa yang saya ignore semasa saya belajar sesuatu subject tu semua terpaksa belajar di Matrik. So, I try hard to learn but can’t finish all. Before I want to close my story, I want to say thank you to all my teachers and you always I remember forever. Gatcha!!!!!


**cikgu Terry sorry lah saya tidak dapat cerita semua yang belaku di UMT ini kerana ia terlalu banyak. Lain kali kalau saya ada masa saya akan cerita lagi. Trimas.



------------------------------------------------------------------------------------

Azmil,

Thanks Azmil kerana mengirimkan email yang penuh inspirasi.. Cikgu harap pelajar-pelajar SMK Pusa yang masih bersekolah akan mengikut jejak Azmil..

...cikgu terry

No comments: